ADSENSE

Ahad, 6 Oktober 2013

Rehatkan Minda di Borneo Paradise Eco Farm

Tak tahu mana satu gambar yang hendak dipaparkan. Semuanya memikat mata (menurut pandangan Amie).


Keasyikan menikmati keindahan di sepanjang muara Sungai Sabahan.......


Kehijauan alam semula jadi di kiri kanan sungai dengan pelbagai jenis tumbuhan  hutan paya bakau.



Sungguh indah ciptaan-Mu Tuhan!



Kami menyusur sungai hingga ke muara di kala petang.



Terlupa (buat-buat lupa) tugas mengurus BBQ sempena Hari Keluarga yang kami adakan sepaanjang hari Sabtu kelmarin.


Mmmmm... sebenarnya kerja masak-memasak makanan yang lain sudah disiapkan di rumah. Tak sempat ambil gambar.... ada pelbagai menu termasuk Rojak Buah, Nasi Goreng Cina, Mee Hoon Goreng, Nasi Himpit da. tidak ketinggalan menu Daging Sekilo Bawang Sekilo. Oh yaaa... menu utama sudah tentulah sate dan juga sayap ayam panggang yang Amie siapkan dengan bantuan rakan setia Amie, Zanariah. Terima kasih Zanariah kerana sanggup tolong masak nasi himpit dan rebus telur.



Syukurlah banyak pembantu sukarela bergotong-royong menyiapkan mana yang belum siap termasuk membuat sandwich, mengupas telur rebus, menyucuk bebola pelbagai perisa dan juga sayap ayam.



Acara BBQ.... bermula dari pukul 11 pagi  dan tamat menjelang pukul 3 petang.  Kerja memerap Amie yang buat, kerja memanggang buatlah ramai-ramai.


Harap semua berpuas hati dengan menu yang sempat kami sediakan.  Mana yang kurang harap dimaafkan, dan yang terlebih mohon dihalalkan.


Tak sempat makan jagung bakar.... perut dah kekenyangan! Harap yang banyak sangat makan rojak buah tu, (sebab suka sangat) taklah sampai kembung perut ye...



    Sesekali aku ingin lari dari dunia kehidupan yang sibuk dengan dengan hiruk pikuk manusia dan berebut waktu antara tugas dan masa rehat!



Terima kasih.... jumpa lagi!


Pasti kami akan datang lagi!

6 ulasan:

Ann Ishak berkata...

cantiknya pemandangan kak :)

Bicara Kak Noor berkata...

bestnya Mie lepas menyelusuri pemandangan yg cantik dpt makan panas2 bbq wow...

Delima Zamrud berkata...

Seronok nyer Amie.. D5 rasa nk pindah duk sana jer hehhehe..

tun_telani berkata...

eh..xperasan blog dh berwajah baru laa..
bestnyer.. jauh sgt lahad datu, kalau x blh ajak husben tun pergi berjalan.

asyifa mustaffa berkata...

Cntiknya pmandangan kak....

ummiross berkata...

Bestnya Amie, memang cantik2 gambar2 tu, teringin juga nak pergi ke sana, dapat berkelah dan makan ramai2 macam tu tersangatlah best!.