ADSENSE

Isnin, 9 September 2013

Timba Ilmu Hias Kek Bersama Chef Eugene Wong

Amie cuba... cuba dan terus berusaha mencuba untuk menghadiri kelas menghias kek bersama Master Eugene Wong dari Kuala Lumpur! Akhirnya Amie berjaya meluang masa selama 2 hari 1 malam untuk menimba ilmu dan berkenalan dengan lebih lanjut mengenai dunia kek dan hiasannya! 
Hari pertama kelas menghias kek.... belajar menggunakan fresh cream untuk salut kek dan juga menggubah bunga.



Ini kek pertama yang dihasilkan.... rupanya bukan mudah! Tidak mudah untuk orang dan tangan seperti Amie untuk menghasilkannya! Menyapu dan melicinkan fresh cream pada kek saja hampir 2 jam! Habis cair buruk fresh cream yang digunakan.... barulah tahu rupanya makin lama berusaha melicinkan rupa paras kek makin buruklah hasilnya! Bukan apa... tak teliti dan tak sabar nak siap dan tak tahu 'perangi' sebenar fresh cream! Kata Chef Eugene, apabila 5-6 minit freshcream berada di tangan kita, bermakna sudah tidak dapat menghasilkan bunga yang cantik disebabkan fresshcream menjadi cair oleh kepanasan genggaman tangan kita! Oooo... begitu yeww... nampak sangatlah daku ini jakun yang paling jakun!


Yang di atas ialah kek kedua, manakala yang dibawah merupakan kek ketiga.



Huh! Dari pukul 9 pagi sampai pukul 5.30 petang menghias kek dan hanya berhenti setengah jam pada pukul 1 tengahari! Memang tak boleh cari makan kalau begini gayanya.... itu komen rakan-rakan peserta kelas menghias kek! Maklumlah masing-masing tidak berpengalaman dan ini merupakan kali pertama belajar menghias kek.


Hari kedua... kononnya hendak belajar menghias kek menggunakan buttercream pula. kali ini Chef Eugene mengajar kami bagaimana untuk menghasilkan kek 2 tingkat. Seronok sangat sebab dapat menggubah bunga ros!


Penggunaan buttercream untuk hiasan lebih mudah berbanding freshcream. Oleh kerana kita ni mak-mak budak yang baru belajar, jadi tentulah ada cacat celanya di ana sini. Apa pun Amie cukup suka melihat hasil gubahan bunga ros di atas kek yang Amie hias ini. 


Menjelang pukul 4 petang, maka siaplah kek 2 tingkat yang Amie hias. Hiasan kek di bahagian atas nampaknya kelihatan senget-benget sikit.... tapi kata Chef Eugene kek yang Amie hasilkan cantik ha ha ahah.... 


Sejak dari mula belajar kek, banyak sangat salah silap Amie buat dan akhirnya di sebelah petangnya barulah Chef Eugene kata 'yes'! Sebelum ini... asyik no no no... wrong...wrong wrong!


Seronok tengok kek yang berderet... nampak  suasana romantik! Maklumlah kek kahwin ... mesti buat cantik-cantik, kata Chef Eugene.



Walaupun letih menghadiri kelas hias kek selama dua hari berturut-turut tapi Amie tidak mahu ketinggalan mengikuti kelas seterusnya di bawah ini....


Fondant... fondant! Memang kelas Chef Eugene best!


Thank you very much Chef Eugene. Datang lagi ye... kami nak belajar lagi!


13 ulasan:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Cantik tu..best la dah dapat lesen

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak Amie..wahhhhh berderet2 keknya..cantik..Tahniah..leps ni dah boleh ambil tempahan

Wani berkata...

salam kak amie.. wahh geramnya tengok kek yang dihias ..walaupun first time tu dah nampak cantik kak amie hias... x lama blh ambil tempahan dah hihi///

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

tahniah amie! melangkah setapak lagi..

Rozita berkata...

bestnya kak... dapat ilmu yang seronok tu..

Asyifa Mustaffa berkata...

Bestnya dpt join clas, sy pun teringin juga nak blaja buat baking2 ni kak...tp masa x berapa nak ada je...insyallah 1 hari nnti mungkin....

ummiaisyah berkata...

chef eugene ni mmg best kak amie..sy mula2 blajo pegang,uli fondan dgn dia la..mmg tak kedekut ilmu!

tun_telani berkata...

cantiknyerrr!!!!!!!!! nk belajar jugak!! berapa inggit yuran dia kak?

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam amie....bestnya bljr kek...tambah ilmu yg dah amie sedia ada.

Ena berkata...

bagusnya..

cantik laaa...

Wattie berkata...

Assalamualaikum Amie Cayangggg,
Maaf, lambat sikit nak ucap ni, Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Waaaa, cantikla hiasan kek yang Amie buat, lawan tokey nampaknya ni hehehe, jeles kita kat sini melihatnya, rasa nak masuk kelas semula. Tahniah, bertambah lagi seorang bakal usahawan kita.....

ibh_sue berkata...

Asslmkm Kak Amie..
Syoknyaa.. Cantik tau hasil tangan akak. Lepas ni boleh la ambik tempahan kek kawen pulak ya

mama sara nur berkata...

assalam k amie
cantiknya...sweettt
seronoknya k amie dpt hadiri kelas dgn cheff terror ni.
bila minat mesti menjadi hasilnya