Sabtu, 18 Mei 2013

Perjalanan dari Menumbok ke Labuan

Assalamualaikum.
Nampaknya hidangan dari dapur Amie hari ini hanya cerita kontang panas mencetang sepanjang perjalanan dari Menumbok ke Labuan dengan menaiki feri Wawasan Perdana. Seawal pukul 6.30 pagi kami bertolak dari Seapark Condotel, Tanjung Aru menuju ke Menumbok. Hampir pukul 9 pagi kami tiba di dermaga, dan kami tidak menduga keadaan di situ penuh sesak dengan pelbagai kenderaan dan orang ramai. Rupa-rupanya kebanyakan daripada mereka mempunyai tujuan yang sama dengan kami... menghantar anak untuk mendaftar ke kolej pada esok hari!


Amie sempat rakam feri Wawasan Perdana yang berulang-alik membawa kenderaan dan para penumpang dari Menumbok ke Labuan. Feri yang kami naiki dijangka bertolak pada pukul 11.30 pagi. Sebenarnya suasana pada hari ini tidak sama dengan keadaan pada hari-hari yang lain. Feri yang sepatutnya bertolak pada pukul 10.30 pagi tertunda sehingga pukul 11 lebih. Biasanya dermaga tidak penuh sesak dengan begitu ramai penumpang dan kenderaan, itu yang dimaklumkan oleh pekerja kaunter kepada kami. Syukurlah Encik Suami telah membuat tempahan seminggu lebih awal kerana kami dapati terdapat kenderaan dan orang ramai yang terpaksa 'waiting list'.  Udara tepi laut yang sangat panas menyebabkan kami berasa tidak selesa. Feri yang kami naiki dijadualkan bertolak ke Labuan pada pukul 11.30 pagi tetapi akhirnya hanya bergerak pada pukul 12.30 tengahari!


Tiada tempat duduk yang mencukupi disediakan untuk penumpang feri. Kami terpaksa duduk di dalam kereta sepanjang perjalanan selama hampir 2 jam ke Labuan! Hadoiii.... Firdaus sungguh tidak selesa! Seperti kelmarin, Firdaus terpaksa bertukar pakaian berlubang-lubang sebelum menaiki feri.



Walaupun penghawa dingin di pasang tetapi kepanasan tetap dirasai! Firdaus yang biasanya lena pada ketika ini sudah menunjukkan tanda-tanda akan mengamuk! Lihatlah mukanya yang sudh meraj padam sampai berlapis dagunya berkerut menahan perasaan!



Nah! Hambik ko... tu dia rupa sebenar Firdaus! Melalak meraung sekuat hatinya! Oh! Sayang Mummy.... kelmarin 9 jam Mummy riba, Mummy peluk sepanjang perjalanan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Dari pagi tadi Mummy pangku lagi selama 3 jam dari Kota Kinabalu ke Menumbok. Agaknya dengan Mummy pun Firdaus sudah tidak selesa lagi... he he ehhh asyik basah dengan keringat di bahagian belakangnya! 


Akhirnya Encik Suami yang memang keletihan mengambil alih tugas Amie. Nampak macam selesa saja Firdaus di dada Baba.



Kesian anak Mummy... tidur rupanya atas dada Baba ye sayang! Akhirnya sampai juga kami ke Labuan. Sayangnya, kami tidak bernasib baik untuk mendapat tempat penginapan di hotel. Minggu lepas sewaktu Encik Suami meminta kawan di Labuan untuk menempah hotel, kami dimaklumkan lebih sebulan yang lalu hotel sudah penuh dengan tempahan. Syukurlah ada kawan anak buah kami yang sudi membantu dan akhirnya kami dapat juga tempat penginapan di bawah ini...



Kami menginap di homestay dengan bayaran RM150 untuk satu malam. Homestay ini terletak di Bukit Kuda. Memang sesuai untuk mereka yang berkeluarga untuk menginap di sini kerana tempat yang disediakan cukup selesa. Terdapat 4 katil bujang dan 1 katil kelamin, dan 4 buah tilam tambahan serta kelengkapan lain seperti televisyen, pengfhawa dingin dan sebagainya. Selain itu segala keperluan lain seperti dapur, peti sejuk, pinggan mangkuk dan sebagainya turut disediakan. Petang tadi kami sempat ke Kolej Matrikulasi Labuan untuk meninjau-ninjau suasana dan mencari jalan supaya esok pagi tidak tersesat. Kami diberitahu oleh petugas di situ supaya hadir awal untuk mendaftar walaupun pendaftaran bermula seawal pukul 7 pagi, namun  mengikut pengalaman ada yang sudah berbaris seawal pukul 5 pagi! Melihat susunan kerusi meja dan khemah yang terpasang, Amie dapat bayangkan tentu ramai peserta program yang akan mendaftar esok terutamanya dari negeri Sabah dan Sarawak.



Firdaus sudah rasa selesa! Tidak meraung dan mengamuk lagi... tapi kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga bimbang tiba-tiba si kecil ini akan mengamuk kembali seperti malam semalam ketika kami makan di Secret Recipe di One Borneo, Kota Kinabalu. Petang tadi hujan lebat, tapi kami sempat juga ke kompleks membeli-belah. Sementara Encik Suami mendukung Firdaus, Amie cepat-cepat mencapai dan membeli apa yang boleh dibeli!



Buku resepi... antara yang sempat dirembat... sebahagiannya Amie beli semalam di One Borneo dan sebahagian lagi Amie beli di UK Labuan.


Orang kata coklat di Labuan murah sebab barangan bebas cukai. Apalagi... Amie pun rembatlah seberapa banyak yang boleh terutama si Daim tu! Maklumlah selama ini kalau nak makan Daim terpaksa beli di airport dan hanrganya tak jatuh RM45+++ Kalau boleh terbeliak memang dah terbeliak mata Amie petang tadi... sebab terkejut badak melihat harga Daim di Labuan... hanya RM15+++ sahaja! Encik Suami pula membakar semangat kita... katanya kalau nak beli coklat jangan tunggu sampai esok sebab sibuk nak daftar Farid. Beli sajalah sekarang... yah...yah! Kita beli coklat...kita beli!


Akhirnya kami kembali ke homestay semula dan makan KFC sahaja. Tak mahu makan di restoran lagi sebab bimbang Firdaus mengamuk lagi! Kalau mengamuk biasa tak apa, ini mengamuk lain sebab Firdaus nak susu badan! 


15 ulasan:

Yana Shaiful berkata...

Salam kak Amie..wahh..jauh betul firdaus p mkn angin..siap naik feri lg hihii..saat yg paling best..
shopping time!! xtahan tgk si daim tu..dh lama xmkn ^^

whitecappuccino berkata...

banyaknya coklat! baby tido nyenyak atas babanya.

Asyifa Mustaffa berkata...

ksiannya firdaus....msti dia x selesa asik kena pegang je kut kak....anak sy pun gitu...tu yg kdang malas nak kluar tu...
semoga dipermudahkan segala urusan ye kak...:-)

zila norazila berkata...

Smoga smunye brjln lncar kak..mmg murh coklt tu kn..sian firdus..bdk kecik klu dbwa jln jauh mmg cmtu kn.

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, anak kecilmmg mcm tu tak selesa dgn kepanasan, agaknya penat badan pun ya tu, sbb tu dia meraung,lagi pula dia meyusu badan heheh.

Banyak2 coklat tu, kita paling suka daim, mmg lepas satu2 satu boleh mkn, yg yg betul2 coklat tu mcm tak best pulak heheh.

Semoga di permudahkan segala urusan farid ya amie.

aZuMaya berkata...

Salam k.aimie.. rinn baru ke labuan pada 4 may yg lepas.. huhuhu adventure u naik speed boat dari labuan ke menumbok.. sbb cik rinn Nk ke kk

ummiaisyah berkata...

jauhnya dr lahad datu k kk...tak penah sy travel sejauh tu...tahniah kpd ank bujang k amie..dpt msk matrik..firdaus dh beso yea...dh pandai meragam...jgn nangis kuat2..nnti mummy plak yg pening!

Bbwana adienia berkata...

salam kak amie..

sangat panjang perjalanan kak amie tu..memang letih kan sebab dr LD ke kk pun ambik masa yang panjang..walaupun pakai keta sendiri tapi sakit gak punggung tu duduk..adui..sebab sya pnah ke LD gak kak dulu2..apapun, best kak kak sampai labuan wpun cuaca panas membahang tapi bebaloi dpt bli coklat yang sangat murah..

Liza berkata...

fuhhh, kesian tgk si firdaus tu ye..org tua cm kita ni pun tak tahan panas, ni kan pulak bby cm firdaus kan..

Suzana Ibrahim berkata...

saya seperti Amie..tiba-tiba saja bad mood hari ini,gara-gara tempahan hotel di selutuh kuala pilah neg.9 sudah penuh.dah la jauh nak hantar anak gi kolej matrikulasi kuala pilah macam mana ni.terpaksa la cari hotel kat tempat lain.lagiii..jauh!

tun_telani berkata...

Salam kak amie.. jauhnyerrrrr.... tun xpenah sampai labuan lagi.. moga2 ada kesempatan nk pegi juga.

Nieda ramly berkata...

banyaknya cokelat...harga lebih kurang di langkawi juga si daim tu.

masriyah khasim berkata...

slm k amie..
bila bc entry ni teringt pengalaman sy msa bkursus dl.km travel dr semporna ke kk.mmg sgt adventure.tpaksa drive sndiri spya snang nk bgerak ke sana ke mari spjg beberapa mgu d sna.
pengalaman ke labuan pn x kurang jg hebatnya.naik feri selama 2 jam.penah jg naik speed boat sb tpaksa.serik!
lps balik dari labuan, banjir besar pla area beaufort (kalu xslh).dr kuala penyu tpaksa naik feri yg d tarik utk ke seberang spya dpt blik ke kk...tpaksa mnunggu beberapa jam utk turn naik feri tu.ssungguhnya jauh pjalanan, byk pengalaman..

Norzila Zakaria berkata...

bestnye kak amie..zila pun x penah sampai lagi..ciannye si kecik tu panas ye..

Hafizah Mohamad berkata...

salam kak amie...bestnya...tapi x best bila jalan baby ngamuk...he he he...kesian baby firdaus...syoknya beli beli coklat byk2...kalau camni la punya byk memborong coklat mmg boleh membina otot2 badan ni...he he he....x pe kak...kalau rase x nak membina otot tu kirim mai kat fiza separuh...boleh fiza tolong bina otot badan bg pihak akak pulak...ha ha ha