ADSENSE

Khamis, 31 Oktober 2013

Popia Isi Ketam Berkeju ( Creamy Crabstick Rolls)

Petang tadi sempat turun ke dapur menyiapkan hidangan ringan .... hasil angkut resepi dari dapur Rostina nun di Brunei sana. Terima kasih banyak-banyak ye Ros sebab sudi kongsi Creamy Crabstick Rolls yang sungguh enak ini. Betullah apa Ros kata... tak payah cicah apa-apa sos, makan je gitu pun dah cukup sedap!


Resepi : Popia Isi Ketam Berkeju ( Creamy Crabstick Rolls)

Bahan-bahan:
Kulit popiah (any size will do)
Crabstick/isi ketam
Keju cheddar (diparut halus) @ boleh guna kepingan cheddar
Sedikit campuran tepung & air sebagai gam - Amie gunakan putih telur

Caranya:
1. Siatkan sehelai kulit popiah & masukkan isi ketam.
2. Taburkan keju di atas isi ketam (banyak2 lagi sedap).
3. Gulung dengan kemas. Gamkan hujung dengan tepung.
4. Ambil sehelai lagi kulit popiah & letakkan popiah tadi di tengah2.
5. Ulang langkah no 3 (gulung 2 kali bagi mengelakkan keju meleleh keluar semasa menggoreng).
6. Goreng sehingga garing & toskan minyak.
7. Sedia dihidang bersama sos kegemaran @ enak juga dimakan begitu saja.


Siap dah! Jom makan sama.



Hari ini terlebih rajin pulak nak kongsi langkah demi langkah buat popia. Sesuai benarlah untuk rujukan adik-adik yang belum biasa atau teringin nak cuba buat popia ni. Mula-mula Amie bubuh parutan keju cheddar atas kulit popia. Minta maaf banyak-banyak Ros... menderhaka ni tak ikut peraturan yang Ros buat. Amie gunakan sehelai je kulit popia.



Lepas tu, ambil sebatang fillet ketam dan bubuh atas parutan keju cheddar tadi.



Amie tutup fillet ketam dengan parutan keju cheddar.



Lepas tu... gulunglah macam buat popia biasa tu. 



Beginilah rupanya...... dan di bawah ini apa pulak?



Kita sibuk gulung popia di dapur, Fairuz sibuk gulung Firdaus dengan selimut! Haiiyyyaaaaa....


Rabu, 30 Oktober 2013

WW : Jom Cuci Perut Dengan Mangga Golek - Buat Jus atau Smoothie!




Selasa, 29 Oktober 2013

Entri Tertunggak : Buns & Breadmaking Class

Sebenarnya gambar-gambar di bawah ini sudah 2 minggu tersimpan dalam folder tetapi baru hari ini sempat Amie paparkan. Sayang pula rasanya kalau tersimpan tanpa tatapan, sekurang-kurangnya adalah kenang-kenangan Amie ketika menghadiri kelas masakan.


Ini Mayonnaise Sausage Bun. Kalau Amie rajin buat di dapur sendiri.... nampaknya anak-anak tak akan beli lagi di kedai. He he heh... kenalah berangan-angan dulu, barulah ada semangat nak mencuba sendiri. Betul tak?


Ini pula  Red Bean Pau atau Tau Sar Pau. Teruja nak buat sebab dah lama Encik Suami mengidam nak makan benda ni....



Ini.... lupalah pulak apa namanya.... Chocolate Custard Bun kot!



Yang ini Double Chocolate Bun.



dan... Soft Potato Bun.
Harap adalah angin rajin mencuba satu persatu.

Yang ringkas & mudah... Asam Rebus Ikan Gerut-Gerut

Kalau boleh Amie nak sediakan hidangan yang seringkas mungkin. Mudah dan sudah semestinya berkhasiat. Akhirnya.... terhidanglah menu yang ringkas dan mudah. Untuk tengahari ini .... Asam Rebus Ikan Gerut-Gerut.


Balik dari menghadiri kursus PBS tengahri tadi, Amie singgah di pasar dan terpikat pula dengan seekor ikan gerut-gerut seberat 1.2kg. Amie beli yang sudah siap dibuang sisik dan dikerat 6 bahagian. Sepanjang perjalanan ke rumah memang berangan nak goreng ikan ini dan kemudian buatkan tumisan lada. Dah sampai dapur lain pulak ceritanya.... he he eheh malas nak berlama-lama di dapur sebab kejap lagi Firdaus sampai. Nak main-main dengan Firdaus pulak. Akhirnya Amie masak  rebus-rebus.  Masukkan sajalah kepala dan telur ikan yang masih melekat di bahagian perutnya tu. Lauk semalam masih ada lagi, dan Amie cuma panaskan lebihan sayur dan ayam masak kicap.



