ADSENSE

Sabtu, 17 Mei 2014

Akar Teratai Goreng

Pernah makan akar teratai? Amie biasa masak akar teratai bila merenih sup campur kurma cina serta cendawan shiitake dengan daging ayam. Pernah sekali Amie cuba goreng teratai DI SINI dengan menggunakan tepung ADABI. Kali ini Amie cuba goreng gunakan ramuan sendiri.


Untuk rasa lebih rangup Amie buat adunan tepung dengan mencampurkan sedikit serbuk ENO perasa halia. Amie juga tambahkan sedikit serbuk rempah kari untuk menimbulkan aromanya yang tersendiri. Jom kita lihat resepinya di bawah ini.

Resepi : Akar Teratai Goreng

Bahan-bahan:
1 batang akar teratai sepanjang 12 cm
1 sudu teh serbuk ENO
1 sudu teh serbuk kari
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan air
1 sudu teh perencah MAGGI Cukup Rasa
minyak

Cara:
1. Kupas kulit teratai dan potong setebal 1/2 cm.
2. Rebus kulit teratai lebih kurang 20 minit atau sehingga empuk dan kemudian toskan airnya.
3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum dalam sebuah bekas. Tambahkan serbuk kari dan perencah MAGGI Cukup Rasa.
4. Adun dengan air hingga sebati dan akhir sekali masukkan serbuk ENO. 
5. Adun hingga rata dan biarkan lebih kurang 5 minit.
6. Panaskan minyak.
7. Celupkan akar teratai ke dalam adunan dan goreng ketika minyak benar-benar panas.
8. Setelah kelihatan kuning keemasan atau garing, bolehlah diangkat dan toskan.


Bolehlah kita hidangkan untuk minum petang.

1 ulasan:

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

Kat jepun byk kaka
Ai selalu mkn tp theyols goreng guna tepung biasa jer ituew pun yummy👍😊