ADSENSE

Ahad, 29 Disember 2013

Pucuk Timun Jepun Masak Lemak

Pernah makan sayur pucuk timun Jepun? Entah betul entah tidak namanya begitu.... Amie ikut sajalah seperti apa yang disebut oleh penduduk setempat. Kakak ipar Amie suka beli sayur ini sekiranya melalui Kundasang, jadi dapatlah kami seikat dengan sayur-sayuran yang lain. Biasanya sayur ini ditumis begitu saja tapi kali ini Amie cuba masak lemak pula.



Amie bubuh hirisan daging sebagai perencah. Boleh gunakan udang kering ke, udang basah ke, sotong atau ikan bilis dan juga belacan kalau tak mahu gunakan daging. Kalau suka pedas bolehlah bubuh cili padi  atau cili merah lebih sikit.  Di bawah ini, beginilah rupa pucuk timun Jepun tu.


Resepi : Pucuk Timun Jepun Masak Lemak
Olahan: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ikat pucuk timun Jepun - petik pucuknya yang lembut mengikut panjang yang diingini
400 ml santan pekat
2/3 cawan hirisan daging
sedikit minyak
garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
15 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
sedikit belacan


Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air dan biarkan masak sampai empuk.
3. Masukkan pucuk timun Jepun, dan gaul rata sehingga daun layu.
4. Tambahkan santan pekat, garam & perasa pilihan.
5. Masak sehingga kuah santan mendidih, dan kacau sekali-sekala supaya tidak pecah santan.

8 ulasan:

Roha berkata...

amie, terus lapar menatap hidangan yg super sedap nampaknya :)

Suzana Ibrahim berkata...

selalu nampak pucuk ni,ingatkan pucuk labu!

ummiross berkata...

Masa kat sarawak, selau juga jumpa yang jual pucuk timun kat Satok, tapi tak pernah beli sebab tak tau nak masak apa.Biasa beli pucuk labu je.
Sedap pulak nampak sayur tu Amie, mesti berselera makan tambah kalau ada ikan masin ni..hehe

Gee® berkata...

Nampak menyelerakan la Amie...

Fiza Lgk berkata...

Salam K.Amie, sekali pandang macam pucuk labu. Tentu sedap kan di buat masak lemak dan rampai dengan daging mcm ni.

tun_telani berkata...

Salam kak amie..mcm penah nmpk kat pasar, tp xpenah pula beli. nnti nk cuba beli juga lah.

Norzila Zakaria berkata...

Sdp ni kn..telan liur sekejap kak mie

MulutPayau berkata...

Selalu jgk tengok pucuk ni,, ingatkan pucuk labu...tapi tak pernah beli..
Mmng terliur tengok masakan kak amie tu...