Resepi : Asam Rebus Ikan Gerut-Gerut
Olahan  : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
6 keping ikan gerut-gerut
600ml air
1 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
2 biji tomato - belah 2
7 biji kacang panjang - patah-patahkan
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
5 biji cili merah - buang biji
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan

Cara:
1. Masukkan air di  dalam periuk. Maukkan semua bahan kisar, serai dan asam gelugur.
2. Biarkan  masak hingga mendidih.
3. Masukkan ikan tenggiri dan masak lagi selama 5 minit. Kemudian masukkan  kacang panjang tomato.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.

Ahad, 27 Oktober 2013

Mango Casablanca untuk kesekian kalinya....

Macam dah tak ada kerja lain dah di hujung minggu begini..... nak menternak lemak pulak! Jomla.... sekali-sekala apa salahnya mengadap Mango Casablanca. Kalau nak tengok resepi yang lepas boleh klik DI SINI.


Tergoda ke? Cari je bahan yang diperlukan. Tak banyak pun.... 5 jenis je. Tak perlu nak masak-masak lagi.



Resepi: Mango Casablanca
Sumber : Fauziah Biran & Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
27 keping Biskut Cream Crakers
1 kg mangga masak ranum - kupas kulit dan hiris nipis
250 gram Philadelphia Cream Cheese - kali ini Amie gunakan jenama Anchor
2 tin (300gram setiap 1 tin) Nestle Cream
300ml Sweeted Cream - boleh gunakan sukatan sendiri untuk rasa manis yang dikehendaki
susu cair - pilihan (Amie tidak gunakan)
bekas persegi ukuiran 8" X 8" 

Cara:
1. Pukul Philadelphia Cream Cheese / Anchor Cream Cheese, Nestle Cream dan Sweeted Cream menggunakan mixer sehingga kembang- pukul cream cheese dulu sampai licin, kemudian diikuti dengan nestle cream - lepas tu bubuh susu pekat pula.... (sweeted cream).
2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang  merata di bahagian dasar bekas persegi.
3. Susun 3X3  biskut berjumlah 9 keping.
4. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
5. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
6. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
7. Susun lagi 3X3  biskut sebanyak 9 keping.
8. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
9. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
10. Keluarkan bekas dari peti sejuk, dan potong untuk dinikmati.

Amie gunakan loose bottom cake pan, supaya lebih mudah untuk keluarkan Mango Casablanca sekiranya hendak dipotong.


Saja bubuh lebih-lebih hirisan mangga di atasnya tu... amacam? Cukup menggoda selera?



Adeeeeeehhhh... hancusssssss dietku!

Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna & Serunding Kelapa

Bertemu lagi di pagi minggu yang nyaman dan mendamaikan! Dah sarapan ke belum? Kalau belum mari datang ramai-ramai ke dapur Amie.... kita sarapan dengan nasi kuning. Lama tak buat nasi kuning ni. Boleh rujuk DI SINI juga kalau ingin tahu cerita lama Amie tentang nasi kuning.


Tuan punya dapur akhir-akhir ini agak sibuk dengan pelbagai urusan....   dan sudah tentunya dalam banyak-banyak urusan tu satu urusan yang mengasyikkan sampai dapur tak berasap sudah tentulah melayan keletah si kecil Firdaus! Rasa seronok bermain dengan Firdaus yang sudah mula aktif pusing-pusing badan, dan belajar duduk mengalahkan hasrat untuk masak di dapur ha ha hahaha.... sib baiklah Encik Suami sporting. Makan sajalah di luar ye.... Apa pun, sesekali Amie turun juga ke dapur....!

Resepi : Nasi Kuning 
Olahan : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
4 cawan beras
1 batang serai - dititik
3cm halia - hiris halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam / kiub / perasa pilihan
500ml pati santan

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Masukkan santan bersama serai, halia, serbuk kunyit dan garam ke dalam kuali.
3. Masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
4. Pindahkan beras dari kuali ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.

Ada yang merendam beras semalaman bersama kunyit, dan dikukus pada keesokan harinya. Namun begitu, terpulanglah kepada kehendak dan citarasa masing-masing untuk menghasilkan nasi kuning ini. Sesetengahnya pula mencampurkan segenggam beras pulut untuk ditanak bersama.





Sambal Ikan Tuna
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
6 keping ikan tuna
garam secukupnya
gula secukupnya
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
minyak

Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1.5cm belacan
1 batang serai

Cara:
1. Lumurkan ikan tuna dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan pati asam jawa.
4. Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng. Biar masak sehingga kuah memekat.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Padamkan api dapur.
6. Hidangkan bersama nasi kuning.



