ADSENSE

Rabu, 12 Mac 2014

Amie dapat kiriman FM yang cantik.... Terima kasih Cheq Sue!

Sukanya.... seronoknya! Siapa tak suka, siapa tak seronok bila dapat kiriman dari seseorang!


Amie dapat kiriman FM dari CHEQ SUE - CERITA TENTANG SEGALA. Kiriman FM yang cantik ini sampai pada 26 Februari 2014 lalu. Amie terus telefon Cheq Sue sebab teruja sangat nak dengar suaranya dan nak ucap jutaan terima kasih,  tapi mungkin terlalu awal (pukul 6.15 pagi), jadi panggilan tidak bersambut. Amie telefon sekali lagi menjelang pukul 11 pagi, tidak juga bersambut. He hehehe.... apa pun FM sudah Amie lekatkan di pintu peti sejuk.



Cantikkan!. Bertuahnya Amie dapat oleh-oleh FM yang Cheq Sue bawa dari Vietnam semasa melancong di sana.


Dan satu lagi... FM yang tidak kurang cantiknya di atas tu... Terima kasih Cheq Sue. Amie difahamkan melalui alamat yang Cheq Sue tulis, beliau mengajar di salah sebuah sekolah di Cameron Highlands. In shaa Allah, ada rezeki pasti kita akan bertemu kan Cheq Sue.... nak juga rasa sejuk-sejuknya suasasana di Cameron Highlands tu..... (dah berpuluh tahun tak ke sana). Sayaaaaaanggg Cheq Sue ketat-ketat! MMMuahahah... mmuahahaah!

1 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

wah Amie, best nya kan kiriman fm ni dari veitnam lagi tu, bukan senang nak dapat kan