Amie's 1st Giveaway : Debar Menanti Kelahiran

10:56 PTG

Entri ini Amie tujukan khas buat semua pengunjung  Amie's Little Kitchen yang sangat dihargai.
Barangkali paparan kali ini menyimpang jauh dari dunia masakan.... sebab tidak berkaitan dengan resepi, tapi apa salahnya jika sesekali Amie ingin berkongsi kisah keluarga bersama rakan-rakan blogger kaaannn...


Amie ingin merehatkan diri dan minda buat seketika bersama keluarga sempena cuti sekolah yang baru bermula kelmarin. Ini bermakna tiadalah paparan resepi untuk beberapa hari akan datang. Kebetulan pula hari ini 22 Mac 2014 genaplah putera kesayangan kami Mohamad Firdaus berusia 1 tahun. Rasanya baru kelmarin Amie keluar dari hospital membawa si kecil kami seperti gambar di atas. Syukur Ahamdulillah... Mohamad Firdaus adalah kurniaan Ilahi yang tidak ternilai harganya buat kami sekeluarga.

Buat bloggers yang terdiri daripada kaum ibu, apa kata kita luangkan sedikit masa untuk kongsi pengalaman suka atau duka semasa melahirkan cahayamata. Syarat penyertaannya sangatlah mudah seperti di bawah ini:

1. Terbuka kepada semua follower Amie's Little Kitchen, termasuk yang baru jadi follower.
2. Buat entri bertajuk : Amie's 1st Giveaway : Debar Menanti Kelahiran
3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog Amie.
4. Ceritakan pengalaman anda semasa melahirkan, tidak kiralah anak pertama, kedua atau ketiga atau seterusnya.
5. Kalau ada gambar, bolehlah kongsikan bersama.
6.Tarikh tutup penyertaan pada 7 April 2014.
7. Hadiah istimewa sedang menanti anda! Sila klik DI SINI untuk melihat hadiah yang ditawarkan! Jangan lupa, ... tuliskan warna kegemaran anda pada ayat paling akhir entri anda ( SAYA SUKA WARNA ...........)  supaya hadiah yang bakal diterima mempunyai warna kesukaan anda!
8. Jangan lupa, daftar nama anda serta blog link anda sebagai peserta di kotak komen di bawah ini untuk memudahkan Amie menilai penyertaan anda.

Di bawah ini Amie coretkan pengalaman ketika Debar Menanti Kelahiran putera bongsu kami setahun yang lalu:

Menanti kelahiran Mohamad Firdaus merupakan detik yang sungguh mendebarkan buat Amie. Barangkali di sebabkan jarak di antara Mohamad Firdaus dengan abangnya yang 'bongsu tidak jadi' itu, Mohd. Fairuz Zamri 11 tahun lamanya! 

Kelahiran Mohamad Firdaus lebih awal dari jangkaan. Mengikut tarikh yang diberi, kelahirannya pada 4 April 2013, tapi Mohamad Firdaus ingin lahir pada tarikh kelahiran yang sama dengan Tan Sri Dato Amar Dr P. Ramlee pada 22 Mac 2013. 

Pada 21 Mac 2013, Amie ke sekolah seperti biasa.  Disebabkan sudah ada sedikit lelehan cecair jernih sejak 2 hari lepas, Amie minta izin dari pihak sekolah untuk membuat pemeriksaan di hospital walaupun belum ada tanda-tanda sakit bersalin. Doktor mengesahkan belum ada bukaan di pintu rahim, dan katanya bayi dalam kandungan dalam keadaan normal. Melihat Amie tunjuk muka gelisah, doktor kata mungkin kalau Amie bersetuju untuk 'diinduce', kelahiran akan dijangka berlaku pada keesokan hari. Alamak! Amie tidak pernah melalui pengalaman melahirkan secara 'induce' sebelum ini.... dan dengarnya kesakitan yang dialami berlipat ganda dari kesakitan bersalin cara biasa! Apa pun, Amie pasrah sebab Amie lebih bimbangkan kandungan berbanding diri Amie sendiri. 

