Bubur Pulut Hitam Jagung Krim

9:15 PTG


Entri sebelum tidur....
Tiba-tiba teringat MIL yang suka buat Bubur Pulut Hitam. Nampaknya Amie berkesempatan melihat dan merasa dua cara yang berbeza masakan Bubur Pulut Hitam. Kalau gaya Bonda dan orang kampung kami, sudah tentunya santan kelapa dicampur sekali harung dengan bubur pulut hitam, tapi MIL pula akan tuangkan kepala santan di atas Bubur Pulut Hitam sebelum menikmatinya. Seronok rasanya dapat pengalaman begini dan rasa kedua-dua cara masakan ini sudah tentulah sungguh lazat!
Sampai giliran Amie pula berkongsi Bubur Pulut Hitam dan hasilnya seperti yang Amie paparkan di bawah ini. Amie tambahkan jagung krim dalam bubur.



Amie terus masak beras pulut hitam tanpa merendamnya terlebih dahulu. He he eheh.... sebab malas nak jaga api dapur, Amie masak gunakan slow cooker! Sementara menunggu beras pulut pecah, sempatlah Amie berdating dengan Encik Suami makan mee goreng mamak di kedai, dan kemudian ambil Firdaus di kampung dan seterusnya ambil Fairuz dari sekolah. Malas nak masak untuk makan malam, beli saja apa-apa yang patut untuk Fairuz & Fuad. Jadi, Amie gunakan sedikit masa untuk menjenguk Bubur Pulut Hitam yang sudah kembang dalam slow cooker.


Amie gunakan beras pulut hitam kampung, beras pulut bukit (huma). Kalau nak tengok rupa parasnya bolehlah lihat gambar di bawah ini.


Wokeeeeyyy... kita cerita tentang resepi Bubur Pulut Hitam ye, sebab kalau tangguh-tangguh entri nanti Amie terlupa pula cara masakannya sebab bukan selalu Amie buat Bubur Pulut Hitam.

Resepi : Bubur Pulut Hitam Jagung Krim

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut pulut - cuci bersih dan toskan airnya
1.2 liter air 
2 cawan gula Melaka yang telah dihancurkan / parut - boleh kurangkan jika tidak mahu manis
1 tin jagung krim
1 helai daun pandan - siat dan simpul
4 cawan santan pekat & sedikit garam

Cara:
1. Masukkan beras pulut bersama 1 liter air dan daun pandan ke dalam slow cooker. Kalau tak mahu guna slow cooker, gunalah periuk masak biasa. Biarkan hingga kembang atau pecah beras.
2. Masukkan jagung krim dan gula Melaka. 
3. Sementara menanti bubur masak dan sebati, bolehlah sediakan kuah santan.
4. Masak santan pekat bersama sedikit garam di atas api perlahan. Kacau sepanjang waktu supaya tidak pecah santan atau berkepala.
5. Hidangkan Bubur Pulut Hitam dan tuangkan santan di atasnya.



Kalau suka rasa lebih lemak, bubuhlah santan banyak-banyak!


Jom.... slurrrrrpppp!

9 comments

  1. Hi Amie, sedap ni, kak ros suka bubur pulu hitam

    BalasPadam
  2. buh jggung atasnye lg sedap kn kak .

    BalasPadam
  3. Family saya semua suka makan dan masak yg ini, di makan bersama santan pekat sedappp lg kalau ada durian dlam tu...

    BalasPadam
  4. waa..nampak sangat menyelerakan,nak semangkuk, hehe..

    BalasPadam
  5. waa..nampak sangat menyelerakan,nak semangkuk, hehe..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Cik Puan, kita kat sini dah tertelan air liur dah ni. Tak pernah rasa lg edisi khas mcm ni, Ada jagung di dalam, tuang lak Santan kat ataih, fuhhhhh, double mabeleslah kan

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Cik Puan, kita kat sini dah tertelan air liur dah ni. Tak pernah rasa lg edisi khas mcm ni, Ada jagung di dalam, tuang lak Santan kat ataih, fuhhhhh, double mabeleslah kan

    BalasPadam
  8. Salam Amie.... sedapnya bubur pulut hitam. Dah terliur dah ni.... Begitu rupanya beras pulut hitam huma ya.

    Alhamdulillah hadiah kiriman Amie dah selamat saya terima. Berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan diatas hadiah serta cenderahati yang dikirimkan kepada saya.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe