ADSENSE

Ahad, 26 Januari 2014

Kacang Bendi Tumis Dengan Udang


Entah apa namanya ni.... sayur kacang bendi atau udang tumis dengan kacang bendi?
Sebab... yang nak makan sayur Amie dengan Encik Suami, yang nak makan udang Fuad & Fairuz. Jadi.... masak sekali harung!


Resepi : Kacang Bendi Tumis Dengan Udang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
12 biji kacang bendi - cuci dan toskan - buang tampuk dan ekor - hiris ikut suka
1 cawan udang basah siap dibuang kulit
minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang & toskan
2 biji cili merah
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya.
2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan udang basah dan tumis lagi hingga udang berubah warna.
4. Masukkan kacang bendi dan kacau sebati sehingga kacang bendi masak atau berubah warna.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

8 ulasan:

zila norazila berkata...

sedap pulak malam2 tgok bendi masak macamnie..esok nak cari bendi jgk la..:)

adda syuhada berkata...

Assalamualaikum Kak Amie...
nampak sedap & menarik menu hari ni...resepi pun mudah jer...

azieazah berkata...

Ahaa kalu saya masak camni pun sama ler. Saya dgn Toklaki jer makan bendi. Bebudak makan udang jer.

Fiza Lgk berkata...

Salam K.Amie...

Hadui...daku tergoda. Sedapnya...

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum amie..
lama tak singgah sini.. apa khabar?
sekarang ni kalau kat ofis tengok benda makan sokmo lapar.. terliur la.. kena ngan nasi panas2 ni terangkat.. sure bertambah2 makan nanti..
firdaus apa khabar? gigi dah berapa batang? rindu sama itu budak..

ummiross berkata...

Sedapnya Amie..berselera makan nasi, simply delicious.

JASLI INTAN SYUHADA BINTI SALIM Salim berkata...

salam kak amie...sedapnye tgk resepi ni...rs lapar plk..

Erna Nordiana Zamri berkata...

assalammualaikum kak amie, erna 1st time komen sini dan dah follow kak amie. selalu masuk blog kak amie refer resepi. kadang tu tak ada idea nak masak apa. harini, ini menu pilihan erna. tQ kak amie :)