Dipendekkan cerita Amie pun dimasukkan ke wad pada pukul 11 pagi, dan menjelang pukul 3 petang doktor yang memeriksa Amie pada sebelah pagi tadi datang semula untuk memasukkan ubat, dan katanya kalau tidak ada sebarang masalah, Amie akan bersalin keesokan harinya. Namun.... Amie belum berasa sakit lagi! Sehingga ke malam.... dan ketika tengahmalam, Amie bertanya kepada jururawat yang bertugas, kenapa Amie tidak sakit lagi? Kata jururawat tadi, kalau sampai esok pagi belum rasa sakit, ubat dos kedua akan dimasukkan! Tapi katanya, sebaik-baiknya kalau dapat bersalin selepas ubat yang pertama, itu lebih baik!

Oh! Tuhan.... akhirnya menjelang pagi, datanglah rasa sakit itu! Lebih kurang pukul 9 pagi, Amie dibawa masuk ke bilik bersalin, walaupun pada ketika itu jururawat mengesahkan bukaan pintu rahim baru berukuran 3cm. Amie ditinggalkan bersendirian di bilik bersalin tetapi ketika seorang jururawat datang semula ke bilik, Amie meminta supaya dia memeriksa bukaan pintu rahim disebabkan Amie rasa sudah tidak dapat menahan sakit. Setelah diperiksa, Amie terus bertanya.

Amie : Berapa cm sudah Nurse?
Nurse : Tadi di wad, berapa cm Nurse bilang?
Amie  : 3 cm.
Nurse  : Samalah... 3 cm. Jangan cuba-cuba mengejan ya  (meneran).
Nurse tadi pun terus tinggalkan Amie. Amie terpinga-pinga. Mustahil baru 3cm setelah hampir 1 jam Amie berada di bilik bersalin sedangkan sakit yang dialami sudah begitu kerap!

Ya Allah! Habis segala doa-doa yang terpampang di dinding bilik bersalin Amie baca berulang-ulang tapi tidak juga datang Nurse tadi. Pada ketika ini, Amie berteriak agar suara Amie didengar oleh mana-mana jururawat yang berada di luar... dan tiba-tiba muncul 2 orang jururawat menerpa ke arah Amie.

Nurse I : Kenapa? Ada apa Mama?
Amie    : Saya rasa saya dah nak bersalin.
Nurse I  : Tidak boleh. Mama baru 3 cm.
Amie    : Tapi saya rasa saya nak meneran sekarang.
Nurse II : Tidak boleh Mama. Mesti tunggu sampai 10 cm.
Amie    : Oh! Saya tak boleh menahan.... saya nak teran sekarang!
Nurse II : Tak boleh... tak boleh! Kami belajar memang kena tunggu sampai 10 cm (Nurse II membuat ukuran 10cm dengan mencantumkan kedua-dua cari telunjuk dan ibu jarinya.
Amie    : Saya tak boleh tunggu lagi....
Nurse I kelam kabut memeriksa bukaan pintu rahim dan katanya:
Nurse I : Ya... Allah! Sudah 8cm... (benarkah atau lebih dari itu?). Bolehlah teran sekarang...
Amie    : Allahu Akbar.......!!!!

Syukur Alhamdulillah....nafas panjang & dalam sekali Amie tarik, dan dengan sepenuh tenaga melepaskannya dengan membayangkan insan kecil haruman syurga muncul di depan mata! Oh! Terasa amat merdu tangisannya yang pertama. Setelah dibersihkan dan dilengkapi dengan pakaian, si kecil diserahkan.... kepalanya di atas lengan Amie. Terasa ingin mengalir air mata kegembiraan... tapi Amie tahan dengan mengukir senyum merenung mata si kecil yang bulat memandang, sambil Amie bersuara...

Assalamualaikum sayang.... selamat datang ke dunia! 
Dan kemudian, Amie susukan si kecil.

