ADSENSE

Sabtu, 8 Februari 2014

Ikan Talapia Goreng & Kerabu Mangga

Ada kalanya kita seperti kehilangan selera untuk makan... mungkin disebabkan rasa letih, kurang sihat atau sudah jemu dengan hidangan yang sama setiap hari. Kalau Amie.... bila rasa kurang berselera, terfikir pula mungkin boleh menikmati hidangan yang mempunyai pelbagai rasa seperti masam, manis pedas dan sebagainya.


Jadi, terhasillah resepi Ikan Talapia Goreng & Kerabu Mangga. Yang seronoknya tu sebab ikan talapia saiz besar, 500 gram seekor, jadi penuhlah isinya!


Mangganya pula petik dari belakang rumah, di tepi dapur... selalu Amie nampak buah mangga ni bergayut di tangkainya menerusi jendela dapur. Nampak tak.... tangkainya dipenuhi kerengga! Orang kata kalau ada kerengga bermakna isinya elok tak berulat. Memang betullah tu..... mangga udang seberat 1.4kg sebiji ini cantik sekali isinya.  Amie gunakan separuh dari isi mangga, dan memang banyaklah hasil kerabu mangganya. Ratah-ratah aje beb! Amie suka sangat kerabu mangga ini sebab rasa mangga yang tidak masam... tapi rasa masam manis tetap ada dengan tambahan jus limau kasturi.


Untuk menambah aroma pada hidangan kerabu mangga ini Amie bubuh hirisan daun ketumbar jawa. Bagi sesiapa yang belum pernah melihat pokok ketumbar jawa, bolehlah lihat gambarnya di atas tu.... baunya sama seperti daun ketumbar biasa.


Resepi : Ikan Talapia Goreng & Kerabu Mangga
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 ekor ikan talapia - bersihkan dan lumur dengan sedikit garam serta serbuk kunyit.
minyak

Bahan untuk Kerabu Mangga:
2 cawan hirisan mangga
3 biji bawang merah - hiris nipis
5 biji cili padi - hiris halus
1 biji cili merah - hiris nipis
3 helai daun ketumbar jawa - hiris -hiris
3 sudu makan jus limau kasturi
garam / gula secukup rasa

Cara:
1. Goreng ikan talapia hingga masak dan ketepikan.
2. Gaul semua bahan untuk kerabu mangga. Biarkan selama 15 minit.
3. Letakkan ikan talapia goreng di atas piring. Bubuh Kerabu Mangga di atasnya.
4. Sedia untuk dihiidangkan.






5 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

terliurrr Amie sbb ada kerabu tu masam2 manis

Bbwana adienia berkata...

salam kak..

memang buat terliur la tengok ikan dan gandingan kerabu mangga tu..membuka selera..

NenetPenne (NP) berkata...

Terus rasa kelaparan...drooling

Acik Erna berkata...

Assalam amie terliur acik pepagi tengok gambar kerabu mangga ni

Sury Abil berkata...

Sedapnya ikan tu..makan masa hangat2...tak hengat bertambah kan..1st tgok daun ktumbar tu kak amie..