ADSENSE

Jumaat, 11 Oktober 2013

Meriahnya Dunia Masakan Bersama Chef Joha Hassan

Warga MERIAHNYA DUNIA MASAKAN kini mencecah hampir 8,000 orang. Terima kasih kepada semua ahli yang turut memeriahkan ruangan ini dengan pelbagai sumbangan resepi, dan juga kepada yang sudi bertandang untuk mencari resepi, bersoal-jawab dengan penyumbang resepi atau yang hanya suka-suka singgah seketika. Memandangkan setakat ini Amie hanya paparan sumbangan resepi dari rakan-rakan yang mempunyai blog, jadi Amie fikir Amie perlu paparkan sumbangan daripada ahli yang tidak mempunyai blog masakan.

Amie perkenalkan (kepada yang belum kenal... sebab rasanya ramai yang sudah mengenali rakan dari negara jiran - Singapura ini di dalam FB dan juga pelbagai ruangan masakan di FB), seorang penyumbang resepi yang tidak pernah jemu mengirim menu dari mula-mula Meriahnya Dunia Masakan ditubuhkan, sehinggalah ke hari ini. Jeng jengg jenggg... tak lain tak bukan beliau ialah Papajoh! 


Papajoh ... nama timangan untuk Joha Hassan yang lebih dikenali  dalam kalangan kami dengan nama Chef Joha Hassan. Haaaa.... nampak tak kehebatan Papajoh? Papajoh inilah satu-satunya penyumbang resepi lelaki yang Amie paparkan dalam segmen ini. Terima kasih banyak ye Papajoh... jangan jemu-jemu mengirim resepi seterusnya untuk perkongsian maya. Tabik spring untuk Papajoh... walaupun beliau sebenarnya seorang pengurus di institusi kewangan di Singapura, tapi cinta dan komitmennya, serta hasil persembahannya dalam dunia masakan memang setanding dengan chef terkenal! 

Jom kita nikmati hasil air tangan Papajoh di bawah ini:


Ayam Madu Panggang, Cili Cuka & Limau. Honey Grilled Chicken with Chili Vinegar & Lime Sauce


Kebab Daging Panggang



Seafood Pasta Marinara


Ayam Panggang Temasek bersama Sambal Belacan Tomato dan Taugeh Urap.



Baked Silverfish with Parmesan Cheese



Seafood Bruschetta


Grilled Dory Fillets with Steam Ginger Garlic Scallops

Temui Chef Joha Hassan DI SINI. Kalau ada rezeki, teringin merasa hasil air tangan Chef Joha tau.... Tunggu kami datang ke Singapura bulan November 2013 nanti ya Chef!

Terima kasih sekali lagi di atas kesudian Papajoh meluangkan masa berkongsi resepi terbarunya bersama kami, dan mudah-mudahan satu hari nanti koleksi masakan Papajoh dapat dibukukan, diterbitkan!


4 ulasan:

Acik Erna berkata...

assalam amie..semuanya nampak menyelerakan..kalau dapat rasa..mesti sedap tu kan amie

ummiross berkata...

Amie..ummi pun ada follow chef Papajoh ni, memang best2 resepi yang dikongsinya.

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Amie..mmg hebat papajoh ni!!

Wattie berkata...

Salam Amie,
Kita baru hari ni nak kenal PapaJoh, huhuhu.....ketinggalan betul