Awan Mendung Di Kundasang

6:16 PTG

Bulan Mei lalu kami baru saja singgah di Kundasang,  dalam perjalanan pulang dari menghantar Farid daftar ke Kolej Matrikulasi Labuan dalam entri Awan Kelabu di Kundasang. 3 Syawal yang baru berlalu, sekali lagi kami melewati Kundasang, menuju ke Kota Kinabalu, menghantar Farid untuk terbang ke Labuan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pula. Oh! Sama saja... bulan Mei lepas, Kundasang tampak muram, Gunung Kinabalu diselaputi awan kelabu, mendung sepanjang perjalanan. Kali ini suasana yang sama.... dingin, muram, suram, mendung, kelabu seperti di bawah ini....  Jadi, bubuh sajalah tajuk entri kali ini Awan Mendung di Kundasang pula!


Mei lepas tak dapat tangkap gambar Gunung Kinabalu kerana penuh diselaputi kabus tebal sampai ke kakinya. Kali ini agak bernasib baik sedikit kerana kabus agak nipis walaupun cuaca mendung, dan awan masih kelabu, tapi sekurang-kurangnya nampaklah sedikit tubuh Gunung Kinabalu!



Sedikit demi sedikit kelihatan puncak Gunung Kinabalu setelah kabus bergerak dari terus menyelubunginya.


Mei lalu... Firdaus usia 2 bulan di Kundasang. Tidur saja kerja dia....



Ketika ini.... Firdaus sudah usia 4 bulan 1/2. Dah tak mahu tidur lagi.... dia pun ingin menikmati kedinginan di kaki Gunung Kinabalu! 



Bila terdengar tawa Firdaus... awan pun bertukar jadi cerah he hehehhe... dan kabus mula menipis dari menutupi puncak Kinabalu!



Haaa.... nampak tak puncak Gunung Kinabalu mula kelihatan di belakang tu!



Sementara menunggu puncak Gunung Kinabalu terserlah sepenuhnya, mari ikut Amie jalan-jalan melihat persekitaran tempat persinggahan kami di Kundasang.



Dulu kami rajin beli bunga di sini, tapi sekarang tidak lagi sebab kurang sesuai hidup di Lahad datu yang panas, berbanding di Kundasang yang sejuk dan redup.



Tak perasan pula entah bila rumah penginapan ini didirikan. Suka tengok sebab warna-warni macam pelangi.



Seperti biasa kalau singgah di Kundasang sudah tentu tidak lepaskan peluang membeli sayur-sayuran segar. Dalam bungkusan yang disusun tegak-tegak tu jeruk tuhau, makanan tradisi masyarakat Kadazan-Dusun. Jom jalan terus ke depan......



Jangan asyik tengok sayur di bawah, sesekali tu pandanglah ke atas pula. Ada macam-macam makanan kering... Amie pun tak tahu apa namanya!



Ini buah strawberi tempatan, rasanya agak masam sedikit dan harganya sudah tentulah mahal, yang dalam bungkusan lebih besar tu Amie tengok harganya RM45.



Selain buah-buahan tempatan, buah epal & pear, longan, anggur pun ada dijual.



Ada macam-macam jenis buah.... termasuk buah habiu, buah mentega @ lemak manis & ciku merah.


Ini buah avocado. Amie suka makan isinya dengan aiskrim perasa vanilla.



Ini buah mentega @ lemak manis. Mungkin belum berapa masak sebab kulitnya masih kehijau-hijauan.



Ini buah ciku tapi jenis yang besar, isinya warna merah dan tak sama dengan ciku yang biasa kita makan. Rasanya manis jika masak.



Buah bambangan.... alahai terlupa nak beli! Biasanya Amie suka buat sambal.



Bermacam jenis beras huma @ kampung.Amie beli beras bario.



Macam tak masuk akal bila Amie terdengar harga sekilo buah rambutan... RM12! Amie pun terus halakan muncung kamera untuk ambil gambar rambutan yang berharga RM12.00 1kg ini!



Deretan madu lebah... ada madu lebah asli, ada madu lebah peliharaan.



Cantik-cantik bunganya!



Setelah selesai membeli apa yang patut, kami pun bertolak untuk segera pulang ke Lahad Datu. Sayangnya Gunung Kinabalu kembali diselimuti kabus dan awan tebal.


Sepanjang perjalanan Amie asyik tertoleh-toleh ke belakang.... mana tahu kalau-kalau awan tebal berarak pergi! Hoooyeaayyy..... tidak sampai 1/2 jam kami tinggalkan Kundasang. kelihatan puncak Gunung Kinabalu melambai kami dari belakang!


Kami berhenti seketika untuk merakam puncak Gunung Kinabalu dari jauh!



Selamat tinggal Gunung Kinabalu dan  awan mendung di Kundasang! Jumpa lagi.

6 comments

  1. Salam Amie....seronok tenguk pemandangan di Kundasang...
    Di Kundasang nie ...sejuk ke Amie ??
    Bila melihat deretan bunga-bunga & buah-buahan ..macam di Cameron Highland pulak...
    Ceria nampak Firdaus....sukanya diaa

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum
    Selamat hari raya kak amie...seronoknya firdaus kena angin segar...kita pun tak prnah sampai kundasang...klau ke kk asyik tk smpat je nk ke kundasang...meeting je..hu hu syoknya nmpk gunung kinabalu tu...

    BalasPadam
  3. Seronoknya tgk pemandangan kundasang..
    Firdaus dah besor le mummy...! Harusla x bnyk ragam...hehe...

    BalasPadam
  4. Salam Amie.

    Masa ita pergi Kundasang dulu pun tak nampak Gunung Kinabalu sbb ditutupi awan. Rasa ralat sangat. Entah bila akan sampai ke sana lagi.

    BalasPadam
  5. Kundasang mengamit reen ke sana insyaallah kak amie.. reen akan ke kk next week ni

    BalasPadam
  6. wah cantiknya permandangan kundasang...tak sabar nak pegi sabah bulan 11 ni...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe