Terima juga tempahan - buat mana yang larat jer....

9:11 PG

Hari ini rasa rajin sikit nak kongsi gambar-gambar tempahan. Sama aje pun rupa tempahannya. Sebenarnya akhir-akhir ini Amie bataskan tempahan... bukan apa. Banyak kerja  yang perlu diutamakan dan didahulukan ... maklumlah semakin hari semakin bertambah pula arahan yang diterima dari pihak atasan. Bila sampai rumah tentulah nak berehat, rehatkan badan dan minda! Lagi satu... tak ada sebab yang lebih utama melainkan ingin selalu berdampingan dengan bujang kenit Firdaus. Bila Frdaus menyusu badan, kita pun ikut baring tidur sama, tu yang  tambah malas nak ke dapur tu. Memanglah masuk dapur dapat kurangkan stress... tapi tambah stress dong kalo memikir tempahan. Buat rakan-rakan yang menempah kek lapis, Amie terpaksa tolak, mungkin bila Amie ada kelapangan Amie akan terima. Maklum sajalah... kalau dah namanya kek lapis berlapis memang terpaksalah berdedikasi meluangkan masa dan tenaga di dapur berjam-jam lamanya!


Ini Red Velvet Cake tempahan daripada Puan Majaina. Terima kasih sudi menempah dan minta maaf jika terdapat ketidaksempurnaan pada kek tersebut, dan mohon maaf juga sebab asyik menangguhkan tempahan ini.


Selain tempahan ayam panggang, Amie buatkan juga tempahan itik panggang untuk hari ulang tahun cucu kakak ipar. Terima kasih kerana berpuas hati dengan tempahan ini.



Ayam Panggang madu di atas ini pula ditempah oleh seseorang yang berada di Kuala Lumpur. Lama sungguh dia menempah.... Amie usahakan juga untuk menyiapkannya sebagaimana waktu yang dijanjikan. Sebaik sahaja turun dari kapal terbang, Maslina Abdul Latif terus datang ke rumah Amie untuk mengambil Ayam Panggang Madu idamannya. Terima kasih kerana berpuas hati dengan ayam panggang itu.


Ini tempahan American Brown Cheese Cake daripada Encik Gimson Abdan. Terima kasih kerana katanya, ABCC ini sedap... rasa seperti aiskrim!



Tidak ketinggalan tempahan Mango Casablanca.... Amie pun lupa-lupa ingat entah berapa orang yang menempah Mango Casablanca sebab selalunya terlupa untuk tangkap gambar. Terkini, penempahnya ialah Puan Heryati Abdul Wahab dan Encik Laeda.


Ini pula tempahan Mango Casablanca daripada Puan Hariani Ibrahim. Terima kasih kerana sangat berpuas hati dengan tempahan ini.



Tempahan American Brown Cheese Cake lagi.... datangnya daripada Puan Mynah Relay. Dan di bawah ini.... ABCC terakhir Amie buat pada 14 September 2013 sempena ulang tahun Fuad. 


Asyik buatkan orang lain ABCC... macam teringin pulak nak ternak lemak lagi!!!!

7 comments

  1. Salam maal Hijrah k.amie

    Alhamdulillah ...sukanya tgk kek2 k amie ni sedap2 belaka. Bestnya kan dpt puaskan hati costumer dgn airtangan sendiri.
    Manggo Casablanca tu dah ambil resepi tp bila dpt direalisikan entahlah he hee telan airliur dulu ni

    BalasPadam
  2. Wow!!, meriah dengan tempahan. Alhamdulillah, murah rezeki Amie. Kalau dekat ummi nak je order, nak try semua jenis kek dan ayam serta itik panggang tu, hehe..pasal makan ummi ni tamak sikit.

    BalasPadam
  3. waaa...sedap semua hidangan tu kak amie...oooo...meleleh sudah liur..

    BalasPadam
  4. ABCC tu nampak sedap menarik dan teruja nak rasa, boleh saya nak order kak?

    BalasPadam
  5. Hebat Kak Amie.. sudah kerja masih terima pesanan juga apalagi di tambah ada baby. sukses selalu yah kak. ;)

    BalasPadam
  6. SALAM kak amie.. salam maal hijrah .. semoga murah rezeki ya .. dah banyak ambik tempahan tu... :)sedapnyaa tengok cheese meleleh..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe