ADSENSE

Sabtu, 17 Mei 2014

Apam Pisang Kukus

Selamat pagi rakan-rakan pengunjung Amie's Little Kitchen. Pagi ini Amie rajin pula ke dapur sediakan alas perut untuk anak-anak. Kesian tengok pisang berangan yang masak ranum dan hampir lebam terbiar di sudut dapur, ada baiknya Amie cuba olah menjadi sesuatu yang boleh dimakan seisi keluarga. Oleh sebab tak sempat nak tengok resepi, Amie sukat gunakan cara orang dulu... pakai cawan!


Resepi : Apam Pisang Kukus

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum siap diayak bersama 1 sudu teh baking powder
1 cawan pisang berangan siap dilecek bersama  secubit garam dan 1/2 sudu teh soda bikarbornat
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan tepung jagung
3 biji telur gred AA
bekas acuan secukupnya

Cara:
1. Panaskan periuk pengukus. Jika takut wap air menitik ke atas apam, balutkan tutup pengukus dengan tuala yang bersih. 
2. Dalam sebuah bekas yang besih, pukul telur bersama gula menggunakan whisk hingga gula hancur.
2. Masukkan tepung dan gaul rata diikuti dengan pisang lecek.
3. Setelah adunan kelihatan sebati, masukkan pula minyak dan gaul lagi tetapi jangan terlalu lama, cukup sekadar minyak kelihatan meresap ke dalam adunan.
4. Isikan adunan apam pisang ke dalam bekas acuan yang dikehendaki. Amie gunakan bekas acuan kecil-kecil. (Kalau takut melekat, sapukan sedikit minyak pada acuan - Amie tak sapu dengan minyak - tapi kalau anda cuba buat dan melekat pula, jangan salahkan Amie tau). Kukus antara 10 -12 minit. Jika ada suka, anda boleh gunakan loyang tetapi perlu mengukus lebih lama antara 35 - 40 minit atau sehingga apam masak.
Amie tidak gunakan tuala untuk membalut tutup pengukus, dan Alhamdulillah air wap tidak menitik atas apam pisang.


Dengan menggunakan bekas acuan yang comel seperti di atas tu, Amie dapat 24 ketul apam pisang yang lembut dan gebu. 

Tiada ulasan: