ADSENSE

Isnin, 27 Mei 2013

Barobbo @ Bubur Jagung : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (SABAH MONTH)

Assalamualaikum.
Jemput nikmati Barobbo @ Bubur jagung dari dapur Amie. Sebelum ini  Amie pernah paparkan hidangan ini  DI SINI.  Bubur ini sangat enak dan tidak puas makan sekali! Pasti ingin menambah lagi! Ingin tahu cerita keenakannya boleh klik sekali lagi DI SINI.


Jom kita lihat resepi Barobbo yang terkenal dihidangkan dalam kalangan masyarakat Bugis Sabah di bawah ini.


Resepi : Bubur Jagung @ Barobbo
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 cawan beras 
700 gram daging ayam - potong kecil-kecil
5 biji jagung - hiris 
3 batang kacang panjang - potong 4cm
1 mangkuk sayur cekur manis
3/4 cawan udang kering
800ml santan sederhana pekat
5cm halia - tumbuk
1 sudu makan lada putih - tumbuk
7 ulas bawang putih - tumbuk
7 biji bawang merah - tumbuk
garam & perasa pilihan
air secukupnya
bawang goreng
daun sup

Cara:
1. Didihkan air secukupnya di dalam periuk. 
2. Masukkan beras, bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering. 
3. Masukkan daging ayam dan biarkan mendidih sehingga menjadi bubur.
4. Masukkan santan, jagung, lada putih, garam dan perasa pilihan.
5. Apabila kuah mula memekat, masukkan sayur kacang panjang dan cekur manis. Gaul sebati.
6. Tutup api.
7. Hidangkan ketika masih panas.



Resepi : Pegedil Jagung
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 cawan hirisan jagung - sebaik-baiknya jagung segar
1 biji telur
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
3 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
1/2 sudu teh lada putih - tumbuk
3 tangkai hirisan daun sup
garam secukup rasa
minyak

Cara:
1. Masukkan jagung ke dalam mangkuk. 
2. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak.
3. Goreng sehingga warna keemasan.
4. Angkat dan toskan
5. Potong kecil-kecil sebelum dihidangkan bersama Barobbo.


Amie sediakan dua jenis sambal untuk dinikmati bersama Barobbo, iaitu sambal kicap dan juga sambal belacan campur tomato. 



"I am submitting this post to MFF Sabah Month


7 ulasan:

Nana Liena berkata...

begedil jagung..baru tahu..hehe.. ada juga ea..simpan resepi.. ^^

Mary Chey berkata...

Nampak sedap betul. Akan cuba satu hari nanti.

Mary Chey berkata...

Nampak sedap betul. Akan cuba satu hari nanti.

Bbwana adienia berkata...

salam kak..

menarik bubur tu kak..dan nampak sedap..

Mieza berkata...

Bagus makan jagung banyak2 boleh melawaskan...kalau kat sini bubur jagung ni adalah sejenis dessert...especially bulan posa...besh!

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum...
amie... nani datang sini nampak bubur tu.. pernah waktu berjiran dengan org sabah dulu, dia pernah bagi nani try bubur ni.. and nani pun pernah skali try wat.. sedapp.. manis.. campuran macam2 termasuk jagung.. mmg enak je... :)
>> alahaiii amie... sama la kita.. sedey kan... nani dah tak sorok2.. nangis je teruk... macam budak kecik mr mama cakap.. haikal pun tak meraung... huhu.. sedey.. lepas tu mr mama cakap, nasib baik anak2 dok ngan kita.. kalau dok asrama.. lagi bengkak bijik mata mamanye ni nangis.. huwaaaa.. sedey kan.. biasanya kimi sblm tido, dia datang salam dan cium pipi nani.. sbb tu sedey bila fikir dia nak berjauhan.. kita rasa dia masih kecil.. sbb tu tak harap dia dok jauh2.. kan..

Acik Erna berkata...

assalam amie..sedapnya nampak pegedil jagung tu..