ADSENSE

Ahad, 5 Januari 2014

Pilihan hidangan keluargaku : Kari Ayam, Acar & Sambal Belacan

Orang kata lauk-pauk berasaskan kari mampu menggoda selera!
Memang Amie akui, kalau Amie masak kari anak-anak akan tercari-cari lebihannya dalam kuali atau menambah nasi sehingga habis bersih periuk tak tinggal sebutir nasi!


Encik Suami pula cukup berselera kalau dihidangkan lauk kari ayam ditambah dengan acar mentah! Katanya, aroma kari menjadi hidup dengan gandingan acar.... bau hirisan timun serta bawang mentah itu laaaa....
Betul tu.... Amie tidak mampu menafikan lagi, dan Amie tambah dengan sambal belacan! Dah keluar macam-macam aroma pulak! Tapi.... inilah gandingan lauk-pauk yang sememangnya sangat enak dinikmati bersama keluarga terutama sebagai hidangan tengahari!



Kali ini Amie masak kari gaya campur-campur! Asasnya sama, cuma sentuhan akhir Amie perahkan jus limau nipis.... inilah gaya masakan keluarga sebelah Encik Suami. Dan satu lagi, Amie tertarik melihat Chef Khoo masak inti curry puff tempohari. Chef Khoo goreng terlebih dahulu daun kari dan diikuti dengan bawang. Aromanya.... mmmm  cukup buat perut kami lapar! Dan seperti biasa, Amie tidak bancuh serbuk kari!
Resepi : Kari Ayam
Olahan: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1kg daging ayam - potong 10 bahagian
5 sudu makan serbuk kari daging
200ml santan cair
400ml santan pekat
4 biji kentang - belah 4
4 pelepah daun kari - lurutkan
1 biji limau nipis - ambil jusnya
1/2 cawan minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 cm halia

Rempah penumis:
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan daun kari bersama rempah penumis. Goreng hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Tambahkan serbuk kari, dan jika terlalu kering masukkan sedikit air.
4. Masukkan daging ayam dan gaul rata. Masak sehingga daging ayam menjadi layu.
5. Tuangkan santan cair dan biarkan sehingga kuah mendidih.
6. Masukkan kentang diikuti dengan santan pekat.
7. Masak sehingga daging ayam dan kentang empuk dan kuah menjadi pekat.
8. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
9. Masukkan jus limau nipis, dan kacau sekali lagi. 
10. Padamkan api dapur.



Untuk acar pula, seperti biasa Amie suka buat gaya orang kampung kami tapi nampaknya tak cukup syarat sebab tak ada nanas! Amie gunakan timun, sengkuang dan juga lobak merah serta udang kering. Amie tidak gunakan cuka, sebaliknya Amie gunakan perahan jus limau kasturi. Sama seperti acar yang lain, Amie bubuh gula dan sedikit garam untuk menambah perisa!


Dan.... Sambal Belacan! 

11 ulasan:

rahel berkata...

Pergh...kita pun gila kari kak....berselera makan....lengkap dg acar pulak tu...maka bertambah tambah la nasi gue ...hihi

azieazah berkata...

Hmmm macam sama. Semalam pun saya masak Kari Ayam tapi tak buat acar. Saya goreng ikan gelama masam jer. Pun langsai seperiuk. Mujur sempat simpan utk bawak bekal pi kerja.

azieazah berkata...

Hmmm macam sama. Semalam pun saya masak Kari Ayam tapi tak buat acar. Saya goreng ikan gelama masam jer. Pun langsai seperiuk. Mujur sempat simpan utk bawak bekal pi kerja.

izahdaut berkata...

waduh.. complete set!! membangkit selera la lauk kak amie. :)

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

aduh pagi2 dah nampak kari ayam amie tu terus perut jadi lapar...

ummiross berkata...

Amie..anak2 ummi pun suka kari, maklumlah membesar di Penang, mak angkat orang Penang, hari2 kari...hehe.

Nampak warna kari Amie tu pun dah tau sedap tu Amie..

mamaAna berkata...

Salam Amie...mengancam betul warna karinya, pasti sedappp....kombinasi yang serasi..
Ini yang membuatkan perut lapar..hehehe
Terlio, besok pasti ikut idea Amie....

zila norazila berkata...

Kari mkn dgn apa2pun sedap jew kn..rasa nk mkn lempeng kelapa cicah kari la..

shidah berkata...

alahai..lapar terus jadinya

Fiza Lgk berkata...

Salam K.Amie....terliurlah tengok acar tu. Sedap...lunch time pun lambat lagi ni.

mama sara nur berkata...

assalam
memang gabungan yg kena
kari ayam dan acar, suker suker he hee sy pun suka acar mentah gini