Desserts Yang Menggoda Selera di STORIES OF LIFE - NICE MAMA FOREVER

11:52 PG

Assalamualaikum.
Alhamdulillah... bertemu kembali di pagi Rabu yang ceria, walaupun cuaca agak mendung tapi tetap terasa nyaman! Semoga rakan-rakan pengunjung sekalian dapat menjalani rutin harian dalam suasana yang menggembirakan. Terima kasih sekali lagi kerana terus sudi bertandang ke Amie's Little Kitchen.

Kali ini Amie ingin paparkan hidangan berupa desserts dari dapur STORIES OF LIFE - NICE MAMA FOREVER yang sudi berkongsi pelbagai variasi air tangannya di MERIAHNYA DUNIA MASAKAN, sebuah kumpulan yang Amie tubuhkan di Face Book untuk berkongsi pelbagai menu dan resepi. Rakan-rakan blogger masakan yang berminat bolehlah letakkan link blog masing-masing dalam kota komen di DI SINI Empunya blog ini lebih dikenali sebagai atie @ ejay atau nama sebenarnya Norhalimawati Mat Husin merupakan ibu kepada  3 orang putera-puterinya yang masih kecil dan comel-comel belaka! 

Desserts merupakan hidangan penutup, atau lebih mudah dikenali sebagai hidangan pencuci mulut dalam kalangan masyarakat kita.  Namun begitu, desserts yang terdiri dari kepelbagaian variasi ini sudah semestinya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri termasuk cara hidangan, bahan yang digunakan dan sudah semestinya kerana kelazatannya, lemak manis secukup rasanya dan juga faktor dingin atau sebaliknya. Jadi, siapa yang dapat menafikan tentang daya tarikan desserts? Amie sendiri mengakuinya, kalau ke mana-mana majlis, sekiranya ada hidangan desserts, memang itulah yang mencuri pandangan mata terlebih dahulu!


Siapa tak tergoda dengan Oreo & Kiwi Fruit Cream Cheese Dessert? 



Bagaimana pula dengan sepotong Apple Crumble Pie?



Ini pula Creamy Oreo Blueberry yang mengundang selera!



Atie juga bermurah hati berkongsi resepi dengan Durian Crepe!



Oh! Ada Mango Sago...... nyaman tekak!



Puding Coklat Penambat Hati dengan warna berkilat yang menawan!



Mini Pavlova pun ada!



Strawberry Panna Cotta.... nampak sejuk!



Puding Laici Dangdut.... kena berdangdut dulu baru boleh menikmatinya!



Puding Kastard Bersagu yang nampak sungguh enak!



Puding Mangga Berkiwi... tak cukup makan sepotong!



Puding Sagu Pelangi yang menarik!



Trifle.... yummy!



Puding Tembikai pun ada.... lembut warnanya!



Puding Karamel Lapis Coklat... ni kita boleh potong dan bahagi sama rata! He hehehe...

Terima kasih Norhalimawati Mat Husin kerana sudi berkongsi pelbagai hidangan dalam MERIAHNYA DUNIA MASAKAN. Teruskan usaha perkongsian ini ye Atie... Kak Amie nampak Atie sudah mula  menghantar penyertaan resepi untuk Malaysian Food Fest (Kelantan Month). Happy Cooking Atie! Kak Amie sungguh kagum dengan kesungguhan Atie, walaupun anak-anak masih kecil, tapi Atie bijak mengurus masa terutama di dapur. Kita tambahkan koleksi dunia masakan tanahair supaya lebih meriah ye Atie.

16 comments

  1. Asyifa,
    tu laaa kannn... siapa tak tergoda he he heeee.

    Atie,
    he he heeee... cantik & sedap2 la dessertsnya.... ni yang kena kongsi2 ni Atie... terima kasih ye tie...

    BalasPadam
  2. tudiaaaa.. terliur la kita tengok... alahaiiii.. nak buat malas.. tak sesabar tuannye tu.. kalau masuk dapor tau nak cepat2 siap je..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kak hemmm menarik sekali manu pencuci mulut atie tu...semua sdp2 belaka...tq share

    BalasPadam
  4. YaAllah..mmg best gilak ni kak amie..nens pon kalo dessert2 ni mmg sukaa...;)

    BalasPadam
  5. suma pun menarik...enak dilayan time cuaca panas..
    kak amie sihat?baby tak kacau mama dia ke?
    Walaupun n3 ni tak berkaitan ngan baby,nk kata jugak...anak kak amie sangatttttt comel

    BalasPadam
  6. sedapnyeeee nampak dessert tu semua. kami baru je makan kiwi semalam (makan camgitu je).klau tgk N3 ni semalam sure bt yg paling atas tu

    BalasPadam
  7. terliurnya tengok desserts ni Amie, ummi memang suka sangat desserts, sampai kecur air liur ni.

    BalasPadam
  8. Akk ingat amie yg buat tu suma..org dlm patang duk diam2..rehat. Klu nk add je fb tu x leh ya amie..akk x mau joint malu..amatur..tp akk nk lah tgk hasl2 yg mengancam selera tuh.

    BalasPadam
  9. Ibundo,
    betul tu... menggoda selara!

    Jassnani,
    hasilnya memang cukup berbaloi Nani he heh.

    Sheila,
    waalaikumussalam... seronok dapat kongsi2 resepikan Sheila.

    BalasPadam
  10. Nens,
    he he ehh... habis diet ye Nens kalau nampak desserts ni.

    Lina_pg,
    sihat alhamdulillah... baby tidur je waktu siang, malam berjaga asyik menyusu badan. Terima kasih Lina... anak-anak kita sama2 comel kan he hehh.

    Rostina,
    yang paling atas tu sesungguhnya sangat memikat kan Ros!

    BalasPadam
  11. Ummiross,
    tu laaa kan Ummi... Amie pun pantang nampak desserts!

    Mawar Merah,
    terima kasih sudi jenguk-jenguk... tanpa pengunjung siapalah kami he heeh.

    BalasPadam
  12. semua sedap..hmm..xleh nk ckp apa dh hihii

    BalasPadam
  13. memang menggoda...
    tks follow saya, saya follow sini yer :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe