Sup Ayam Dengan Lobak Putih (Sup Lobak Putih)

7:53 PTG

Assalamualaikum.
Nampaknya menu yang Amie paparkan sepanjang April ini hanyalah menu berpantang sahaja ye...  Sebenarnya yang tidak berpantang pun boleh juga mengamalkannya. Bagaimanapun lain orang lain pilihan hidangannya, begitu juga dengan kaum lain... lain pulalah amalan pemakanan semasa tempoh berpantang. Terpulanglah mengikut kepercayaan, selera dan adat masing-masing tapi yang penting biarlah ia menu yang berkhasiat. Kalau diikutkan senarai makanan untuk berpantang, memanglah menjemukan sekiranya asyik bahan yang sama dijamah saban hari. Bagaimanapun, kebijaksanaan memilih hidangan menyihatkan terletak pada diri kita sendiri. 


Hidangan yang Amie paparkan kali ini berupa hasil air tangan kakak ipar Amie iaitu Sup Ayam Dengan Lobak Putih yang disajikan untuk makan tengahari kami. Selain sup betik muda, Bonda Amie memang menyarankan supaya membuat sup lobak putih untuk menggalakkan penghasilan susu badan. Bagaimanapun, untuk memudahkan tugas memasak, Amie cadangkan supaya campurkan sahaja daging ayam bersama lobak putih tersebut. 



Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba resepi Sup Lobak Putih bagi tujuan menggalakkan penghasilan susu badan, Amie kongsikan resepi dari buku masakan Kompilasi Hidangan Berpantang di bawah ini.

Resepi : Sup Lobak Putih
Sumber : Kompilasi Hidangan Berpantang oleh Chef Nor Asmawati Nor Din

Bahan-bahan:
500ml air
1/2 batang lobak putih - dikerat setebal 1/2 cm
sedikit lobak merah - dihiris halus
sedikit daun kucai - dipotong pendek
garam secukup rasa

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Masukkan lobak putih dan rebus hingga empuk.
3. Masukkan lobak merah, daun kucai dan garam. Biarkan seketika sebelum diangkat.
Nak pilih yang mana satu... Sup Lobak Putih atau Sup Ayam Dengan Lobak Putih?

18 comments

  1. Bestnya sup lobak putih ni...yang bukan dlm pantang pun boleh hirup kuahnya...bolehlah tukar dengan tat gulung saya nanti...simpankan satu mangkuk sup lobak ya kak...

    BalasPadam
  2. ish!ish! org yg tak pantang pun terliuq haih tgk menu punya sdp ni.Rajin betul kak amie ni,tetap rancak kt dapur mesti bby ni gud boy

    BalasPadam
  3. Rahel,
    boleh bah kalau kau Rahel... nanti kak Amie tunggu di Teluk Darvel tart yang dihanyutkan dari Tawau tu yea...

    Lina,
    bukan kak Amie yang masak ni Lina... kakak ipar yang masak, Kak Amie bagi tau aje apa yang nak dimasak..ishkk isshhkk punya bagus adik ipar ye he he ehh.

    BalasPadam
  4. Salam Amie....atie pon lps baik demam ni,suka mkn yg bersup2 ni..mungkin sbb masih batuk & berselera mkn sup2 yg panas2:)

    BalasPadam
  5. saya juga biasa masak lobak putih sup tapi saya ada letak oyster kering..baunya sedap juga..

    BalasPadam
  6. Assalam Amie, waduhhh memang sedap... betul kata Amie, orang yang tak dalam pantang pun boleh makan lauk macam ni..
    Untung badan ada kakak ipar jaga Amie kan..hehe

    BalasPadam
  7. seng orak pantang pun kemaruk waei lauk2 koyo ngeney kak..lagi berkhasiat, rak ono minyak..

    BalasPadam
  8. salam akak...lama kan tak dengar berita..akak sihat?

    faa selalu nmpak lobak putih kat pasar tp xtaw nak masak apa...ni nampak sedap plak buat sup campur ayam..nak try laa..hehe

    BalasPadam
  9. kak amie,semestinya atie pilih menu sup ayam dengan lobak putih hihi dah lama tak makan lobak putih,lepas bersalin anak ke 2 dulu je

    BalasPadam
  10. Salam kak amie.. mmg betul2 sihat nih..

    BalasPadam
  11. Sedapnya kalau dapat hirup sup panas2 kan... tambah2 dlm pantang... bak nk semangkuk Amie...

    BalasPadam
  12. Assalam k amie
    menu berpantang la best, sy suka kalu yg letak halia

    BalasPadam
  13. salam amie...
    madihaa yang bukan dlam berpantang ni pun kerap masak sup lobak putih.. hehe... kdg2 campur ayam, kdg2 campur daging.. kdg2 buat sup lobak putih semata... & kdg2 dibuat acar mentah (tak sesuai utk org berpantang.. hehe) mmg suka sgt dgn lobak putih.. kalau dlm pantang.. memang inilah sayur yg kerap ma masakkan utk madihaa.. selain sup.. kdg ma masak kacau goreng mcm nak buat inti popia tu...

    BalasPadam
  14. Azatie,
    dah baik demam ye... patutlah lama tak bersiaran.
    memang hidangan sup boleh membangkitkan selera terutama yang tak sedap badan kan Azatie...

    Sonia,
    dapat dibayangkan sedap dan harumnya bila masukkan oyster kering, boleh cuba nanti... tq Sonia.

    Ayu,
    waalaikumussalam... alhamdulillah, walaupun berjauhan dari keluarga tapi kami punya ipar duai yang baik-baik belaka....orang tak dalam pantang lagilah tambah sihat makan begini kan Ayu.

    BalasPadam
  15. Rohah,
    iyo toh... wong tuo ney kito sukak mangan seng bening-bening karo gereh... meneh angger eneng sambel.. yo asyik tandu'an sego vaey yo...

    Che Mid,
    yok mangan bareng2 yok.

    Faa,
    sihat walafiat... sebelum tahu khasiat lobak putih dulu kakak pun tak pandang lobak ni di pasar Faa... dah tahu banyak khasiat, memang sellau beli dengan lobak merah sekali.

    BalasPadam
  16. Atie,
    beberapa tahu belakangan ni kakak memang selalu simpan stok lobak putih, itu pun bila tahu banyak khasiatnya.

    Tun Telani,
    alhamdulillah Tun.... memang menyihatkan.

    Gee,
    mai makan sama Gee.. selalunya kakak ipar masak sup seperiuk! Anak-anak pun suka hirup sup panas!

    BalasPadam
  17. Mama Sara Nur,
    waalaikumussalam.. betul tu, lagi pun halia memang sudah lama diyakini penuh khasiat terutaa untuk buang angin dan panaskan badan serta baik untuk pengaliran darah.

    Madiha,
    syukur alhamdulillah... macam2 ada di muka bumi ini yang Allah berikan kan Madiha, cuma pilih je mana yang sesuai... memang Bonda Amie pun selalu pesan, selain sup betik muda, buat sup lobak putih untuk lancarkan pengaliran susu badan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe