ADSENSE

Isnin, 11 November 2013

Easy Tiramisu Cake II

Jom jamu mata dengan Easy Tiramisu Cake II hasil air tangan Amie entah sudah berapa hari lepas! Untuk kek tiramisu kali ke 2 ini Amie pakaikan dia dengan fresh cream pulak.


Sebelum ini Amie biarkan saja Easy Tiramisu Cake seperti di bawah ini tanpa baju....



Nak cuba buat? Boleh semak resepinya di bawah nanti atau boleh juga klik DI SINI.

Bahan-bahan:
Biskut  / Savoiardi Lady Fingers secukupnya

A: Filling
500 gram cream cheese
500 gram whipping cream
1 cawan gula castor
1 sudu teh esen vanilla
Putar cream cheese hingga licin, diikuti dengan gula kastor, whipping cream dan esen vanilla hingga sebati.

B :  Coffee Liqueur Syrup
1 1/2 tsp nescafe
30 gram castor sugar
120 gram hot water
1 tsp Mocha Compound

Method:
1. Mix coffe syrup and let cool.
2. Add coffe liqueur if desired.

1. Mula-mula sediakan  loyang (Amie gunakan bottom loose).
2. Celup sebatang lady finger ke dalam coffee lequeur syrup dan susun di atas loyang. 
3. Lakukan langkah 2 sehingga penuh dasar loyang. 
4. Ambil filling dan tuangkan di atas susunan lady fingers tadi hingga menutupi keseluruhan permukaannya. 
5. Taburkan anti moist cocoa powder / serbuk koko di atasnya - Amie campur kedua-dua serbuk.
6. Ulangi langkah 2, 3, 4 dan 5 sehinggalah ke lapisan ketiga (untuk lapisan ketiga, setelah dituang filling, tutup loyang dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman).
7. Keluarkan dari peti sejuk dan taburkan anti moist cocoa powder di atasnya.
8. Hiasan - Amie salut dengan fresh cream, yang lain ikut suka hati masing-masing weh... he he eheh!


Selamat mencuba!


8 ulasan:

Tina Othman berkata...

Sedapnya kak amie

Gee® berkata...

Wow! tak pernah buat tiramisu... nk mencuba laaa....

ummiross berkata...

Amie..ummi baru je buat tiramisu minggu lepas, tapi sah2lah yang tak berbaju tu, hehe..tak pandai menghias ummi ni.

Rohah berkata...

mmg bikin jilat jari mbak ayu..

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

pegi kedai bakeri ternampak gak biskut tu... tp tak sambar lagi sebab dok fikir tak tau bila nak guna. kek bercheese ni en. somi kurang gemar.. kena tunggu si kakak blik baru boleh wat kek berasaskan cheese.. kalau idak nnt sendiri yg tambah lemak.. hehe..

Bbwana adienia berkata...

sedapnya tiramisu..

Yatie Mokhtar berkata...

baru je belajar buat kek tiramisu...mmg sdp..teruja tgk kak amie buat...

zila norazila berkata...

Wah kak amie..meh kasi sepotong teruja tgk ..nk buat malas ne kak..he hee