ADSENSE

Ahad, 3 November 2013

Lemon : Khasiat Untuk Kesihatan

Selamat berhujung minggu semua...
Jom mulakan hari kita dengan segelas air suam bersama hirisan lemon. Ini bermakna anda memulakan hari anda dengan mencuci hati, sekaligus merangsang sistem pencernaan dan sudah semestinya anda rasa lebih bertenaga disebabkan tindakan lemon yang mampu membersihkan usus serta mempercepatkan proses penyingkiran toksid.


Sebenarnya banyak sangat khasiat lemon. Anda boleh google jika ingin menambah info. Jadi, pastikan di dapur anda sekurang-kurangnya terdapat sebiji atau dua biji lemon di antara pelbagai buah yang ada.


Antara khasiatnya (yang Amie paling suka) :
1. Lemon mengandungi vitamin C yang mampu menghaluskan kulit disebabkan sifat alkali dalam lemon boleh membunuh bakteria penyebab jerawat. Suka tak kulit muka halus tanpa jerawat? Ha.... kalau pergi pasar jangan lupa beli lemon!

2. Lemon melancarkan pembuangan sisa-sisa perut. Ini memang Amie amalkan dengan meminum air suam bersama perahan lemon - kalau boleh setiap hari - hasilnya perut kita rasa selesa sepanjang hari

3. Lemon dikatakan mampu mencegah selsema disebabkan kandungan vitamin C yang tinggi, mampu meningkatkan daya tahan badan dan kandungan anti virusnya boleh menghalang selsema dari terus merebak - ini boleh dipercayai kot - sebab Amie jarang kena selsema.
4. Dan banyak lagi..... yang Amie tulis di atas tu apa yang Amie alami.

9 ulasan:

kasihredha berkata...

semalam baru guna lemon unk buat rosemary chicken..
cuma harganya mahal le kat msia ni

QASEEH HATIKU QASEEH berkata...

Hari2 minum lemon tea..n mmg ada stok lemon dlm esbok...

whitecappuccino berkata...

ooo...nanti boleh try jga

whitecappuccino berkata...

ooo...nanti boleh try jga

asyifa mustaffa berkata...

hari2 minum lemon ni pun best kak...

mama sara nur berkata...

selamat berhujung minggu

sy suka lemon mcm k.amie minum campur air suam he hee

ummiross berkata...

Memang bagus khasiatnya kan Amie,rasanya pun sedap, tambah kalau tambah madu dalam air tu kan.

MulutPayau berkata...

terima kasih atas perkongsian ni...nanti nak try jugaklah...

Bbwana adienia berkata...

lemon memang banyak khasiat..suka minum ice lemon tea..