Kek Lapis Bercorak : Versi Percubaan!

11:00 PG

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua.
Jom tengok hasil melapis Amie malam tadi. Kononnya nak cuba buat kek lapis bercorak tapi nampaknya hasilnya tidak seperti yang dijangkakan! Banyak kecacatan, salah dan silap serta  banyak ketidaksempurnaan, namun bagi Amie ia hanyalah satu permulaan dan percubaan yang patut Amie alami. In shaa Allah, lain kali Amie akan cuba dan terus mencuba untuk hasil yang lebih sempurna.



Orang kata kalau malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar! Kalau enggan mencuba bagaimana kita tahu akan hasilnya? Biarpun sudah berkali-kali Amie mengulangbaca cara-cara untuk membuat kek lapis bercorak, namun bila dipratikkan di dapur memang ada yang silap memandangkan tidak ada pengalaman mencorak sebelum ini. Pada mulanya rasa kecewa sangat, tapi bila Encik Suami berikan kata semangat, rasa sejuk sedikit hati ini. Kalau diikutkan hati memang tak mahu pandang  lagi kek ini tetapi malam tadi ketika kami mencubanya sedikit, rasanya sangatlah sedap! Amie gunakan asas resepi yang Amie belajar di kelas masakan, tetapi Amie ubah penggunaan bahannya. Amie tidak gunakan krim keju dan keju parmesan seperti kebiasaannya sebaliknya Amie gunakan mentega kacang halus serta serbuk coklat untuk lapisan bahagian inti serta serbuk horlicks untuk adunan asas.


Biarlah.... walaupun hasilnya tak seberapa, tapi Amie dokumentasikan juga hasil usaha Amie buat kenang-kenangan! Dan yang paling istimewanya kek lapis bercorak ini walaupun sebenarnya tidak istimewa, ialah rasa yang enak bahagian intinya terutamanya lapisan yang bercampur dengan mentega kacang halus! Ketika membakarnya pun sudah cukup harum baunya!


Silap Amie.... tidak mahir melekatkan inti di antara satu sama lain, dan kebetulan malam tadi Amie paparkan sepotong kek lapis bercorak ini di FB, salah seorang pengomen mencadangkan supaya Amie campurkan susu dengan jem epal untuk melekatkan inti kek ini! Terima kasih Liena Cydan..... in shaa Allah akan dipraktikkan selepas ini! Bukan apa... dalam sebuah resepi mengatakan lekatkan inti kek dengan susu, manakala resepi yang lain pula mengatakan lekatkan dengan jem! Mana satu nak ikut? Amie gunakan susu dan selepas ini nampaknya kena gabungkan susu dengan jem pula sepert cadangan Leina.



Ada sesiapa yang ingin membuat kek lapis bercorak? Jom.... sama-sama cuba! Resepinya? Huh.... Amie sendiri pening kepala nak macamana nak tulis cara membuat corak kek ini! Nantilah ... lain kali kalau kepala Amie boleh berfikir dengan betul!


14 comments

  1. Salam kak amie.. rajin betullah akak nih.. cantik dah tu utk versi pecubaan.. tun xleh imagine mcm mana org buat kek lapis corak2 nih.. belek2 buku kek lapis kat kedai, xtunjuk step by step pun, kalau ada gambar teknik nk buat pun, tunjuk gambar kartun sikit2..

    BalasPadam
  2. Salam K.Amie....sedapnya kalau makan panas2...

    BalasPadam
  3. salam kak amie..

    nda apa kak..kek lapis macam ni memang perlu banyak xperimen..kalau x cuba kita tdk tau kelemahan diri..apapun, tahniah atas usaha akak dan moga lebih berjaya pada masa akan datang..

    BalasPadam
  4. dah semaqkin hebat tu.bukannya senang nak buat corak lagi.

    BalasPadam
  5. Tun Telani,
    kakak pun tak tahu nak terangkan macamana nak mencorak sebab guna imaginasi sendiri (walaupun ada panduan tapi tetap tak faham)... betullah Tun, kita baca teknik yang diberi pun tak berapa faham...tu pasal tak tahu nak tulis resepinya (cara membuat) macamana...

    Adda,
    dah makan masa panas, tapi dah sejuk lagi sedap!

    Bbwama,
    terima kasih dik, sekarang ni kakak pegang 2 benda... try n error & practise make perfect!

    Suzana,
    memang diakui kesukarannya dan boleh pening kepala dibuatnya!