Dua hari kemudian, ketika itu Mohamad Firdaus sedang tidur, dikelilingi oleh semua abang-abangnya... Mohd. Faridzuan, Mohd Fuad & Mohd. Fairuz Zamri... Encik Suami berkata:

Encik Suami: Entah kenapa, lebih kurang pukul 10.30 (ketika itu Amie sedang 'berkelahi' dengan jururawat), perasaan Baba rasa lain sangat bila teringat Mummy di bilik bersalin.
Amie : Macamana perasaan tu?
Encik Suami : Tak tahu nak cakap... cuma Baba tak putus-putus memohon pada Allah ... ya Allah, kenapa lain betul perasaan ini? Kalaulah isteriku ada berbuat salah padaku, Kau ampunilah segala dosanya.... tak tahu kenapa sampai Baba cakap begitu.
Amie : Kuat sungguh gelombang minda Baba ya... Baba seolah-olah tahu waktu tu kita rasa dah nak mati!
Encik Suami : Kenapa? 
Amie : Sakit yang paling sakit orang kata sakit nak bersalin... tapi kalau tak dibenarkan bersalin bukankah dah nak mati namanya?
Memang benar... sewaktu menahan sakit sebab tidak dibenarkan meneran itu Amie dah tak ingat yang lain kecuali menyebut nama Allah... nama Bonda dan mohon ampun dari Encik Suami sekiranya Amie ada berbuat salah kepadanya! Dan sesaat kemudian Amie 'berteriak' memanggil jururawat di luar! Subahanallah.... hidup ini penuh keajaiban!

Memang! Proses bersalin itu sangat sakit! Sangat derita... tapi bahagia akhirnya! Tambah bahagia bila Encik Suami sering berkata terutama sebelum tidur: Terima kasih... terima kasih sanggup mengandung dan lahirkan anak-anak Baba!

31 comments

  1. Selamat hari ulangtahun kelahiran yg pertama firdaus....:)

    Mcm mnarik je GA ni...insyallah ada masa sy join...kena take time juga ni kak...

    BalasPadam
  2. Selamat ulang tahun dik..

    nk join lah

    BalasPadam
  3. hepy besday firdauuus hihi
    mcm menarik,kalau dan nak join jgk la hihi

    BalasPadam
  4. Asyifa,
    terima kasih... silakan joint, untuk seronok-seronok....

    Acik,
    tq Acik...

    Mazliza,
    terima kasih... meh joint sekali ye Maz

    Atie,
    tq Tie... meh ramai2 joint ye

    BalasPadam
  5. Bersalin itu sakit..tp pengalaman sangat indah...manis akhirnya..
    Hepi besday buat firdaus

    BalasPadam
  6. pengalaman bersalin mmg x dpt nk dilupakan,walaupun anak dh berderet2...setiap kali bersalin mesti terbayang saat2 manis ketika sikecil diletakkan di atas dada sejurus dilahirkan...setiap kali bersalin ada yg mudah & ada juga yg menempuh saat yg sukar...alhamdullilah saya sampai anak ke 6,Allah permudahkan segalanya...yg ke 4 bersalin ketika ctg dilakukan & yg ke 6 bersalin dlm keta,ditemani si suami yg sedang memandu kereta....

    BalasPadam
  7. happy Birthday Firdaus..insan yg paling dinanti2kn oleh mama,babah & abg2nya :)

    BalasPadam
  8. insyaallh kak klu ada masa nnt join..hppy bthdy firdaus.

    BalasPadam
  9. Salam Kak Amie..InsyaAllah jika ada kelapangan dan tidak terleka...Ingin juga saya post untuk entry ni....

    BalasPadam
  10. Oppsss...Sebelum lupa..Happy Birthday Firdaus...Semoga membesar menjadi anak yang soleh....

    BalasPadam
  11. Lina,
    setuju sangat.... Allah beri kesakitan, tapi Allah limpahkan kebahagiaan.

    Myda,
    ya Allah... hebatnya pengalaman tu... sampai bersalin dalam kereta!

    Azatie,
    terima kasih Atie... syukur serbu syukur kepada Allah!

    BalasPadam
  12. Zila, terima kasih... meh joint sekali ye... masih panas tu pengalaman Zila he hehehe.

    Sue, terima kasih...
    jangan lupa joint ye Sue, boleh share pengalaman indah bersama!

    BalasPadam
  13. Selamat hari lahir Firdaus. Kalau sempat karangan boleh la sy join...

    BalasPadam
  14. Selamat hari lahir Firdaus...semoga menjadi anak yang soleh..:)
    Amie..seronok bc pengalaman 'Debar Menanti Kelahiran'
    Suka nak join...tp huhuhu pengalaman
    dah basi....