Resepi : Serunding Kelapa
Sumber : Nozia Amil Basah & Alias Selliming

Bahan-bahan:
2 cawan kelapa parut - (kalau boleh gunakan isi kelapa yang agak muda, dan buang kulit ari)
3 sudu makan udang kering - rendam dan toskan airnya kemudian ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 biji bawang merah - tumbuk
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan cili kisar
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, dan cili kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan udang kering dan tumis lagi hingga wangi.
3. Masukkan kelapa parut , serbuk kunyit, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
4. Gaul rata dan balik-balikkan sehingga serunding menjadi kering.

Khamis, 24 Oktober 2013

Rebung & Daging Masak Lemak Cili Padi

Dah makan tengahari? Kalau belum... bawalah sepinggan nasi putih hangat ke dapur Amie. Ada lauk Rebung & Daging Masak Lemak Cili Padi terhidang di sini. Terima kasih buat Puan Nur Fadhillah Abdullah yang sentiasa ingat pada Amie kalau rebung buluhnya bertunas. Memang Amie akan dapat habuannya! Maklumlah... rebung manis  mengalahkan keenakan umbut kelapa siapa nak tolak? Dagingnya pula, Amie gunakan sedikit daging manis yang Encik Suami bawa pulang dari kampung sempena Hari Raya Korban tempohari. Amie hiris kecil-kecil dan nipis-nipis. Cili padinya pula Amie bubuh segenggam dan sudah tentulah keenakannya berganda-ganda dengan kombinasi kunyit hidup dan aroma serai!




Resepi : Rabung & Daging Masak Lemak Cili Padi
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 cawan hirisan rebung 
2 cawan hirisan daging manis
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 batang serai - diketuk
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan tumbuk :
1 genggam cili padi
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
2 inci kunyit hidup
\1 sudu teh putih
1 sudu teh jintan manis
 1 sudu makan ketumbar biji

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan serai dan daging. Tumis sehingga daging empuk,
3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan rebung dan masak lagi sehingga rebung empuk.
5. Masukkan santan pekat, garam /gula / perasa pilihan.
6. Apabila santan kelihatan mula mendidih, kacau beberapa kali dan kemudian padamkan api dapur.

Isnin, 21 Oktober 2013

Belajar Buat Puff Pastry : Hands-On - Puff Pastry Course

Jumpa lagi.... 
Nampaknya minggu ini Amie cukup sibuk dengan pelbagai tugasan rasmi, dan dalam kesibukan itu Amie sempat juga menghabiskan 'cuti' hujung minggu dengan menyambung aktiviti menimba ilmu di kelas masakan. Gambar-gambar di bawah ini merupakan hasil air tangan Amie dalam kelas masakan bersama Chef Khoo pada hari Ahad (kelmarin). Tentu ramai yang sudah biasa mendengar puff pastry dan membuat sendiri di rumah. Rasanya.... kita lebih suka beli yang sudah siap, dan hanya perlu sediakan inti dan kemudian bakar sehingga masak. Amie berpeluang untuk membuat sendiri puff pastry dan sangat berpuas hati dengan hasilnya yang berlapis-lapis, rangup dan sudah semestinya sedap! Namun begitu.... untuk mencubanya sendiri di dapur, terpaksalah berfikir panjang sebab masih bingung-bingung dengan langkah demi langkah untuk melipat-lipat, menggelek dan sebagainya! Apa pun Amie paparkan hasil kelas masakan kami di bawah ini untuk rujukan dan kenang-kenangan.


Setelah berjaya menyiapkan puff pastry masing-masing, kami meneruskan langkah seterusnya dengan membuat Chicken Pie.



Ini inti Chicken Pie yang sudah semestinya sedap & lazat!



Ha aha hahah.... gambar Chicken Pie di atas tu hasil keras tangan Amie tau.... tangkap gambar satu je untuk Chicken Pie ini, sebab  Chicken Pie yang lainnya  (hasil tangan Amie) nampak jelek.



Nampak tak lapis-lapis yang entah berapa tu.... Ini satu lagi hasil keras tangan Amie... Sardine Puff. Dan gambarnya pun Amie ambik satu je... yang kira okeylah untuk pandangan mata... hihihiiii! Walaaa laaaaa.... terlupa ambil gambar Curry Puff pulak! Adeeehhh... sayangnya! Tak ada gambar kenanganlah ye.