    BalasPadam
  6. Assalam kak amie..
    Nampaknya percubaan yang berjaya.
    Untuk membuat kek lapis yg belang..corak2 bagai ni, mesti mempunyai kegigihan dan kedabaran yang tggi.
    Respect ngan kak amie..w'pun ada baby kecik tp masih ada masa main masak2 n baking yg susah camni.Nampaknya tiada alasan ada anak kecik susah nk wat kije kan.

    BalasPadam
  7. Salam Amie,Kek Amie tu dah kira OK lah tu, jadi juga corak nya. Saya kalau setakat melapis biasa tu boleh lagi bersabar. Kalau yang bercorak,emm.. memang tak boleh nak tahan sabar...Masa nak buat tu memang bersemangat/berkobar-kobar, tapi bila dah buat asyik nak cepat aja. tu yang jarang menjadi tu.

    BalasPadam
  8. rajin kak Amie.. belajar yang rajin yah kak,nanti ajar Melly pula buat nya..hehe

    BalasPadam
  9. gigih kak amie melekatkan nya ye..mau tekun nengok kek ni..rajin and cantik jugak ni kak utk first trial..

    BalasPadam
  10. Kak Amie wah wahhh semakin hebat melapis skg..membuat kek lapis ni mmg tme consuming..mieza jadi kagum bgm kak amie boleh meluangkan masa melapis kek dgn baby yg masih kecil...mieza baby dah 2 thaun lebih ni pun tak terlapis lapis kak! Cantik dah tu..kalau mieza buat lagi senget benget!

    BalasPadam
  11. Salam kak amie..wah sudah mengorak lngkah buatversi bercorak..sury pun beniat nk share resepi kek lpis bcorak dan roll corak kat blog tapi blm kesampaian...byk buat tempahan org je dh penat,x sempat nk share kan kat blog..nak kasi gam tu guna jem je pun boleh tapi kena guna jem ya plain je kla yg ada warna nnti x cantik nampak comot,blh gak cmpurkan susu pekat n jem tapi kena sapu sikit2 je kak..jgn byk2 nnti kek comot bila di potong.buat n lekat corak dulu,simpan sehari cam tu dlm petisejuk,biar lekat betul baru gandingkan dgn kek paln atau corak lain,kalau sury ambik 2 hari gak nk siapkan corak ni,kena buat dgn teliti n potong pun kena cun..paling cepat suy siapkan sehari semalam lah..tapi penat wooow kek kena simpan dulu sehari 2 camtu baru cantik di potong dan kek tu dh betul lekat dan pecah bila di potong.kek yg kak amie buat tu tambah lg satu layer corak nya jd lh kek tikar mengkuang!
    Jangan putus asa kak..semoga suksess ya..:-)

    BalasPadam
  12. alahai...rajinnya akakku ni...tgk kek alpis k amie h tu..sy tringin nk buat..tpg hong kong dh bli..cuti sekola dh abis..tepung masih dlm plastik lg...hahahah..sy mmg suka peanat bater...nnti tulis resepi yea...bg sy dh cantik dah tu..

    BalasPadam
  13. Lina,
    waalaikumussalam... memang kena curi dan cari waktu nak melapis ni Lina, tambahan pula ada baby kecik yang menyusu... tapi sebab suka nak buat, tak cukup masa pun cari masa juga he he ehh

    Faudziah,
    saya pun gitu juga, semua nak cepat... memang tak berapa nak sabar saya ni Faudziah... ditambah pula dengan kurang kemahiran & hanya belajar dari buku & internet tapi harap selepas ini akan enghasilkan yang lebih baik.

    Melly,
    sama-sama kita belajar yok dong..... memang kek lapis corak bisa bikin kepala jadi pusing!

    BalasPadam
  14. Norzila,
    kena parctice selalu ni biar dapat hasil yang betul2 sempurna.

    Mieza,
    cuti 3 bulan ni selain main2 dengan bby, memang kakak nak cuba mahirkan diri melapis he he ehh... teringin nak buat yang bercorak tapi tahap kesabaran dan kemahiran tak cukup lagi...

    Sury,
    terima kasih banyak-banyak tips yang diberi.... terima kasih Sury...mmmmuaahahhhh...mmmuaahhhh nanti kak amie cuba saranan Sury, walaupun berulangkali baca panduan dan resepi tapi tetap juga buat silap...

    Ummiaisyah,
    kakak pun selalu begitu, nak buat satu2 resepi tapi asyik tertangguh sampai barang yang dibeli jadi buruk, lepas tu kalau dah buat nak cepat2 siap.... bila hasil tak sempurna pandai pulak rasa fedup! Hihihiii...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe