ADSENSE

Rabu, 22 Mei 2013

Ikan Tenggiri Masak Asam Rebus

Assalamualaikum. 
Jom nikmati hidangan tengahari  (paparan terlajak ke petang!) dengan lauk Ikan Tenggiri Masak Asam Rebus. Walaupun ringkas tapi dijamin menyelerakan. 


Resepi : Ikan Tenggiri Masak Asam Rebus
Olahan  : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 keping ikan tenggiri
600ml air
1 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
2 biji tomato - belah 2
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
5 biji cili merah - buang biji
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan

Cara:
1. Masukkan air di  dalam periuk. Maukkan semua bahan kisar, serai dan asam gelugur.

2. Biarkan  masak hingga mendidih.
3. Masukkan ikan tenggiri dan masak lagi selama 5 minit. Kemudian masukkan tomato.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.




8 ulasan:

kasihredha berkata...

Pekena dgn sambal belacan best ni

Sury Abil berkata...

Faveret ni kak..suka masak asam rebus ni..hirup kuah nya tu...kenyang mkn lauk cam gini..:-)

faa.rosli berkata...

sedapnya...makan ngan nasi n cili kicap..perghh..

zila norazila berkata...

Zila suka kuah ltk byk2 sedapnye kak..

ummiross berkata...

Pergh!!, makan dengan nasi panas2, best ni!

Suzana Ibrahim berkata...

masakan kesukaan saya.Amie tayang kat sini buat saya terliur!

Bbwana adienia berkata...

salam kak amie..

saya suka sangat makan ikan rebus..menu ni memang kesukaanku..

Norzila Zakaria berkata...

ikan tenggiri masak apa pun sedap kak mie..kuah asam gini slurppp je hirup.