ADSENSE

Ahad, 18 Mei 2014

Epal Goreng Oregano

Dah puas makan pisang goreng, keledek goreng, ubi goreng, keladi goreng, sukun goreng.... cubalah pulak buat epal goreng. Amie cuba buat Epal Goreng Oregano, guna resepi sendiri dengan mencampurkan tepung gandum serta tepung jagung, susu cair, serbuk oregano dan juga serbuk ENO. Amie goreng dua biji je epal hijau.... sebagai percubaan. 


Apa agaknya rasa epal goreng yang baru kali pertama Amie cuba buat ini? 



Bagi anda yang tidak terlalu memilih jenis makanan atau cerewet tentang makanan baru yang belum pernah dicuba, tentulah terasa kelainannya sebab epal hijau yang masam-masam manis (terlebih masam dari manis) digoreng pula. Ada tak rasa ala-ala pisang nangka goreng? Oh! Serbuk oregano yang Amie tambahkan itu tidaklah menimbulkan rasa atau aroma yang pelik.... sebab Amie dah biasa dengan herba ini, jadi semuanya ok! Ngap! Masuk mulut tanpa banyak bicara!


Jom kita lihat resepi gila-gila dari dapur Amie di bawah ini:

Resepi : Epal Goreng Oregano

Bahan-bahan:
2 biji epal hijau - potong ikut suka - Amie potong bentuk wedges - jangan lupa buang biji dan tangkainya
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh serbuk ENO
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan susu segar - jika adunan terlalu pekat boleh tambah lagi
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
minyak

Cara:
1. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, serbuk oregano, gula dan garam dalam sebuah mangkuk.
2. Adun bersama susu segar hingga sebati.
3. Akhir sekali tuangkan serbuk ENo dan adun hingga rata.
4. Biarkan adunan selama 5 minit.
5. Panaskan minyak, dan celupkan kepingan epal ke dalama adunan.
6. Goreng sehingga masak.


Epal Goreng Oregano sesuai dijadikan kudap-kudapan di petang hari!

1 ulasan: