Kek Lapis Lady Finger & Kek Lapis Cheese Masam Manis lagi dan lagi....

7:51 PTG

Salam rindu buat rakan-rakan pengunjung dan teman blogger masakan tersayang. Memang rasa rindu sangat untuk berkunjung ziarah ke dapur teman-teman, namun apakan daya.... masa kurang mengizinkan belakangan ini. In shaa Allah Amie tetap akan meluangkan masa berkunjung balas  menjenguk rakan-rakan semua. Sebelum itu jom jamu mata dengan Kek Lapis Lady Finger yang Amie siapkan malam tadi sambil melapis tempahan Kek Lapis Cheese Masam Manis.


Amie gunakan resepi dari buku resepi Kek Lapis Sarawak 4 oleh Rabiah Amit. Bagaimanapun Amie hanya gunakan setengah adunan sahaja. Amie juga kurangkan penggunaan gula kastor, dan menambahkan kuantiti susu pekat. Namun begitu, terpulanglah ikut citarasa masing-masing, sebab ada yang suka manis dan ada yang suka manis-manis manja!


Sebenarnya Amie teruja untuk melihat hasil susunan biskut jejari coklat yang diletak di dalam kek lapis ini selepas dipotong!



Resepi  Asal: Kek lapis Lady Finger
Sumber : Kek Lapis Sarawak 4 oleh Rabiah Amit

Gunakan acuan pembakar 8 1/2 x 8 1/2 inci

Bahan A:
15 biji telur
180 gram gula halus
200 gram tepung Hong Kong
1 sudu makan ovallete - (jika was-was boleh gantikan dengan baking powder)
pewarna hijau

Bahan B:
400 gram mentega
4 sudu makan susu pekat
4 sudu makan seri kaya

Bahan C:
500 gram biskut jejari coklat
1 peket serbuk santan
perasa pandan
perasa oren

Cara:
1. Pukul telur bersama gula halus dan ovallete hingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung Hong Kong sedikit demi sedikit, pukul lagi.
3. Bahan B dipukul berasingan, pukul hingga sebati.
4. Kemudian Bahan B dimasukkan ke dalam adunan Bahan A yang sudah kembang, gaul rata.
5. Kemudian bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu berwarna kuning dan diletak sedikit perasa oren, dan satu lagi digaul dengan serbuk santan dan perasa pandan. Amie tidak buat begini sebaliknya hanya mewarnakan dengan pewarna hijau sahaja.
6. Masukkan 4 sudu makan adunan  berwarna kuning ke dalam acuan pembakar, ratakan dan bakar.
7. Kemudian bakar lapisan berwarna hijau pula dan susun biskut jejari coklat di atas adunan. Ulangi langkah 6 dan 7 hingga selesai.



Kek Lapis Cheese Masam Manis di atas itu, sebiji untuk Cikgu Kevaran Shandu yang katanya akan kirim sepotong untuk adiknya di Kuala Lumpur. Nampaknya Cikgu Kevaran sudah menyatakan hasrat untuk menempah lagi. Kena ikut giliran ye Kavvy..., ada masa nanti saya buatkan juga. Sebiji lagi untuk Cikgu Leong Weng Onn, terima kasih sekali lagi Cikgu Leong kerana berpuas hati dengan tempahan Mango Casablanca pada hari Isnin lepas (lupa ambil gambar).  Yang sebiji lagi untuk anak abang sepupu Amie yang tinggal di Kota Kinabalu. Nampaknya buat pertama kalinya Amie berjaya menghantar kek lapis keluar dari daerah Lahad Datu! Kek untuk Nur Juliami ini dikirim melalui bas ekspress yang bergerak pada sebelah pagi dari Lahad Datu dan tiba menjelang pukul 5 petang di Kota Kinabalu. Syukur kepada Allah kerana kek lapis sampai ke tangan Julia dalam keadaan selamat!

tq bik Salami Simon..telah selamat di terima.sedapp sangat keknye. — bersamaMohd Eswandi dan 3 yang lain di University Apartment Phase 1.




Kek lapis di atas ini pula tempahan daripada Cikgu Siti Jaimah Said. Oleh kerana Siti Jaimah tidak sama tempat tugas dengan Amie, jadi terpaksalah datang ambil sendiri kek ini di rumah Amie. Terima kasih banyak ye Jai....  katanya kek lapis ini hendak dimakan bersama rakan-rakan sekerjanya sebelum puasa pada hari Rabu lalu.


Ini pula tempahan kek daripada Cikgu Hajjah Sitti Jaliha Haji Salman. Cikgu Hajjah Sitti Jaliha meminta Amie siapkan Kek Lapis Chocolate Peanut Butter. Katanya, habis sudah kek ini dimakan sekeluarga, dan Alhamdulillah mereka sukakannya. Hajjah Sitti Jaliha juga menempah 4 biji kek lapis untuk hari raya nanti. In shaa Allah, mudah-mudahan Amie diberi kesihatan yang baik untuk melapis lagi ye Hajjah. Amie sudah catatkan tempahan kek lapis daripada Cikgu Hajjah untuk raya nanti, dan moga tidaklah terlupa dengan jenis kek yang dipinta termasuk Kek Lapis Cheese Masam Manis, Kek Lapis Chocolate Peanut Butter, Kek Lapis Strawberry & Kek Lapis Choco Mint.


Cikgu Hariani Ibrahim, walaupun tidak sama tempat bertugas dengan Amie tidak ketinggalan untuk menempah kek lapis juga!


Cikgu Hariani menempah Kek Lapis Chocolate Peanut Butter dan Kek Lapis Cheese Masam Manis. Bagaimana pun sebelum kek sampai ke tangannya, awal-awal lagi beliau sudah menempah 2 biji Kek Lapis Chocolate Peanut Butter & 2 biji Kek Lapis Cheese Masam Manis untuk hari raya. Setelah mencicipi tempahan keknya, beliau telefon Amie minta ubah tempahan daripada 2 biji Kek Lapis Chocolate Peanut Butter kepada sebiji sahaja dan daripada 2 biji Kek Lapis Cheese Masam Manis kepada 3 biji! Nampaknya ramai yang lebih berminat dengan Kek Lapis Cheese Masam Manis!


Harap-harap esok Amie tidak terlupa untuk membawa sebiji Kek Lapis Cheese Masam Manis ini yang ditempah oleh Cikgu Nordianshah Moen. Beliau akan membawanya ke Tawau untuk makan bersama keluarganya. Terima kasih Cikgu Dian kerana sudi menempah, dan selamat menjamu kek lapis bersama keluarga tersayang!



Kek Lapis Cheese Masam Manis sebenarnya paling mahal berbanding kek lapis lain yang Amie hasilkan, tapi nampaknya rakan-rakan Amie lebih berminat untuk menempah kek ini. Apa pun kepuasan pelanggan adalah keutamaan Amie!

4 comments

  1. aduhai.. terliur tgok kek amie yg sgt cantik.. mcm rasa syg nak mkn .. teratur jer lapisannya.. mmg org yg sabar jer boleh buat kek secantik ini.. smga terus dimurahkan rezeki .. amin

    BalasPadam
  2. assalam k.amie
    selamat berpuasa
    alhamdulillah suka tgk k,amie berjaya dgn tempahan2 skrg ni
    mesti x menang tangan kan
    apapun rezeki k.amie sekeluarga
    bkn mudah bg sy la kek2 lapis nk buat
    k.amie memang rajinlah

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kak amie,akak memang sgt2 berbakat, sue berminat nak tahu,dimana boleh kita dapatkan asam yg berbentuk 4 segi mcm yang kak amie gunakan utk kek lapis cheese masam manis tu ye...selalu yg kita jmpa cuma asam haw flacke bulat je disini...

    BalasPadam
  4. assalammualaikum...aduhai..sedapnya tgk..moist..pasti sedap ni...

    blog saya achiksuhaili.com

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe