ADSENSE

Khamis, 28 November 2013

Kembang Kates @ Bunga Betik Tumis Pedas

Selain sayur peria yang sesetengah orang kata pahit, sesekali Amie masak bunga betik atau dalam bahasa sebelah Encik Suami disebut sebagai 'kembang kates'. Biasanya MIL akan masak lodeh, atau bila kenduri-kendara di adakan di kampung mereka akan buat kerabu @ urap-urapan.


Amie suka ratah-ratah je sayur bunga betik ni!


Sediakan secekak (beberapa tangkai  - lebih kurang 10 tangkai ) bunga betik. Lurut bunganya dan buang tangkainya.



Kalau suka pedas, gunalah seberapa banyak cili padi.... Amie gunakan dalam 20 biji! Jangan lupa sedikit belacan, bawang putih dan bawang merah.



Jika suka, masukkan juga udang kering. Amie tumbuk kasar kesemua bahan termasuk cili padi, belacan, bawang dan juga udang kering.


Dah siap.... Mari kita tengok resepinya.

Resepi : Kembang Kates @ Bunga Betik Tumis Pedas
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 tangkai bunga betik (anggaran satu cekak) - lurutkan bunganya dan buang tangkainya.
20 biji cili padi
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
3/4 cawan udang kering - rendam hingga kembang dan toskan airnya
sedikit belacan
minyak 
garam / gula / perasa pilihan

Cara:
1. Celur bunga betik sehingga lembut. Toskan.
2. Tumbuk kasar cilim padi bersama bawang putih, bawang merh, belacan dan udang kering.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
4. Masukkan bunga betik dan gaul rata.
5. Tambahkan gula / garam / perasa pilihan.
6. Tutup api dapur dan sedia untuk dihidangkan.

P/S: Tahukah anda... bunga betik dikatakan boleh mengubati penyakit darah tinggi?

3 ulasan:

azieazah berkata...

Ohh saya langsung tak pernah tengok, apalagi nak rasa makan. Memang belum banyak berjalan saya ni...

Kjee berkata...

Boleh cuba ni Amy. Senang nak cari bunga betik ni sekeliling kawasan rumah. Terima kasih bagi idea... Kjee tak boleh makan udang kering... bubuh belacan saja mesti okay jugak kan.

Kakzakie berkata...

Kakak tak pernah masak, tak pernah rasa dan baru ini kakak tahu bunga betik boleh jadi hidangan enak Amie.

Lain kali bolehlah kakak cuba