ADSENSE

Jumaat, 16 Mei 2014

Brengkes Ikan Patin

Selama ini Amie sangka hanya ikan-ikan tertentu saja yang boleh dimasak brengkes. Amie terkejut beruk bila suatu malam, selepas tahlil dan bacaan doa di rumah kakak ipar yang mengasuh Firdaus, keluarlah hidangan Brengkes Ikan Patin!


Berkali-kali Amie bertanya dan memastikan daripada kakak ipar Amie tentang hidangan Brengkes Ikan Patin dan juga Ikan Baung pada malam itu! Oleh kerana begitu teruja dan rasanya pun memang sedap, Amie pun tanpa segan silu minta lebihan lauk tersebut untuk dibawa pulang, dan sampai di rumah Amie sambung menikmatinya! Lain kali kaaan... janganlah Amie sempitkan sangat fikiran tu! Dunia masakan ni sangat luas, tak bersempadan! Barangkali agak janggal untuk diterima oleh masyarakat Melayu Cocos kerana kali ini ikan sungai pula yang digunakan. Apa pun, kalau kakak ipar Amie yang memang Melayu Cocos tulen sudah mengatakan 'boleh' gunakan apa-apa ikan tidak terhad ikan laut saja, jadi Amie pun angguk-angguk sajalah!



Resepi : Brengkes Ikan Patin

Bahan-bahan:
6 kepingan ikan patin
3/4 cawan santan pekat - ambil kepala santannya sahaja
1  1/2 sudu makan serbuk kunyit 
2 biji limau nipis - perah jusnya 
garam / perasa pilihan
1/2 cawan minyak

Bahan kisar:
5 biji cili kering 
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
4 sudu makan biji ketumbar 

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng ikan separuh masak - angkat dan ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak menggunakan api sederhana panas.
3. Masukkan serbuk kunyit dan gaul rata.
4. Masukkan ikan dan tuangkan santan pekat.
5. Masak sehingga kuah mulai pekat dan keluar minyak. Jangan selalu diterbalikkan ikan kerana isi ikan yang lembut (setengah masak) akan pecah. Gunakan api perlahan.
6. Tambahkan garam / perasa pilihan.
7. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis dan balik-balikkan ikan perlahan-lahan.



MIL & FIL tidak akan memandang lauk lain sekiranya sudah ada hidangan brengkes ikan (keutamaan mereka ikan belais). Amie pun akui...kuahnya tu gaul sajalah dengan nasi panas dengan sedikit isi ikan, sudah cukup menggamit selera! 

5 ulasan:

ngasobahseliman berkata...

Assalam.
Saya ingin tahu Amie ini anak Pak Temuk ke. Kalau ia, di mana Pak Temuk sekarang. Hanya ingin tahu kerana rasa kehilangan sudah lama ia tidak tulis Blog. Hanya ingin tahu.
Maaf dan TK

Amie berkata...

Ngasobahseliman,
waalaikumussalam.... Ayahanda Temuk ada, boleh klik di sini: https://www.facebook.com/abdulhalin.hamid?fref=ts

adda syuhada berkata...

sedapnyerr...

Kak Nita berkata...

Salam Kak Amie,

mmg nampak menyelerakan...boleh cuba lah nnt..

Izzati Amira berkata...

waahh.. first time dengar 'brengkes' ni...