ADSENSE

Selasa, 10 September 2013

Nangka Muda Masak Lemak Cili Padi Dengan Ayam & Tempe

Malam ini Amie ingin kongsi resepi Nangka Muda Masak Lemak Cili Padi Dengan Ayam & Tempe. Resepi masak lemak ini Bonda yang bagi, tapi Amie tambah ayam & tempe.... senang masak sekali harung! Biasanya kalau masak lemak cili padi Bonda suka bubuh sedikit rempah seperti ketumbar, jintan putih dan jintan manis. Seperti biasalah.... Bonda pesan, jangan bubuh banyak. Bubuh sikit saja sekadar bau atau syarat, dan kata Bonda rempah bukannya untuk dimakan!


Resepi : Nangka Muda Masak Lemak Cili Padi Dengan Ayam & Tempe
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg nangka muda - potong dadu / ikut suka 
5 keping sayap ayam - potong 3 setiap keping
1 keping tempe - potong setebal 2-3cm
200ml santan pekat
4 cawan air
1 batang serai - dititik
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan tumbuk:
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 genggam cili padi
2 inci kunyit hidup
sedikit belacan
1 sudu makan ketumbar biji
1/2 sudu makan jintan putih
1/2 sudu makan jintan manis

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan serai, sayap ayam, nangka muda dan tempe. Gaul seketika.
4. Masukkan air dan biarkan sehingga ayam dan nangka muda masak / empuk.
5. Masukkan santan pekat, garam / gula / perasa pilihan.
6. Didihkan seketika dengan api sederhana dan kacau sekali-sekala.
7. Tutup api dapur dan sedia untuk dihidangkan.


Kuah lemak nangka muda ini memang sedap! Semerbak dengan aroma rempah & kunyit hidup serta sedikit bau belacan!


Terima kasih Bonda. Resepi Bonda memang  sentiasa membangkitkan selera.

7 ulasan:

Acik Erna berkata...

Assalam amie..masa acik dok selangor pun..kawan2 masa lemak ditumis dulu.

ummiross berkata...

Amie..sedapnya, berselera kalau dapat lauk macam ni.

Bbwana adienia berkata...

salam kak..

makan lemak nangka muda ni memang beselera makan..sedap..favourite ni kak..

Rohah berkata...

Ono tumbar jinten mmg resepi tradisi..iki lawan nei iwak masin...meeeemng marem lhi mangan

Tihara berkata...

sedapnya kak, menjilat jari ni :)

qemaishak berkata...

sedapnya kak

rahel berkata...

Ermmmm memang sedap betul la tu....kena masak nasi byk2 ni...