ADSENSE

Selasa, 14 Mei 2013

Sambal Udang Dengan Petai, Sayur Campur Masak Lemak & Ikan Putih Goreng

Assalamualaikum.
Selamat petang semua. Apa agaknya hidangan tengahari rakan-rakan ye... Kalau berkunjung ke dapur Amie, di bawah ini Amie hidangkan lauk-pauk untuk sajian tengahari kami sekeluarga. Jemput makan sama.... ada Sambal Udang Dengan Petai, ada Sayur Campur Masak Lemak dan tidak ketinggalan Ikan Putih Goreng.


Sedapnyalah kalau ada nasi lemak.... boleh makan dengan Sambal Udang Dengan Petai di bawah ni...


Kali ini Amie togelkan habis kulit udang. Senang nak makan, tak payah nak buang ekor, terus masuk mulut! Jom kita tengok resepi-resepi lauk-pauk tengahari yang mudah untuk disediakan di bawah ini.



Resepi : Sambal Udang Dengan Petai
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
500 gram udang kertas - bersihkan & buang kulit
1 cawan isi petai
1 batang serai - dititik
1 sudu teh pati asam jawa
1/2 labu bawang besar - mayang kasar
garam  / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis kesemua bahan kisar, serai dan pati asam jawa sehingga terbit minyak.
2. Masukkan udang dan petai.
3. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
4. Tutup api dapur.
Jangan masak terlalu lama kerana udang akan mengeluarkan air dan mengecut!



Resepi : Sayur Campur Masak Lemak
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 keping tauhu - potong 2 dan belah 4
7 batang anak jagung - belah 2 dan potong 4
10 batang kacang buncis - potong serong
1/2 batang lobak merah - potong bulat
400ml santan 
1 batang serai - dititik
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan tumbuk kasar:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
segenggam ikan bilis
7 biji cili padi

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
2. Masukkan lobak merah dan tumis lagi selama 3 minit. 
3. Masukkan santan, serbuk kunyit dan tauhu. Biarkan sehingga kuah mula mendidih.
4. Masukkan kacang buncis dan anak jagung.
5. Kacau kuah supaya tidak pecah santan.
6. Setelah kacang buncis bertukar warna, masukkan garam / gula / perasa pilihan.
7. Tutup api dapur.


Dan... ikan goreng! Semua orang tahu goreng ikan kan kannn..... lumurkan ikan dengan garam kunyit, dan goreng hingga masak! Yang tak suka garing, janganlah goreng sampai tak dengar bunyi minyak gorengan... nanti keras pulak isi ikan sampai tak boleh dicubit he he ehhh....

16 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

salam kak amie..

x tahan la temgok menu tu..terliur ni..

Ucu Faridah berkata...

alamak k.amie...dh lah tengah kebulur ditayang pulak petai....sungguh2 kejam....

Sonia ~ Nasi Lemak Lover berkata...

saya nampak banyak petai di pasar, season petai ker? nampak sambal awak, saya pun nak masak ini, hehehe..

Mel berkata...

Assalam kak amie,

Petang ni ingat nak buat sayur campur masak lemak ni la..Sedap je nengoknya. Mel pun kalau masak sambal udang mesti togelkan semua. Kita takpelah nak makan ada kulit tapi sian kat hubby terkial2 nak buang kulit. Sudahnya udang ke mana, nasi pun kemana.hihihi

ady berkata...

as-salam
sungguh menyelerakan menu kak amie ni..saya suka sambal udang tu dgn petai..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie...dah sedap sgt dah juadah tghari ni.Kat umah atie..petai tk pernah 'naik'...sbb HB tak suka :D

Busyra Bt Takiyudin berkata...

sedapnya... yummy

adda syuhada berkata...

sedapnya K.Amie...

Sury Abil berkata...

Semua sedap!

kasihredha berkata...

Gomoknya Petai tu amie...Tergoda

rahel berkata...

Oh Tuhan....menggeramkan ni lauk2...bikin nda tahan menengok....haissss

Yana Shaiful berkata...

Salam Kak Amie..

menu yg tak mampu ditolak huhuu.. sambal udang petai..sedap sangat

ummiross berkata...

Singgah jap sebelum tido, sedapnya, menu yang menggoda selera ni Amie, kan dah kecur air liur ni.

Hafizah Mohamad berkata...

Salam kak amie...lamanya x makan petai...fiza kalau sambal petai ni selalu buat ngan ikan bilis...jarang sgt buat ngan udang....Ya Allah...gabungan mantopsss...sambal petai udang...ikan grg...sayur...perghhh...sedapnyerrrr

HaSue berkata...

wahh menyelerakan belaka menu tu kak..sambal2 gini mmg buat makan x hengat!hehe

Rohah berkata...

seng koyo ngene seng enak ki kak...rak pasal2 nanduk sego rong pinggan..