Secara Tiba-Tiba....

11:37 PG

Tiba-tiba pada satu malam Amie's Little Kitchen penuh dengan aroma pelbagai jenis kek bakar dan kukus!
Tidak pernah terlintas di fikiran untuk sanggup menerima dan menyiapkan tempahan kek yang pelbagai. Setelah menerima tempahan, masih lagi tidak percaya boleh menyiapkannya dalam tempoh satu malam. Dan dapat pula melelapkan mata menjelang pukul 12 tengahmalam!


Pada mulanya Amie hanya suka-suka menerima tempahan Kek Lapis Cheese Masam Manis dari kawan-kawan, tapi 'terterima' pula tempahan kek yang lain termasuk Trio Layer Cake,  Kek Kelasi Mabuk, Kek Kukus Asam Manis, Kek Pisang dan juga Kek Labu. Sementara menunggu lapisan demi lapisan kek lapis masak dengan sempurna, Amie adun bahan untuk kek yang lain. Akhirnya tidak tahu mana satu bau yang dikeluarkan... samada dari oven yang sedang membakar kek lapis, daripada oven yang sedang membakar kek pisang atau aroma dari wap kukusan Kek Kelasi Mabuk! 


Untuk resepi setiap kek di atas bolehlah klik di sini : Trio Layer CakeKek Kelasi Mabuk, Kek LabuKek Kukus Asam Manis,  dan Kek Pisang. Berbanyak-banyak terima kasih buat sifu kek yang Amie jadikan rujukan termasuk Hasue & Dayang Jack untuk Kek Kelasi Mabuk, Che Mat Gebu untuk Kek Labu & Kek Pisang serta Yatie Memories untuk Kek Kukus Asam Manis. Walaupun Amie yang dapat hasilnya (balik modal je sebab belum ringan hati untuk  tujuan komersial), tapi kalian berlebih-lebih lagi dapat ganjaran atas amalan jariah berkongsi resepi secara maya..... mudah-mudahan Allah sentiasa mengurniakan rezeki yang berlipat ganda buat kalian..... Amin.


Satu lagi... tempahan dessert yang paling sedap! Siapa belum cuba Mango Casablanca, sila buat... buat ye... bukannya tempah dengan Amie! Sebab Amie hanya ambil tempahan untuk keluarga terdekat sahaja memandangkan Mango Casablanca tidak mempunyai jangka hayat yang panjang... he he ehhh usianya bergantung kepada peti sejuk! Di bawah ini Amie tunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Mango Casblanca! Boleh klik DI SINI untuk lebih lanjut.


Resepi: Mango Casablanca
Sumber : Fauziah Biran & Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
27 keping Biskut Cream Crakers
1 kg mangga masak ranum - kupas kulit dan hiris nipis
250 gram Philadelphia Cream Cheese
2 tin (300gram setiap 1 tin) Nestle Cream
300ml Sweeted Cream - boleh gunakan sukatan sendiri untuk rasa manis yang dikehendaki
susu cair - pilihan (Amie tidak gunakan)
bekas persegi ukuran 12' X12" - kali ini Amie gunakan bekas 8" x 8"

Cara:
1. Pukul Philadelphia Cream Cheese, Nestle Cream dan Sweeted Cream menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang  merata di bahagian dasar bekas persegi.
3. Susun 3X3  biskut berjumlah 9 keping.
4. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
5. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
6. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
7. Susun lagi 3X3  biskut sebanyak 9 keping.
8. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
9. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
10. Keluarkan bekas dari peti sejuk, dan potong untuk dinikmati.

Hasilnya seperti di bawah ini:


Terima kasih daun keladi gajah buat Encik Majid Rilay yang sudi menempah 5 jenis kek daripada Amie's Little Kitchen dan juga Mango Casblanca yang sangat sedap hingga menjilat jari.... hihiiii... tak percaya? Lepas baca entri ini sila cari bahan yang sudah Amie paparkan di atas. Boleh bagi tahu Amie selepas ini kalau hasilnya tidak sedap he hehehh...


Harap berpuas hati dengan semua tempahan yang diterima dan sebarang kekurangan mohon dimaafkan.... 

28 comments

  1. Alhamdulillah ye Amie...rezeki..
    dessert tu pun nmpk best sgt, thnx ye..nnt Liza nk try jugak...

    BalasPadam
  2. Hebat tak terkata..satu malam mampu siapkan semua tempahan ni ngan anak kecik lagi.
    Saya buat kek biasa2 pun 3-4biji pun nk smput rasanya..berkejaran ngan Maisarah yg suka mengacau huhu

    BalasPadam
  3. Salam kak amie,wahh..rezeki kak..masyukk tu..walaupun balik modal je kan..tempahan tuk raya nnti pasti byk kn.
    Kecur tgok dessert tu..nnti blh try..sesuai gak klu tuk bln puasa ni kan..:-D

    BalasPadam
  4. assalamualaikum amie...
    manggo casablangka tu.. nampak sangat menggiurkan.. amik resepi ye.. :) tq..
    banyak rezeki tu.. semoga di murahkan lagi rezeki.. nanti dah nak raya.. banyak la tempahan lagi kan.. :) tak balik raya sini ke? hehehe.. pelok cium kat baby firdaus..

    BalasPadam
  5. hebat kak Amie... kalo saya pengsan kepenatan

    BalasPadam
  6. Bsetnya mango casablanca, nak cuba juga nanti, tq Amie kongsi resepi. Nak order juga kek dengan Amie..boleh?hehe..

    BalasPadam
  7. wahh...hebat la kak amie membaking....baby x bnyk ragam ye...

