ADSENSE

Khamis, 31 Oktober 2013

Popia Isi Ketam Berkeju ( Creamy Crabstick Rolls)

Petang tadi sempat turun ke dapur menyiapkan hidangan ringan .... hasil angkut resepi dari dapur Rostina nun di Brunei sana. Terima kasih banyak-banyak ye Ros sebab sudi kongsi Creamy Crabstick Rolls yang sungguh enak ini. Betullah apa Ros kata... tak payah cicah apa-apa sos, makan je gitu pun dah cukup sedap!


Resepi : Popia Isi Ketam Berkeju ( Creamy Crabstick Rolls)

Bahan-bahan:
Kulit popiah (any size will do)
Crabstick/isi ketam
Keju cheddar (diparut halus) @ boleh guna kepingan cheddar
Sedikit campuran tepung & air sebagai gam - Amie gunakan putih telur

Caranya:
1. Siatkan sehelai kulit popiah & masukkan isi ketam.
2. Taburkan keju di atas isi ketam (banyak2 lagi sedap).
3. Gulung dengan kemas. Gamkan hujung dengan tepung.
4. Ambil sehelai lagi kulit popiah & letakkan popiah tadi di tengah2.
5. Ulang langkah no 3 (gulung 2 kali bagi mengelakkan keju meleleh keluar semasa menggoreng).
6. Goreng sehingga garing & toskan minyak.
7. Sedia dihidang bersama sos kegemaran @ enak juga dimakan begitu saja.


Siap dah! Jom makan sama.



Hari ini terlebih rajin pulak nak kongsi langkah demi langkah buat popia. Sesuai benarlah untuk rujukan adik-adik yang belum biasa atau teringin nak cuba buat popia ni. Mula-mula Amie bubuh parutan keju cheddar atas kulit popia. Minta maaf banyak-banyak Ros... menderhaka ni tak ikut peraturan yang Ros buat. Amie gunakan sehelai je kulit popia.



Lepas tu, ambil sebatang fillet ketam dan bubuh atas parutan keju cheddar tadi.



Amie tutup fillet ketam dengan parutan keju cheddar.



Lepas tu... gulunglah macam buat popia biasa tu. 



Beginilah rupanya...... dan di bawah ini apa pulak?



Kita sibuk gulung popia di dapur, Fairuz sibuk gulung Firdaus dengan selimut! Haiiyyyaaaaa....


9 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

salam kak..

sya penah makan popia isi ketam ni..first time makan masa pegi rumah sedara di brunei..sedap dan memang lepas tu nak lagi dan lagi..hihi..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie..Emmm,sedapnya!.Syiannya dia...kena buli ngan Abg2 yer.TP still senyum manih... :D

LiNa_Pg berkata...

Kak amie..kite nak popia yg gulung kaler pepel tu hehehe...

Wah sedap n senang ni..boleh cuba gak nanti

ummiross berkata...

waa boleh cuba juga ni Amie,nampak sedap sangat!

Hehe..yang bergulung purple tu paling comel,bukan nak makan tapi rasa nak gigit-gigit je.

Acik Erna berkata...

Amie tima kasih..boleh cuba ni..
Sian a firdaus kena gulung jugak ye.
Sengih suka.lak tu..comel je

myda_ahmad berkata...

Nk try jugaklah....hahaha,si kecik dh kena buli....siaplah si abg, tunggu adik beso nanti...sapa buli sapa...

myda_ahmad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
tun_telani berkata...

hahahaha... nk popia gulung yg paling bawah tuu...

rostina76 berkata...

masyaALLAH!!! geramnye tgk popiah purple kat bawah tu. heheh!!!pandai betul abg jaga adik, siap wrap lagi