ADSENSE

Jumaat, 18 Oktober 2013

Sup Ekor Lembu Bukit Hijau

Jumpa lagi rakan-rakan pengunjung yang sentiasa sudi bertandang ke dapur Amie. Kita sambung cerita masak-masak selepas  merayakan Aidil Adha yang sudah tentunya tidak lari dari hidangan berasaskan daging @ daging korban.


Kelmarin Encik Suami bawa pulang daging korban, dan salah sebuah bungkusan yang dibawanya..... ekor! Entah berapa timbangan beratnya! Ekor lembu tadi sudah dibersihkan tapi tidak dipotong lagi. Rupanya tidaklah susah sangat nak potong ekor lembu, dan tak perlulah cari kapak atau gergaji. Amie gunakan parang belitung je.


Dengan penuh sabar Encik Suami menunggu Amie menyiapkan Sup Ekor Lembu seperti yang dipinta. Berulang kalilah dia ke dapur sebab asyik terhidu aroma sup ekor! Amie masak biasa-biasa saja, gaya sup orang kampung. Jom tengok resepinya di bawah ini.

Resepi : Sup Ekor Lembu Bukit Hijau
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg ekor lembu (anggaran) - potong ikut ketebalan yang diingini
4 biji kentang - potong 2
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3cm halia - diketuk
1 sudu lada putih - tumbuk
2 liter air
garam / perasa pilihan
minyak
bawang goreng
hirisan daun sup / daun bawang

Bahan tumbuk: (jangan terlalu lumat)
5 ulas bawang putih
8 biji bawang merah
1 sudu teh ketumbar biji
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk, halia, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi.
2. Masukkan ekor lembu dan balik-balikkan sehingga kelihatan layu.
3. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih. Seterusnya renih dengan api perlahan sehingga ekor lembu mulai empuk
4. Masukkan kentang serta lada putih. Renih lagi sehingga kentang empuk.
5. Perasakan dengan garam /perasa pilihan. 
6. Padamkan api.
7. Hidangkan panas bersama bawang goreng dan hirisan daun sup / daun bawang.

8 ulasan:

whitecappuccino berkata...

uhhh! mestinya tak pandang belakang dah bila makan sup ni hehe...

MulutPayau berkata...

sedapnya sup ekor.....
Kalau makan, tentu bertambah nasi dipinggan...

Azim Aris berkata...

hingga menjilat jari nih hehe
blog sy follo tau
Tak Mungkin Benar

Azim Aris

Mel berkata...

sedap hirup nii...

Mel dapat daging dan sedikit tulang raya ritu. Ekornya dah ditempah orang..hihi

Delima Zamrud berkata...

Isk isk isk Amie nie suker tau buat D5 terliur adehhh lapo perut terus tgk menu nie suker sgt2 :D..

Bbwana adienia berkata...

wah, sedapnya sup tu kak amie..

kayumaniskorner563 berkata...

sedap sedap sedap amie......

kayumaniskorner563 berkata...

sedap, sedap, sedap amie.......