    BalasPadam
  8. kan dah start bisnes! klu dekat amie pasti sya dah tempah. :)

    BalasPadam
  9. salam kak amie..

    wah, salute la dengan akak..bleh siapkan semua kek lapis dalam satu malam..hebat! apapun, semua hasil kek tetap cantik dan menarik.

    BalasPadam
  10. nak buat mango casablanca pada hari raya ni.minta resepi ye!

    BalasPadam
  11. Salam kak amie..kalau sy order utk raya nnt bole ka..tp sy d kk..wlu pn byk yg jual kek d cni tp byk.kli da bli tp sungguh mngecewakan rasa nya..mcm kepingin mau kek2 yg kak amie buat..caj la brapa shj sy sanggup byr:)

    BalasPadam
  12. Tahniah amie..teruskan..cantik hasil kejadian kek amie tu

    BalasPadam
  13. Aslmkumm Amie

    Syabas Amie dah mula ambil tempahan wpun sibuk dg baby...rezki jgn ditolak.tak sia2 Amie berexperiment di dapur...dah berhasil kini.

    BalasPadam
  14. Salam kak amie..wah!! Kuat smgt kak amie mnyiapkn plbgi jnis kek dlm 1 hari..usha y mengagumkn:)..tahniah! Anda berjaya...sdpnye manggo dessert tu..cream nestle tu like uht whip cream ke lain...

    BalasPadam
  15. Tahniah Amie...
    dah berani terima cabaran akhirnya kan? hehe... owhh.. MaDiHaA sendiri belum berani nak buat kek lapis walau utk mkn sendiri... kesian penekan lapis tu beli tp masih menganggur.. hihi..

    BalasPadam
  16. Mel,
    thank you

    Liza,
    mudah-mudahan saya dapat buat yang terbaik untuk pelanggan,
    silakan try dessert tu, memang sedap.. dijamin sedap!

    Lina,
    alhamdulillah... Firdaus tidak banyak ragam, memang gaya lipas kudung dibuatnya saya sekarang ni Lina.

    BalasPadam
  17. Ady,
    harap sesedap ituah seperti yang diharapkan pelanggan akak.

    Sury,
    tempahan untuk raya memang sudah diterima tapi terpaksa hadkan sampai jumlah tertentu... gtakut tak terbuat!
    Dessert tu memang sangat sedap Sury.

    Jassnani,
    waalaikumussalam...silakan buat mango casablanca tu Nani, tak rugi! Sebab sangat sedap!
    tempahan untuk raya terpaksa dihadkan Nani... baru2 belajar ni takut tak terbuat.
    Raya tahun ni tak balik Selangor, peluk cium untuk Firdaus sudah 'dibuat' ha ha ahahhh

    BalasPadam
  18. Fnf,
    kali pertama buat... sebab silap bubuh timbangan mentega & kena buat sekali lagi kek lapis sampai pagi memang rasa nak pengsan... tapi sebenranya beberapa minit terlelap!

    Ummiross,
    memang sedap tu mango casablanca Ummi... he he ehh nak order kek ye Ummi... in shaa Allah, tapi buat masa ini Amie hanya ambil tempahan yang dekat2 saja memandangkan belum ada pengalaman mengepack & mengepos, nantilah kalau Amie sudah bersedia, Amie akan buka tempahan dari luar kawasan ye Ummi sayanggg...

    Adda,
    memang sedap!

    BalasPadam
  19. Asyifa,
    syukurlah Syifa... Firdaus sporting!

    Whitecappuccino..
    tu laaa kannn... asyik menolak saja, akhirnya terterima juga he he ehh dah sampai masanya kot.

    Bbwana,
    terima kasih...alhamdulillah.

    BalasPadam
  20. Qaseeh,
    terima kasih atas kepercayaan yang diberi, tapi buat masa ini kakak hanya terima tempahan keluarga & rakan terdekat ye sayanggg... itu pun tak cukup tangan dik, In shaa Allah... kalau ada rezeki pasti dapat juga merasa hasil air tangan kakak, cuma beri masa untuk kakak bersedia, belajar membungkus & mengepos ye... nanti bila tiba masanya kakak akan beritahu juga tapi tidak buat masa ini ye!

    Suzana,
    silakan Suzana... pasti tetamu akan bertanya resepinya! Buatlah Suzana.. moga para tamunya nanti berpuas hati.

    Acik,
    terima kasih Achik...

    BalasPadam
  21. Mamasya,
    waalaikumussalam... selama ini memang tak terlintas di fikiran untuk menerima tempahan, alhamdulillah... rupanya banyak cabang & pintu rezeki Allah bagi...

    Ahlia,
    terima kasih...
    rasanya cream nestle tu tak sama dengan whipping cream.. tapi gtak tahulah ye..

    Madiha,
    memang sungguh mencabar Madiha... mengejar masa, mengeluarkan tenaga, kos yang diluar jangka... tapi sangat berbaloi bila hasilnya dikatakan sedap!

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum Kak Amie...Alhamdulillah ngan rezeki yang ada...wahhhh hebat juga semalaman boleh siapkan beberapa jenis kek...Sib baik baby tak meragam yaaa kak...

    BalasPadam
  23. Salam kak amie..

    Sedapnya, kalau dekat qema nak tempah gak terutama kek lapis tu bestttt

    BalasPadam
  24. salam kak amie..mmmg suprb rajin tau..ada baby kecik lg..g ngajar lg..pastu wat kek lapis..bukn pkara mudah bagi saya tau..selutt akk :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe