ADSENSE

Selasa, 9 April 2013

Buah Mata Kucing Brazil dari Taman Firdaus

Assalamualaikum.
Buah mata kucing gergasi di bawah ini yang dikenali dengan nama buah mata kucing Brazil merupakan hasil untuk musim kedua setelah berbuah dan dipetik pada bulan Mac tahun lepas. Kali ini buahnya agak banyak berbanding dengan tahun lepas. Kenapa Amie katakan buah mata kucing ini dari Taman Firdaus? Sebenarnya pada malam ketiga, si kecil Mohamad Firdaus menangis tidak berhenti, mungkin disebabkan kelaparan memandangkan air susu yang belum lancar. Encik Suami terpaksa bergegas ke kedai untuk membeli susu tetapi Mohamad Firdaus tidak mahu menghisap susu botol. Tiba-tiba bujang tengah kami mengetuk pintu utama, sambil berkata:
.... mari kita namakan adik kecil ini si Albab supaya dia diam! 
He he heh... tidak juga sikecil berhenti menangis dalam dukungan Encik Suami. Akhirnya Encik Suami berkata:
 ... adik kecil ini belum ada nama ya, kita panggil dia Firdaus ya... Mohamad Firdaus. Alhamdulillah, beberapa saat kemudian redalah tangisannya dan Encik Suami menyambung kata dengan nada bergurau:
Nanti kita bersihkan taman Firdaus. 
Terus disambut oleh anak-anak yang lain:
Ooo... adik kecil lahir terus ada taman. Kami tidak ada taman!

Taman sekangkang kera di penjuru hadapan rumah kami dirimbuni dengan pohon epal bidara dan pohon mata kucing Brazil. Ada kolam ikan di bawahnya, dipenuhi dengan kiambang, dan bunga-bungaan lain termasuk orkid. Itulah Taman Firdaus yang dimaksudkan oleh Encik Suami.



Pada musim ini Amie tidak sempat memaparkan gambar keseluruhan dari pokok, maklumlah terpaksa duduk berkurung dalam rumah kerana masih dalam pantang. Ketika kenduri aqiqah Mohamad Firdaus pada 30 Mac 2013 lepas, ramai saudara mara yang datang menempah kalau boleh mereka ingin merasa barang sebiji sekiranya buah mata kucing Brazil ini masak! Untuk memenuhi hasrat mereka, kelmarin Encik Suami memetik kesemua buah tersebut dan hari ini nampaknya tertunailah hasrat hati mereka yang ingin menikmati buah mata kucing gergasi ini.


Amie letakkan telur gred A untuk menunjukkan saiz buah mata kucing Brazil yang sebenar.



Untuk melihat buah mata kucing ini di atas pokok, Amie paparkan gambar tahun lepas seperti di atas. 




Buah mata kucing Brazil ini sudah cukup masak untuk dimakan. Rasanya manis, dengan isinya yang tebal!



Ini isi buah mata kucing Brazil yang sudah masak ranum.




Apa yang menjadi rebutan saudara mara kami ialah bijinya. Mereka ingin menyemai biji buah mata kucing Brazil ini di rumah masing-masing. Kami menanam pokok ini dengan membeli anak benih pokok di Pasar Tani Lahad Datu.



Nampak tebalkan isi buah mata kucing Brazil ini? Boleh klik DI SINI untuk melihat paparan yang lalu.


23 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum amie...
sihat? seronok dlm pantang? hehehe.. bukan main tanya kan.. mentang2 dah abis pantang.. wahahaha.. :P
>> buah mata kucing brazil.. besarrrrrnyeeeee.. lebih besar dari size telur size A tu.. adoiii.. sebijik dua dah cukup dah kalau makan ni.. kalau mata kucing biasa tu nak2 makan 20 bijik baru cukup.. wahahaha

Shiela berkata...

Waaa.. Post sini sikit Amie.. Sedap nampak.. Hehee.. Bujang kecik tu tido ker?

Amie berkata...

Jasnani,
waalaikumussalam...
ada masanya seronok ada masanya bosannnnn! Memang buah ni besar Nani... makan 2 biji pun dah cukup, tapi sebab sedap tak cukup lagi tu ha hahah...

Sheila,
Tunggu kat KLIA ye Sheila he hehh... ha..bujang kecik kalau siang lepas mandi memang tidur panjanggg, tapi kalau malam berjaga, menyusu sepanjang malam!

ibh_sue berkata...

Asslmkm Kak Amie..
Wahh!!.Sue kejakunan ni. First time tgk buah mata kucing beso tu...Macam ni dapat mkn dua tiga biji pun ok dah... Kena cari ni..Kot2 kat semenanjung ni ada juga..Heee

nens cellection berkata...

sedappnyerrr...mana nk dpt benih nyer kak amie..bestnyer..puas makan kalo isi tebal2 gini kan..sama banyak ngn buah mata kucing biasa tu...

ummiross berkata...

Amie cayang..!

Nama Firdaus tu bagus sangat, sejuk je bunyinya. Hehe..kelakar pula abang2nya jeles juga ye Firdaus dah ada taman sendiri.
Besarnya buah tu, dapat sebiji pun jadilah ni. Kalau dapat bijinya lagi best, dapat cuba tanam kan..

Ok Amie, take care

adda syuhada berkata...

fengsannnn tengok buah dia..mmg besar la..puas hati mkn..

Amie berkata...

ibh_sue,
waalaikumussalam... first time tengok buah ni keluar dari pokok kami pun kejakunan he he he... sebab besarnya berganda2 dari buah mata kucing atau longan!

Nens,
kami beli anak benihnya di pasar tani Nens... rasanya ada di semenanjung tapi jarang jumpa kot.

Ummiross cayanggg....
kalau dekat2 sini boleh hulur sorang sebiji ye Ummi... harap pokok buah ni dapat dikomersialkan sebab saiznya besar, rasanya lebih sedap (tak berbau kuat seperti buah mata kucing & longan).

Adda,
sib baik kami tak tebang pokok ni, ingatkan yang keluar tu buah hutan ke apa ke he hehh.

tun_telani berkata...

wahhh!!!!!!!!! kagum!! xpenah nmpk lg sblm nih. teringin nk rasa..

Bbwana adienia berkata...

first time tengok buah mata kucing ni..besar sungguh saiznya..

Sue @ Nenie berkata...

Assalamualaikum..wahhhhh memang betul2 besarlah buah ni..klu dekat2 mau juga saya merasa sebiji dua...

Zaliedana berkata...

Assalam kak,masyaAllah 1st time sy tgk buah yg sebesar nih,erm klo lah dpt merasa sebiji,nyum2..Nih klo peknen nih sure dah tingin gila dah ni,hihi..Akk tanam lma mna bru berbuah kak..tingin betui nak tanam,bestnyer klo da benih..

Asyifa Mustaffa berkata...

salam kak,
1st time tgk buah mata kucing brazil nie...mmg x penah jumpa kat smnnjung nie...tebal plak tu isinya...msti lgi sedap dri buah yg biasa tu ye...

Cheq Sue berkata...

allah..besaunya buah tu kak amie! agaknya makan sebijik pun dah puas hati..

Kakzakie berkata...

Ya Allah.. kakak tak tahu Amie sedang berpantang. Tahniah dapat baby baru.

Kalau dekat kakak pun nak biji dialah Amie dan cuba tanam mana tahu boleh berhasil..

dari dapur nasya berkata...

as salam kak Amie...nanti angkut award ye....hero kenit tgh wat apa?? nenen ke?? ha...ha...

Acik Erna berkata...

assalam amie..acik pun terliur tengok isi mata kucing tu..rasanya acik tak pernah jumpa lagi buah ni..apa lagi makan.

Rohah berkata...

Gedinya kak, marem isinya padat

Amie berkata...

Tun Telani,
kami pun tak sangka termenanam jenis mata kucing gergasi ni.

Bbwana,
memang besar saiznya.

Sue Nenie,
waalaikumussalam... kena menyeberang laut ni Sue hihihii....


Amie berkata...

Zaliedana,
waalaikumussalam...
masa beli anak benih di pasar tani kami sangka benih mata kucing biasa tu, dah dekat 2 tahun tanam, tiba-tiba keluar putik besar, memang rasa pelik... tambah hairan bila buahnya jarang2, dan besar2 pula tu... ingatkan tak boleh dimakan ke, tapi bila cuba sebiji sedaplah pulak!

Asyifa,
memang lebih sedap dari mata kucng biasa, di semenanjung ada tu tapi tak banyak pokok & tak dikomersialkan kot... di sini kami belum jumpa lagi selain pokok sendiri.

Cheq Sue,
memang besar Cheq Sue... makan sebiji nak tambah lagi tau he heheh

Amie berkata...

Kak Zakie,
terima kasih kak... memang ramai yang berminat nak tanam pokok ni kak, tapi mereka semai biji benih dari buah yang sudah masak, tak tahulah boleh tumbuh dan berbuah atau sebaliknya, sebab kami tanam ikut anak benih.

Nasya,
waalaikumussalam... nanti kakak angkut award tu ye....terima kasih atas ingatan Nasya. Hero kenit tengah zzzzzz....

Acik Erna,
waalaikumussalam... alhamdulillah, macam2 ada di bumi Allah ini kan Acik.

Rohah,
memang marem angger dipangan Rohah... legik, enak!

EIKA berkata...

addoooii..sis,gara2 tengok ni mimpi sampai 2,3 mlm..jual sikit kat ika boleh.teringin terus tgk ni :(

NauZa Roronoa berkata...

Assalam. Sy first rasa buah ni d sibu, sarawak. Terus jatuh hati. Isteri sy sibuk mau tanam di tawau. Balik cuti ni kompom bawak biji tuk disemai d kebun.

Baru tdi beli sekilo. Sekali hadap ja licin sudah. Seronok makan sebab kena ketuk dulu. Keras mcm kulit ketam.

Cuma beza warna ja. Yg kami kumpul jenis kuning. Ada lagi yg merah. Yg akak punya ni jenis hijau.