ADSENSE

Selasa, 2 April 2013

Kek Lapis Coklat Pisang Berkeju

Assalamualaikum.
Terima kasih buat semua pengunjung budiman dan rakan-rakan blogger yang setia bertandang ke dapur Amie.  Lama benar rasanya Amie tinggalkan dapur sejak kehadiran si kecil Mohamad Firdaus. Setiap hari rutin Amie hanya menyusukannya, manakala tugas memandi dan sebagainya termasuk urusan di dapur dilakukan sepenuhnya oleh kakak ipar Amie. Pada mulnya Amie ingin kongsikan menu dalam pantang, tetapi Amie ingin mrmasaknya sendiri sedikit masa nanti untuk tatapan bersama memandangkan buat masa ini semua hidangan disediakan oleh kakak ipar Amie.


Jom tengok resepi  Kek Lapis Coklat Pisang Berkeju. Alhamdulillah, percubaan ini menjadi, dan seperti biasa sudah tentunya Amie buat versi kukus! Kita semak resepinya di bawah ini.

Resepi : Kek Lapis Coklat Pisang Berkeju
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan A:
2 cawan tepung gandum
250 gram coklat masakan - cairkan secara doublr boiler
1 cawan gula pasir
3/4 cawan minyak canola
4 biji telur gred AA
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan B:
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan pisang lecek
50 gram serbuk Parmesan Cheese
70 gram Philadelphia Cream Cheese
4 sudu makan gula pasir
1/2 cawan minyak canola
1 sudu teh essen pisang
1/2 sudu teh baking powdet
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Cara:
Untuk Bahan A: 
1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
3. Masukkan coklat cair dan adun sebati.
4. Masukkan minyak canola dan pukul lagi.
5. Seterusnya masukkan tepung gandum yang diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder.
6. Setelah adunan sebati, keluarkan dari mixer dan bahagikan kepada 2 bahagian.
7. Tuangkan 1 bahagian adunan ke dalam loyang pengukus yang telah dilengser dengan mentega. Kukus selama 20 minit.
Sementara itu, boleh sediakan untuk Bahan B: 
8. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.
9. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
10. Masukkan pisang yang te;ah dilecek.
11. Kemudian masukkan keju parmesan dan keju cheddar.
12. Masukkan minyak canola dan adun sebati.
13. Tambahkan essen pisang dan akhir sekali masukkan tepung gandum.
14. Setelah Bahan A di kukus 20 minit, keluarkan loyang dari periuk pengukus dan tuangkan Bahan B. Kukus lagi selama 20 minit.
15. Akhir sekali keluarkan loyang pengukus dan tuangkan 1 bahagian lagi daripada Bahan A.
16. Kukus selama 30 minit.


Beginilah hasilnya Kek Lapis Pisang Berkeju.

12 ulasan:

rahel berkata...

Selamat pagi Kak Amie....apa khabar akak n baby? Awal2 dapat makan kek lapis pisang...sedap tu buat sarapan....tinggalkan dua potong utk Rahel ya...

ummiross berkata...

Salam pagi Amie...

Buat apa tuuu? Menyusukan Firdaus ye, harap ibu dan anak sihat Walafiat.Peluk cium buat Firdaus.

Sedap pulak nampak kek Amie tu, tengah lapor ni, rasa nak ngap je, hehe..

noname berkata...

Tahniah Amie, dapat baby rupenye.
tambahlah sorang lagi 'bodyguard'. Moga menjadi anak yg soleh & berbakti kepada ibubapa.

noname berkata...

Tahniah Amie, dapat baby rupenye.
tambahlah sorang lagi 'bodyguard'. Moga menjadi anak yg soleh & berbakti kepada ibubapa.

nens cellection berkata...

ohh..kak ami..dpt bb baru ye..alhamdulillah..x prasan b4 ni kak amie ade mention ke x tgh preggy..cuteenyerrr..comel lote, putis melepak..best2!..

gewammnyerrr, geng boboiboY la ni,..hehe

Liza berkata...

salam amie, tahniah ye dpt bby baru, liza pun baru tau ni...

atie @ ejay berkata...

salam kak amie..
hmmm pisang, coklat + cheese.
terbaeeek!

Sury Abil berkata...

uihh kak amie..sudah ke dapur membaking ya..mesti bby baik ni tak merengek2 kan..senang nk tinggal buat kerja..

Rohah berkata...

kak..yg pastinya ini bukan menu berpantang erkk..hehe..jgn marah,gurau2 je ya mabak ayu..

Rohah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tina Othman berkata...

sedapnya, biasa tgk kek lapis keju je

Sonia ~ Nasi Lemak Lover berkata...

Nampak sedapnya..