Ini Pizza Sausage Puff.... ini yang best ni! Senang-senang nanti beli je puff pastry yang dah siap di kedai tu, bawa masuk dapur buat Pizza Sausage Puff!



Apa ni.... inilah Peach Puff. Senang je nak buat... masukkan custard dalamnya tu dengan hirisan buah peach!



Ini Cheese Stick Puff. Rangup! Krup krraaapppp!



Ini pulak Blueberry Puff....



Blueberry Puff yang simple! Tapi... nampak tak lapis-lapisnya tu... he heheh seronoknya Amie sebab berjaya menghasilkannya!

La la laaaaa.... terlepas pandang puff yang lain  (tak terambil gambar) termasuk Chicken Currf Puff,  Fried Mixed Vegetable Puff, Japanese Crispy Puff,  dan Almond Crispy Puff!
Apa pun.... asas pembuatan puff pastry tetap sama, cuma perlukan sedikit kreativiti untuk mempelbagaikan hasilnya untuk hidangan keluarga!

Ahad, 20 Oktober 2013

Resepi Snow Cheese Cake

Pada mulanya Amie ingin penuhi permintaan anak buah Amie untuk sambutan ulangtahunnya yang jatuh pada 17 Oktober. Anak buah kesayangan Amie  minta Amie buatkan kek yang mengandungi reflika motosikal ninja kawasaki... maklumlah itulah motosikal kesayangannya! Memandangkan Amie kesuntukkan masa dengan pelbagai urusan, jadi tak dapatlah Amie penuhi permintaannya. Sebaliknya Amie cuba buatkan kek yang lebih mudah tetapi sedap! Jadi... muncullah idea untuk membuat sebiji Snow Cheese Cake setelah beberapa kali study di dapur Hana DI SINI.


Terima kasih banyak-banyak ye Hana di atas perkongsian kek yang sangat sedap ini! 


Jumaat petang.... Amie pun mulakan operasi. Kek ini dibakar secara waterbath @ steambath.



Dah siap pun kek yang nampak gebu... perasan! Memang perasan pun dengan hasil tangan yang sangat memuaskan hati ini.



Inilah permukaan kek yang Amie terbalikkan seperti gambar di atasnya tu.... Sementara menunggu kek menjadi sejuk, Amie pun keluarkanlah cream cheese & keju cheddar serta susu pekat manis. Disebabkan agak letih, Amie tertidur sampailah ke pagi... terbiarlah kek tadi di dapur! Kebetulan pula pada sebelah paginya (Sabtu) hingga petang Amie mengikuti kelas masakan. Jadi.... kek pun terbiar lagi!


Pada sebelah malamnya, Amie gagahkan diri untuk menyiapkan Snow Cheese Cake yang terbengkalai semalaman! Wokey.... Amie belah kek menjadi 2, tapi sebaiknya jadikan 3 lapisan sebab kek ini agak tebal, maklumlah Amie gunakan adunan berganda dari adunan yang dibuat oleh Hana. Oh... ya! Terlupa pulak nak beritahu.... buangkan permukaan kek yang berwarna gelap itu... sisip dengan pisau kek terlebih dahulu ye kawan-kawan.



Amie sapukan Cream Cheese Filling di permukaan lapisan pertama. (Sila rujuk Cream Cheese Filling di bawah, sebab Amie tidak gunakan resepi Hana untuk toppingnya). Ini disebabkan Amie terpengaruh dengan resepi Cheesy Cheese Cake yang Amie pelajari di kelas masakan pada siang hari Sabtu. Adeeehhhh... ampunkan daku Hana... keknya ikut resepimu, tapi toppingnya ikut resepi guru masakanku pulak!


Selepas Amie sapu cream cheese filling, Amie taburkan parutan keju cheddar di atasnya. Seterusnya Amie sapukan pula cream cheese filling di permukaan lapisan kek kedua yang akan ditelangkupkan di atas lapisan yang sudah dipenuhi dengan parutan keju cheddar.

 

Ratakan permukaan dan sekeliling kek dengan cream cheese filling... walaaaaaaa... melelehhhh-lelelehh you tau! Kemudian taburkan parutan keju cheddar di atas kek, di sekitarnya dan sehingga menutupi keseluruhn kek.



Wokeh... siaplaah sudah deko ringkas untuk Snow Cheese Cake ini. 