    BalasPadam
  15. Fazian,
    tq... terima kasih sudi nak joint, bleh kongsi pengalaman berharga.

    MamaAna,
    he heheh... mana ada basinya... pengalaman tu tetap manis & segar dalam ingatan

    BalasPadam
  16. Tahniah Amie..
    MaDiHaA pun sering dengar org kata induce sakitnya berganda dari bersalin normal tanpa induce. Takutnya dalam hati tapi itulah yg telah MaDiHaA terpaksa lalui... ketiga2 anak terpaksa di induce.. memang sakitnya tak dapat nak digambarkan. Oleh kerana dua anak dah pengalaman induce & sakit yg teramat... anak no. 3 MaDiHaA minta izin dari suami utk buat epidural... tetapi anak ke 3 tak berjaya bersalin normal setelah di induce & akhirnya terus di bawa ke bilik pembedahan.. hanya tambah dos bius saja utk c-sec.. aduhh.. memang besar dugaan seorang ibu..

    BalasPadam
  17. Madiha,
    terima kasih... sebenarnya Amie lebih risau kandungan (walaupun tak pernah induce sebelum ni), tu pasal bila doktor cadangkan induce Amie terlupa tentang kesakitan berganda yang pernah Amie dengar... terus je setuju sebab tak sabar nak tengok Firdaus kot he heheh.... syukurlah sakitnya tak lama, dan selamat. Cuma bab nurse tak bagi teran tu yang buat Amie jadi bingung!

    Mama Sara Nur,
    silakan.... dialu-alukan....

    BalasPadam
  18. Salam k.amie..Tq sbb extend deadline... saya dah buat entry..sudilah k.amie baca ye... link kat bwh ini:
    http://puanhazel.blogspot.com/2014/04/amies-1st-giveaway-debar-menanti.html?m=1

    Happy bday to firdaus! Semoga membesar bagai johan!

    ~hazel~

    BalasPadam
  19. Berminat nak join tapi belum ada pengalaman melahirkan anak lah pulak... hmmmm

    BalasPadam
  20. Happy belated Birthday baby sayang, semoga sehat selalu makin pinter yah.. muachhh
    Kak Amie ..Melly sudah buat entry nya, silahkan lihat di sini :

    http://masakanmelly.blogspot.com/2014/04/amies-1st-giveaway-debar-menanti_5.html

    BalasPadam
  21. Puan Hazel,
    terima kasih sudi ikut serta... terima kasih jua ucapannya.

    Nurul Nazrah,
    terima kasih sudi mampir.... he hehe pengalaman itu akan dirasai juga satu hari nanti, in shaa Allah.

    Melly,
    terima kasih kerna berusaha menyiapkannya... & terima kasih juga ucapannya itu.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum Amie, saya juga ikut join giveaway yg dianjurkan oleh Amie ni. Cubalah baca entrinya di sini.

    http://dielacraft.blogspot.com/2014/04/amies-1st-giveaway-debar-menanti.html

    Terima kasih.

    BalasPadam
  23. Joint gak sbg tanda sokongan hehee

    http://linapg.blogspot.com/2014/04/amies-1st-giveaway-debar-menanti.html

    BalasPadam
  24. Fadzillah,
    waalaikumussalam.... terima kasih sudi menyertainya. Saya terjah ke rumah Diela ye...

    Lina,
    terima kasih Lina... seronok dengar, dalam sibuk2 siapkan tempahan sudi luangkan masa ikut serta.... Alhamdulillah.

    BalasPadam
  25. Kak amie,saya nak join gak!tak terlewat kan!!!
    http://hanasafirahidayah.blogspot.com/2014/04/amies-1st-giveaway-debar-menanti.html

    BalasPadam
  26. Salam Kak Amie..

    Yana nak join gak ^__^

    http://yanashaiful.blogspot.com/2014/04/amies-1st-giveaway-debar-menanti.html

    BalasPadam
  27. Myda & Yana,
    terima kasih banyak sudi joint... Kak Amie dah terjah ke rumah Myda & Yana... teruja sangat baca pengalaman tu...

    BalasPadam
  28. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  29. ala...dah terlambat la...boleh tak Amie buat lagi

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe