ADSENSE

Khamis, 8 Mei 2014

Ayam Masak Halia


Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Fuad siap berpesan: 
Nanti sampai rumah Mummy masak nasi ye... saya lapar. Buatkan saya ayam masak kicap campur dengan kentang!
Walalalaaa... sekarang ni musim peperiksaan pertengahan tahun. Memang terpaksa perah otak habis-habisan untuk menjawab soalan. Lewat malam tadi rupa-rupanya sempat Farid turunkan ilmu Kimianya kepada Fuad sebab pagi tadi Fuad kena jawab Kimia Kertas 1 dan 2. Sarapannya pun entah ke mana, waktu rehat memanglah tak mahu keluar kelas sebab ambil kesempatan mengulangkaji dan berbincang dengan kawan-kawan. Akibatnya, sudah tentulah sebaik sahaja habis peperiksaan perut pun lapar bukan kepalang!




Nak melencong ke kedai makan, rasanya dah muak dengan hidangan yang disajikan. Nak terus balik ke rumah, kena rendam daging ayam sampai lembut pulak. Akhirnya Amie singgah di cold storage dan beli ayam segar. Jadi tak payahlah keluarkan ayam lagi dari peti sejuk. Memang dah senang hati sebab menu sudah ditentukan Fuad, tapi rasa macam tak bertambahlah koleksi masakan kalau asyik masak kicap (menu kegemaran Fuad dan anak-anak yang lain). Apa pun, Amie masak juga daging ayam walaupun bukan masak kicap tetapi tetap juga Amie gunakan kicap! Ini menu main campak-campak sebab nak cepat dimasak tapi nak juga sedap dimakan sementara menunggu nasi tanak di rice cooker. Biasalah kaaann... masak sekali harung, bubuh sajalah mana sayur yang boleh masuk! Ada lobak merah, brokoli, cendawan shiitake dan capsicum merah. Cuma kentang saja tak masuk... sebab dah habis rupanya kentang kita!


Resepi :  Ayam Masak Halia

Bahan-bahan:
10 kepingan daging ayam
5 cm halia muda- kupas - potong 2 dan hiris nipis
3 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - mayang kasar
4 kuntum cendawan shiitake yang telah direndam hingga kembang - potong 2
1 batang lobak merah - potong bulat setebal 1 cm
1 biji capsicum merah - potong dadu
1 sudu teh lada putih - tumbuk
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis ABC
1 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan 1/2  cawan air
garam / gula / perasa pilihan - jika perlu
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan air

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang putih serta bawang besar hingga layu.
2. Masukkan daging ayam dan balik-baikkan sehingga daging ayam layu.
2. Masukkan lobak merah dan cendawan shiitake serta air. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga daging ayam empuk.
3. Buka tutup kuali dan masukkan sos tiram, kicap manis serta lada putih. Gaul sebati.
4. Masukkan brokoli serta capsicum merah.  Tambahkan garam / gula / perasa pilihan jika perlu.
5. Akhir sekali, untuk memekatkannya tuangkan air bancuhan tepung jagung secara merata.
6. Gaul beberapa kali dan terus padamkan api dapur setelah kuah menjadi pekat.



Fuad memang macam tu! Kalau lauk sedap tak habis-habis dia memuji. Katanya lagi, lain kali Mummy buat mee goreng tuang kuah macam kuah ayam tadi tu... iyolah tu Fuad... tu mee sizzling yang Encik Suami suka sangat makan tu... tapi Mummy tak pernah buat!

3 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

salam Mie, ayam tu amboiiii teruja akak tengok esuk lusa nak buat lah ayam ni, kalau bubuh halia pak haji suka sangat ni

Yana Shaiful berkata...

Lauk feveret husben yana nii..slalu jgk dia mintak bt ayam msk halia.. nnt try resepi kak Amie plak.. tgk gmbar pun dh tau sedappp..teliur hehee

Kak Sue berkata...

mesti sedapkan... boleh cuba ni....