ADSENSE

Selasa, 7 Januari 2014

Pajeri Nanas

Sebenarnya agak lama juga berangan-angan nak buat Pajeri Nanas! Teringin meratah puas-puas! Akhirnya tercapai juga hasrat ini bila petang tadi Amie berkesempatan menyediakannya sebagai salah satu di antara lauk-pauk hidangan keluarga. 


Amie gunakan sebiji nanas separuh masak seberat 1.5kg.  Ada beberapa versi resepi pajeri nanas... setahu Amie ada yang gunakan santan dan ada yang tidak. Ada yang tidak gunakan serbuk rempah kari sebaliknya giling atau kisar sendiri rempah-rempahan untuk dijadikan pes. Pajeri Nanas yang Amie paparkan ini merupakan versi dari kampung kami. Bezanya, kalau di kampung kami warna Pajeri Nanas lebih kekuning-kuningan, tetapi pajeri yang Amie hasilkan lebih kemerah-merahan pula, barangkali Amie terlebih bubuh lada! Seperti biasa, kalau gunakan serbuk kari, Amie tidak bancuh dengan air untuk dijadikan pes, sebaliknya terus campurkan ke dalam bahan tumisan, dan masak dengan api sederhana panas supaya tidak terlalu kering.



Resepi : Pajeri Nanas
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 biji nanas seberat 1.5kg - kupas kulit, belah 4 dan buang empulur, potong ikut ketebalan yang disukai
1 cawan kerisik
1/2 cawan serbuk kari daging
1 sudu teh biji sawi
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang, toskan
1/2 cawan minyak
garam  / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 ulas bawang putih 
5 biji bawang merah

Rempah penumis:
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Celur nanas sehingga layu dan kemudian toskan airnya.
2. Panaskan minyak dan goreng rempah penumis sehingga wangi dan kemudian  masukkan biji sawi. Biarkan seketika sebelum masukkan  bahan kisar.
3. Setelah bahan tumisan terbit minyak, masukkan serbuk kari dan gaul sebati. Jika bahan tumisan terlalu kering, tambahkan sedikit air.
4. Masukkan udang kering diikuti dengan nanas.
5.  Masak dengan api sederhana - oleh kerana Encik Suami suka pajeri yang berkuah, Amie tambahkan  1 cawan air.
6. Masukkan kerisik, garam / gula / perasa pilihan.
7. Gaul sekali-sekala sehingga kuah menjadi pekat.


5 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

tok tok tok
ada lagi pajeri nya buk!!! laparrrrr minta semangkok Mieeee

azieazah berkata...

Kalu ikut versi myArwah Ayah pulak, dia suka boh sedikit air belacan. Lebih kurang rasa macam udang kering la.

Yang pasti mesti ada kerisik, kan?

Makan dengan nasi panas, then telur masin or ikan masin. Ahhh Amie!

myda_ahmad berkata...

suka mkn,tp x pernah buat....sesekali nk jugak buat nanti..

Qasey Honey berkata...

slm kak Amie..
alahaii sedapnye tgk pejeri nenas tu..tliur pulak tgk lama2..perut pon ikut sma berdendang..hehe

Mel berkata...

ini kalau bulan Ramadan atau g kenduri ke cari hidangan ni dulu. Kegemaran sangat ni. Lama dah tak buat, time keluar je lupa nak beli nanas..uhhuu