ADSENSE

Ahad, 1 September 2013

Santai di Hujung Minggu Bersama Keluarga

Santai? Betul-betulkan bersantai? Oh! Sebelum menikmati suasana santai sebenarnya ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan.


Yang pastinya urusan yang tidak melibatkan keluarga pada hari ini sudah tentunya tempahan daripada pelanggan. Ayam Panggang Madu di atas! Terima kasih Encik Juniur Abdul Rahman.... katanya Ayam Panggang Madu ini untuk menjamu mentuanya pada tengahari ini. Alhamdulillah, tempahan dapat disiapkan tepat pada masanya!


Beberapa hari sebelum membuat tempahan Ayam Panggang madu untuk mentuanya, Encik Juniur telah menempah Ayam Panggang Rosemary, dan katanya untuk kejutan buat isteri kesayangannya. Walaupun masa tempahan agak singkat tapi dapat juga disediakan dan ketika Encik Juniur sampai ke rumah untuk mengambil tempahannya, ayam panggang baru saja keluar dari oven! Hai... bertuahnya isteri kesayangan dan mentua kesayangan Encik Juniur!


Dan tidak ketinggalan tempahan Mango Casablanca. Ada beberapa tempahan sebelum ini, dan yang Amie ingat salah satu daripadanya tempahan Puan Tinie Ibrahim. Memang tak sempat ambil gambar, sebab sama saja rupa paras Mango Casablanca yang dihasilkan. Tapi untuk kenang-kenangan Amie sempat ambil Mango Casablanca tempahan hari ini, juga datangnya daripada Encik Juniur. Selamat menikmati Ayam Panggang madu & Mango Casablanca buat Encik Juniur sekeluarga. Moga bahagia hidup, rukun damai hingga akhir hayat.


Tempahan Kek Lapis Cheese Masam Manis lagi.... daripada Madame Irene Lim Tong Keng. Selain rakan-rakan Melayu, nampaknya ramai juga peminat kek lapis Amie dari kalangan kaum Cina. Mr. Leong Weng Onn misalnya, sudah 3 kali menempah kek ini, dan 3 kali juga menempah Mango Casablanca. Terima kasih juga buat Mr. Albert Lee, Madame Cindy Peh Li Foon, Puan Anita Yee & Madame Janet Liaw. Minta maaf pada teman-teman lain yang membuat tempahan tetapi Amie tidak dapat tunaikan pada hujung minggu ini. In shaa Allah ada kesempatan, Amie akan siapkan juga.


Akhirnya dapatlah bersantai-santai di petang minggu sambil menikmati Kek Lapis Cempedak.... tapi sebelum itu, sebenarnya belum habis cerita lagi. Hari Sabtu baru-baru ini keluarga sebelah Encik Suami berkunjung ke rumah kami. Fikir punya fikir, sampai habis fikiran, akhirnya Amie sediakan Ayam Panggang Rosemary & The Gang seperti di bawah ini.



Amie gunakan daging ayam potong, dan bukannya seekor bulat macam selalu... dan sudah tentunya dilengkapi dengan kentang bakar! 


Setelah berhenti berfikir akhirnya Amie tambah hidangan coleslow yang sudah tentunya habis licin malam itu juga! Terima kasih segala pujian terhadap coleslow, kentang bakar  & sos lada hitam yang diberikan oleh anak-anak buah, ipar biras pada malam itu!


Selain western food, tidak ketinggalan hidangan nasi & lauk pauk seperti ikan panggang. Gambar di atas ini macam rupa ikan talapia ye...  tapi sebenarnya ini ikan laut dan  jenis ikan jenahak hitam.


Jamuan berselerak ini dilengkapi dengan sambal belacan, sayur lemak putih,  dan juga terung goreng. Apa sebab Amie kata 'jamuan berselerak'? Sebab hidangan tak sempat di bawa ke ruang makan, dan semuanya layan diri di dapur saja.


Kakak ipar (pengasuh Firdaus), bawa pecal dari kampung! Penuhlah sudah meja di dapur... dan kakak ipar yang seorang lagi bawa nasi minyak & sayap ayam goreng. Tak sempat ambil gambar! Terima kasih kakak-kakak iparku!


Selamat menikmati hidangan....  timur & barat! Mango Casablanca sudah semestinya ada... tapi tak sempat ambil gambarnya juga!



Seronok sebenarnya makan-makan keluarga begini, tidaklah formal sangat. Layan diri sendiri ....lepas ambil makanan di dapur boleh duduk di mana saja, di ruang tamu, di ruang makan atau di luar.


Abang ipar & anak buah.



Apa pun, minta maaf atas segala kekurangan.... dan semoga hubungan kekeluargaan terus erat terjalin sehingga ke akhir hayat.


Dan... bolehlah santai-santai sambil menyaksikan Firdaus berusaha merangkak dengan tak pakai baju... memang Firdaus rimas kalau pakai baju. Bukan apa, kalau di kampung kakak ipar memang buka bajunya bila menjelang tengahari, sebab bujang kenit ni tak tahan panas! Kalau dah badannya berpeluh kepanasan memang berteriak habis sampai kucing-kucing pun lari menyorok bawah pokok pisang!

10 ulasan:

Tihara berkata...

lama dah tak jenguk dapur akak..tiba2 ada menu best2 ni :)

rodziah abdullah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Gee® berkata...

wooooow...!dahsyatnya juadah...

Ena berkata...

Terbaik lah akak nya juadah tu.. sampai kecur2 liur nih hah..

MulutPayau berkata...

Sedapnya....terliu tengok semua yg dihidangkan tu....

Acik Erna berkata...

assalam amie..acik tak pernah cuba buat ayam panggang ni..belum berani nak mencuba.nampak gamabr ayam panggang tu memang sedap

Acik Erna berkata...

assalam amie..acik tak pernah cuba buat ayam panggang ni..belum berani nak mencuba.nampak gamabr ayam panggang tu memang sedap

fazianbatrisyia berkata...

bestnya ramai cam ni. sedap2 belaka makanan tu. kalau sy tak tahu dpt hidang apa. semua nampak sedap, kalau dpt mkn lagi best...

Fidaus....tomelnya...ketak2 you lengan dia...

Amie berkata...

Tihara,
memang lama juga tak sembang ye Tihara...

Gee,
mana yang sempat buat je Gee.

Ena,
tak ada kuih rayanya he heheh.

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

ya ampun.. meriahnya makanan di rumah amie.. semua nampak sedap2. memang cekap amie di dapur.. tangkas walaupun ada anak kecik.. tahniah! mesti pelanggan & tetamu berpuas hati dengan juadah yg dihidangkan..