ADSENSE

Jumaat, 13 Disember 2013

Asam Pedas Ikan Bayan - Resepi Paling Ringkas!

Masak asam pedas lagi.... kali ini gunakan ikan bayan. Masakan ini cukup ringkas. Tak banyak bahan digunakan. Amie gunakan yang asas saja... sebenarnya geram sangat sebab daun kesum yang dibeli hilang entah di mana! Entah salah letak atau termasuk dalam cik tong! Terfikir pula nak ganti dengan daun limau purut tapi bila buka pintu dapur nampak pokok limau purut dengan daunnya yang kering layu tak bersiram, malaslah pulak nak petik!


Nak pujuk hati, masak sajalah guna bahan yang ada. Tak bubuh daun kesum pun masih juga ada rupa & rasa asam pedas kan.... nasib baik ada serai!


Untuk anda yang masih belum kenal ikan bayan, Amie kongsikan gambarnya di atas tu. Ada juga yang sebut ikan kakak tua! Sisiknya besar-besar tapi senang tanggal, itu sebabnya Amie buang gunakan tangan saja. Isinya pulak tersangatlah lembutnya dan rasanya tawar! Kalau digoreng saja pun sedap!


Sebenarnya bahagian kepala ikan bayanlah yang paling sedap! Tapi kenalah cari kepala yang besar.... bukan yang macam Amie masak. Nanti kalau jumpa kepala bayan di pasar memang Amie nak borong sebab rasanya sangat sedap terutama bahagian pipinya yang kenyal-kenyal tu!


Resepi : Asam Pedas Ikan Bayan
Olahan : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
2 ekor ikan bayan sederhana besar - bersihkan dan potong ikut suka
10 biji kacang bendi - potong bahagian batang dan ekor
1 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
2 cawan air
minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk / kisar:
30 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2cm halia
5cm kunyit hidup
sedikit belacan
1 sudu teh lada putih

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan serai, asam gelugur dan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan bayan dan biarkan masak selama 5-7 minit.
4. Masukkan kacang bendi dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

6 ulasan:

myda_ahmad berkata...

cantik beno rupanya ikan bayan nie kan.....boleh dibela x ?...

ummiross berkata...

Ummi tak pernah makan ikan bayan, first dengar pun dari blog Amie, pelbagai sungguh hidangan Amie..dari jenis2 ikan dan juga jenis2 masakan, memang malatops!!!

Cik Kamoo berkata...

comel sgt ikan bayan nie....sayang plak nk makan...hehehehe

lurvlolipop berkata...

woahh , menrik resepiny :)
btw, done follow you kak .

Cheq Sue berkata...

Pertama kali tgk ikan bayan masa menyelam di perhentian... comel dgt. Mkn blm pernah lagi..

Roha berkata...

salam weekand amie..
first time tengok n dengar ikan ni..
dah macam ikan hiasan kan !..
cantik sisik di hijau berkilat..