Jumaat, 10 Mei 2013

Ikan Bilis Goreng Rangup

Assalamualaikum.
Salam ceria di pagi Jumaat yang redup dan nyaman ini. Moga kita dapat memulakan hari yang penuh keberkatan ini dengan hati yang tenang dan sentiasa berlapang dada dalam menghadapi apa jua situasi. Sudah sarapan pagi? He he heh... tanya pulak tentang sarapan, macamlah nak kongsi paparan menu pagi. Sebenarnya paparan kali ini merupakan hidangan kelmarin. Jom... kita ratah-ratah Ikan Bilis Goreng Rangup di bawah ini.


Amie gunakan ikan bilis basah saiz besar. Buang perutnya, siripnya, kepalanya, tulangnya dan ekornya dulu ye.... Tak banyak pun, cuma 500 gram saja. Tapi bila makan, sekejap saja dah licin!

Resepi : Ikan Bilis Goreng Rangup
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
500 gram ikan bilis basah / segar - bersihkan - buang perut, kepala, tulang dan ekor
1 biji putih telur
1 sudu teh serbuk ENO
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
5 batang daun sup (gunakan daun ketumbar lagi bagus) - hiris halus
minyak

Bahan tumbuk:
1 inci halia
1/2 sudu makan lada putih
3 ulas bawang putih

Cara:
1. Campur ikan bilis dengan semua bahan tumbuk. Tambahkan perencah Maggi Cukup Rasa, dan daun sup.
2. Gaul bahan di atas dengan putih telur hingga sebati.
3. Masukkan serbuk ENO, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul lagi.
4. Goreng hingga garing.
5. Sedia dihidangkan untuk dimakan bersama nasi atai ratah bersama sos kegemaran.



Sedap dimakan begitu saja!



Selamat mencuba.....



12 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

sedapnya kak amie..

Tina Othman berkata...

Sedapnya kak amie, buat kudap2 best ni

Suzana Ibrahim berkata...

nampak rangup saja.kat Kota Bharu ni tak ada ikan bilis macam tu.

ummiross berkata...

Amie..sedapnya, ratah je pun ok ni.

qemaishak berkata...

sedapnya kak, qema suka ratah ikan bilis goreng nih :)

LiNa_Pg berkata...

Patutlah nampak besar ikan bilis kak amie ni, rupanya guna ikan bilis segar...
menarik rcp ni..bole cuba nanti..tp guna ikan bilis jer la..kalau yg segar terasa malassss sangat nk buang perut tuh..

Sury Abil berkata...

Menu wajib masa dlm pantang...hehe..makan x jemu2....:-)

Ummiakid @ lily berkata...

sedap ni sis...menu paling sedap bila bersahur...kebetulan Ramadhan kian menghampirikan....nasi panas2 dan kalau ratah cenggitu lagi best...:)

Yatie berkata...

menu ringkas tapi menyelerakan ni..kalau perut lapar, maunya makan nasi bertambah2...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam amie...
tgk amie tayang menu ni.. teringat dulu2 ma saya pun rajin buat juga ikan bilis mcm ni.. kami panggil ikan celup tepong & ikannya memang guna ikan bilis basah... kat sini jarang jumpa bilis basah di kedai2 runcit.. kalau ke pasar besar memang ada.. tp bermusim juga kan... sedapnyerr.. kami pun mkn meratah je.. cicah dgn sos cili... nostalgialah menu ni amie..

Nooriah Abdullah berkata...

nampaknya kena cari ikan bilis bsar lah ni Mie lazat dan ranggup nampanya tu,jom nk gi pasar lah lepas ni hee

whitecappuccino berkata...

uii..sedapnnya! tp tak pernah beli bilis segar.