RESEPI SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan
Untuk Kek: (Amie gunakan sukatan maksima)
  • 4 keping slice cheese - 6 keping
  • 170ml susu segar - 250ml
  • 70g butter - 100g
  • 80g gula halus -100g
  • 80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 70g tepung superfine) - 110g
  • 4 biji telur - 6 biji
  • 1sk esen vanila
Untuk Topping
  • 250g cream cheese Philadelphia (satu ketul) 
  • 1/2 tin susu pekat 
  • 1/2 ketul keju cheddar kraf 
Amie cuba gunakan cream cheese filling yang Amie pelajari di kelas masakan untuk make-upkan kek ini. Resepinya seperti di bawah ini:

Bahan-bahan untuk Cream Cheese Filling:
500 gram cream cheese - Amie gunakan jenama Anchor
150 gram gula icing
1/4 sudu teh garam halus
100 gram UHT Whipping Cream - diputar

Cara:
1. Putar cream cheese bersama gula icing & garam hingga licin.
2. Masukkan whipping cream yang telah diputar dan gaul sehingga rata.
3. Sapukan pada lapisan kek, permukaan dan keseluruhan kek.

Cara-cara
  • Untuk Kek - Siat-siatkan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (Tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
  • Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
  • Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Ambil 1/3 daripada putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jangan over, adunan agak ringan dan pekat)
  • Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dengan baking paper)
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath. 
  • Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
  • Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.(Hana potong guna pisau pemotong roti)
  • Untuk Topping - Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti kemudian potong dan hidangkan. (Untuk topping Amie gunakan resepi Cream Cheese Filling)


Meleleh lagi.... he he ehhhhhhhh...!
Untuk anak buahku... Fauziah Abd. Hamid, moga gembira di hari ulang tahunmu, dan hadapilah hari-hari mendatang dengan senyuman!

Sabtu, 19 Oktober 2013

Menambah Ilmu di Hujung Minggu : Beautiful Cake Roll & Delicious Teatime Selections

Sebagai kenang-kenangan hasil menimba ilmu pada hari ini, Amie abadikan gambar-gambar yang sempat diambil di kelas masakan yang Amie hadiri sehari suntuk. Resepinya akan Amie kongsi kemudian setelah Amie praktikkan sendiri di dapur. Kalau berhasil Amie kongsi, kalau tak menjadi Amie tak paparkan ye.... 


Memang terasa letihnya, tapi memikirkan bukannya selalu berpeluang untuk menambah ilmu serta kemahiran daripada pakar, Amie berusaha mencari & mencuri masa untuk bersama Chef Khoo serta rakan-rakan yang lain yang mempunyai minat yang sama. Syukurlah tidak ada sebarang aktiviti di sekolah pada hari ini, jadi dapatlah Amie meluangkan masa di kelas masakan. Hasilnya memang berbaloi-baloi.... pelbagai jenis kek dapat Amie pelajari.


Antara resepi kek yang dikongsi bersama Chef Khoo termasuklah Rainbow Drop Cream Roll seperti di atas, dan bila dipotong kelihatanlah rupa parasnya yang cantik seperti di bawah.



Kami didedahkan teknik untuk menghasilkan Tiger Skin Roll untuk  dan kemudian digulung bersama Aloha Tiger Roll seperti di bawah ini.


Di bawah ini ialah Tiger Skin Roll... bakar dalam ketuhar  dengan api panas selama 4 hingga minit saja supaya kelihatan berkedut belang harimau!


Tapi... alahai... bila dah sampai rumah tak tahu nak mulakan mana satu sebab semuanya menarik dan sedap-sedap belaka. Apa pun, Amie sangat tertarik dengan Paprika Roll di bawah ini.


Nampak tak di bahagian luarnya... warna hijau dan merah itu ialah hirisan cili merah dan cili hijau dan bintik-bintik di sekelilingnya pula ialah serbuk paprika!



Tak sabar nak lihat isinya..... nak tahu apa intinya? Mmmm... bayangkan anda sedang menikmati Paprika Roll berinti tuna bercampur black pepper, dan mayonis!


Tak cukup tau makan sepotong Paprika Roll! Rasanya kannn... kalau diberi pilihan memang Amie nak buat Paprika Roll terlebih dahulu berbanding cake roll yang lain!



Gambar di atas ialah Honey and Creamy Nut Roll.



Cantik tak?



Sedap pula tu...  haa yang di depan tu Aloha Tiger Roll. Ada rupa kulit harimau tak? 


Oh yaaa...! Baru perasan rasanya Amie terlepas pandang satu lagi cake roll iaitu Zebra Tiger Roll! Amie tak terkejar dah zebra & tiger hi hihiiiii....


Sebelah petangnya pula kami belajar cara-cara membuat Mango Cotton Cheese Cake.



Tidak ketinggalan.... Crunchy Lemon Slice Cheese Cake yang harum.



Dan.... daaaaannnnn Cheesy Cheese Cake pun ada tau!



Satu lagi.... Caramel Custard Cake.