ADSENSE

Sabtu, 18 Januari 2014

Udang Galah Goreng Taucu

Selamat berhujung minggu!
Sementara menunggu Fuad & Fairuz selesai mengikuti aktiviti kokurikulum (Amie sudah selesai beraktiviti bersama guru penasihat lain & ahli kumpulan), Amie ambil kesempatan untuk paparkan resepi Udang Galah Goreng Taucu hasil masakan kelmarin.



Amie ingin kekalkan rasa segar udang galah. Jadi Amie putuskan untuk goreng begitu saja dan kemudian tumiskan sos taucu manis.



Cara penyediaannya sangat mudah dan ringkas tapi sedap tau!



Jom .... kita lihat resepinya di bawah ini.

Resepi : Udang Galah Goreng Taucu
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan:
500 gram udang galah - cuci dan bersihkan, toskan air dan tabur sedikit garam, ketepikan
1 biji bawang besar - mayang kasar
4 sudu makan taucu manis
1 biji cili merah dan cili hijau - buang biji dan potong ikut suka
1 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan kicap manis ABC
1 sudu teh gula
1 cawan air
minyak


Cara:
1. Goreng udang galah hingga masak. Keluarkan dari kuali dan toskan minyak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang besar.
3. Setelah bawang besar mengeluarkan bau, masukkan taucu  serta hirisan cili merah / hijau dan kacau seketika.
4. Masukkan air dan biarkan mendidih.
5. Tambahkan sos cili Thai, kicap manis ABC dan gula. Biarkan seketika sehingga kuah agak pekat.
6. Masukkan udang galah goreng dan gaul rata. 
7. Padamkan api dapur.



Nyum nyummmm....



Nampak macam masak cincai-cincai aje kan...
Tapi kalau dah namanya udang, masak apa pun sodap!

4 ulasan:

mama sara nur berkata...

yum yummmm he hee
satu kelainan kan masak taucu
duk masak sambal je sokmo udang ni
tqqq k amie for resepi

cikla berkata...

sedanya kak amie..mmg betul lah kalau udang mmg sedap ..kekalkan rase original tukan..nak try nanti..cikla mmg suka lauk2 simple ni...selera mkn

Umie Jazz berkata...

Assalamamualaikum k.Amy..aduh merah menyala nampak udang tu...teruja btul nak merasa...

Muhammad Taufiq berkata...

Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com