ADSENSE

Ahad, 15 September 2013

Kek Lapis Cempedak : Tak Tahan Godaan!

Agak lama juga Puan Hajjah Sitti Jaliha menunggu Kek Lapis Cempedak dari Amie's Little Kitchen. Bukan apa, bila Amie hendak menyiapkannya, cempedak pula tiba-tiba tidak ada di pasaran! Maklum sajalah, untuk menyediakan Kek Lapis Cempedak memerlukan sekurang-kurangnya 600 gram puree cempedak! Pertama kali Amie buat Kek Lapis Cempedak DI SINI, memang terus terpikat dengan rasanya walaupun semasa menyiapkannya 'janji siap' saja sebab waktu itu Amie siapkan tempahan kek lapis lain. 


Pada mulanya Amie teragak-agak juga untuk menerima tempahan Kek Lapis Cempedak ini. Bukan apa.... banyak menuntut masa, tenaga dan kesabaran memandangkan terpaksa menyediakan puree cempedak, dan tempoh membakarnya pula memakan masa lebih 5 jam setengah! Bayangkan selepas  dua lapisan, perlu dilapis pula dengan puree cempedak, dan kemudian dibakar lagi dan seterusnya! Kali pertama buat memang Amie buat tebal-tebal sebab nak cepat siap, tapi bila memikirkan tempahan pelanggan, kenalah buat dengan tertib. Jadi, sambil membakar kek tempahan, Amie pun tumpang sekaki buat untuk sendiri. Tak boleh bayangkan kalau siapkan tempahan.... tak tahan godaan bau harum cempedak! Silap-silap tempahan tak sampai ke tangan pelanggan sebab kita nak ngap! Ha ha haha.... sebelum hal yang tak diingini itu terjadi baiklah buat juga untuk family...kan kannnn.



Inilah hasil Kek Lapis Cempedak Amie yang kedua selepas membuatnya dua minggu lepas. Kali ini lebih hebat... sebab tak sampai satu hari kek ini habis dimakan! Adeeeehhhh.... wangi, lembut.... sedap!


Untuk resepinya bolehlah klik DI SINI.



Tak sempat nak bubuh eksesori dan sebagainya untuk kek ini. Cukuplah ambil gambar atas redai, ringkas saja. Yang penting ada rupa Kek Lapis Cempedaknya.



Terima kasih Puan Hajjah Sitti Jaliha kerana sabar menanti. Setakat ini Puan Hajjah Sitti Jaliha telah merasa pelbagai jenis air tangan Amie termasuk Kek Lapis Cheese Masam Manis, Kek Lapis Chocolate Mint, Kek Lapis Strawberry, Kek Lapis Peanut Butter dan tidak ketinggalan Mango Casablanca. Terima kasih sekali lagi kerana sentiasa memberi kepercayaan untuk Amie menghasilkan pelbagai jenis kek lapis seperti yang dipinta.



Ini pula Kek Lapis Cheese Masam Manis kepunyaan Mr. Leong Weng Onn. Sebiji untuknya dan sebiji lagi untuk anak lelakinya yang akan dibawa bersama pulang ke Johor. Selang sehari kemudiannya, Mr Leong menempah lagi dua biji Kek Lapis Cheese Masam Manis. Katanya, isteri beliau ingin menghadiahkan kepada rakan sekerjanya. Terima kasih Mr. Leong dan isteri. Minggu ini Amie terpaksa tutup tempahan  4 Kek Lapis Cheese Masam Manis kerana ketiadaan bekalan keju parmesan di semua kedai di seluruh Lahad Datu. Entah bila keju parmesan akan ada semula di pasaran....



Ini tempahan Mango Casablanca daripada Mr Leong & Encik Juniur Abdul Rahman. Terima kasih sekali lagi buat Mr. Leong. En. Juniur pula menempah Mango Casablanca sekali dengan Ayam Panggang Madu.



Ini pula Mango Casablanca tempahan daripada Ustazah Noor Adilah Zainall Abidin dan Puan Hairun Neesa Mohd. Idris. Terima kasih buat kedua-duanya, Selang sehari kemudiannya Ustazah Noor Adilah menempah lagi, dan katanya ini tempahan daripada suaminya yang akan membawa dessert ini ke sekolahnya untuk jamuan.


Ayam Panggang Madu ini merupakan tempahan daripada Encik Juniur Abdul Rahman. Tengahari kelmarin beliau datang mengambil tempahan Ayam Panggang Madu dan Mango Casablanca. Katanya kedua-dua menu ini tempahan daripada isterinya untuk menjamu pekerja di kedai jahit beliau.


Selain menyiapkan ABC : American Brown Cheese Cake untuk sambutan hari ulang tahun Fuad kelmarin, Amie sempat siapkan tempahan ABC untuk Cik Kevaran Shandu dan  sebiji lagi untuk Ustazah Noor Adilah Zainall Abidin untuk ulang tahun anak perempuannya. 


Inilah rupa ABC : American Brown Cheese Cake (gambar ABC untuk Fuad).



Tempahan terakhir untuk hari ini....  sekali lagi (untuk kali ke 4), Ayam Panggang Madu daripada Encik Juniur Abdul Rahman.  
Selalunya Amie tidak sempat ambil gambar tempahan yang siap sepenuhnya memandangkan sering terlupa kerana bila pelanggan datang ambil, Amie terus berikan. Jadi, ambil sajalah semasa dalam oven atau dalam peti sejuk, sekadar untuk kenang-kenangan.


6 ulasan:

Asyifa Mustaffa berkata...

bila la agaknya dpt mncuba buat kek lapis mcm k.amie ni...aura nak buat tu...x smpi lgi....huhuhu...

Faudziyah Haji Ariffin berkata...

Salam Amie, memang betul-betul tergoda dengan Kek Lapis Cempedak Amie tu, tengok gambar pon dah tahu texture nya amat moise sekali. emm.. bila lah nak buat ni... betul-betul teringin sangat-sangat ! Kalau dekat.. saya sanggup ketuk pintu rumah amy minta sepotong... alahai..

Zaitun berkata...

Kalaulah dekat nak saja kak Zai menempah.Betul2 tergoda.

ummiross berkata...

wow!!!, Amie..semua sedap2, rasanya kalau dekat, ummi ni akan jadi regular customer Amie jugak ni.

Bbwana adienia berkata...

wah..tengok kek lapis cempedak kak amie tu buat sya tergoda..telan air liur tengok..mau buat ntah la bila dapat buat..5 jam..lama tu kak..

Cik Wan berkata...

Sedap-sedap semuanya..sungguh2 menggoda :-)