ADSENSE

Khamis, 7 Mac 2013

Talam Keladi Berlauk

Assalamualaikum.
Bertemu lagi bersama Amie's Little Kitchen dengan paparan Talam Keladi Berlauk. Lama benar Amie teringin makan sepuas-puasnya Talam Keladi Berlauk, malangnya susah pula untuk mendapat bekalan keladi di daerah kami. Kelmarin Amie terjumpa keladi di pasar raya, dan tanpa berfikir panjang terus saja Amie rembat 2 ketul keladi seberat 1.5 kg. Dalam kepala Amie memang tidak fikir yang lain melainkan untuk membuat Talam Keladi Berlauk dengan segera! Terima kasih buat Rohah - Damai Qalbu yang telah berjaya menggoda Amie dengan paparan Talam keladi Berlauknya dan tuan punya resepi, Norzailina Nordin.


Oleh sebab tamak haloba teringin makan Talam Keladi Berlauk, Amie lebihkan sukatan keladi, udang kering dan udang basah. Bahan-bahan yang lain Amie kekalkan kuantitinya. Maklumlah lama sangat tak makan keladi walaupun masa kecil dulu keladi merupkan salah satu menu untuk sarapan pagi yang Bonda sediakan! Dulu... senang nak makan keladi, cabut saja dari kebun! Bonda tanam macam-macam jenis keladi termasuk keladi bantan, keladi minyak dan sebagainya.


Resepi : Talam Keladi Berlauk

Bahan-bahan:
200gm keladi - dipotong dadu
175gm tepung beras
40gm tepung jagung
20gm tepung gandum
1 liter santan - dari 1 biji kelapa
Garam secukup rasa

Bahan lauk:
2 sudu besar minyak masak
200gm udang - dikupas, cincang
10gm udang kering - direndam, tumbuk
4 ulas bawang merah - jadikan bawang goreng
3 tangkai daun sup
3 tangkai daun bawang - hiris
2 tangkai cili merah
Garam secukup rasa

Cara:
1. Untuk lauk: Panaskan minyak.Goreng udang basah sehingga berubah warnanya.
2. Masukkan udang kering, kacau sehingga harum. Angkat.
3. Gaulkan dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili dan garam.
4. Sementara itu, kukus keladi sehingga empuk. Ketepikan.
5. Satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan dan garam.
6. Kacau atas api perlahan sehingga naik wap. Angkat dan campurkan dengan keladi dan separuh bahan lauk.
7. Tuangkan dalam loyang 25cm yang dilenser minyak.
8. Kukus sehingga 3/4 masak. Taburkan baki bahan lauk di atasnya.
9. Kukus lagi selam 25 minit atau sehingga masak. Biar sejuk sebelum dipotong.

Bahan Sos Cili:
4 biji cili merah
1 sudu besar pes cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula
2 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar sos Hoisin (tak letak - Amie pun tak letak)
1/2 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh tepung jagung* | satukan bhn(*)
80ml air*
Garam secukup rasa

Cara:
Kisar semua bahan. Reneh atas api sambil  dikacau sehingga pekat.

Bahan Sos Kicap:
2 sudu besar taucu
250ml air
50gm gula pasir
4 sudu teh tepung jagung*
60ml air*
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat

Cara:
Kisar taucu dan air sehingga hancur.Campurkan dengan bahan lain.Kacau atas api perlahan sehingga pekat.


Jemput makan Talam Keladi Berlauk ye.... ada lagi di bawah ni....



Kalau tak bubuh sos cili dan sos kicap pun sudah terasa sedapnya. Tapi bila bubuh......


bertambahlah sedap!!!!!

28 ulasan:

Sury Abil berkata...

Ngencess ..ni yg buat x tahan ni...nk gak buat nnti sbb mmg lama dh x buat..:-D

lina_pg berkata...

sekali tengok cam pizza laik..meriah tul topping dia..memang kenyang makan talam ni...complete suma dah

Amie berkata...

Sury,
buat jangan tak buat.. ni kak Amie pun terus buat bila jumpa keladi, tak tunggu lagi dah!

Lina_pg,
he he ehh tamak betul kak Amie ni Lina... sebab dah lama mengidam nak makan talam keladi berlauk!

Asyifa Mustaffa berkata...

lama x mkn ni...klau nak mkn pun kena buat kat kg....klau buat kat umh ni....mmg x habis la jwbnya kak....dlu arwah abah suka mkn ni..itu kadang mak rajin buatnya....tp mmg sedap kan kak...:-)

Cheq Sue berkata...

saya pun teringin nak rasa talam keladi, tapi macam kak amie jugaklah, agak payah nak jumpa keladi di sini... insyaAllah kalau ada nanti boleh la cuba

Tihara berkata...

sedap nye kak lagi2 keladi tu..bestnya :)

Nooriah Abdullah berkata...

salam Mie, kalau talam macam ni anak2 mmg tak pandang kecuali kita je yg agak V ni tpi sedap nmpak yg ni melelehhhh

Amie berkata...

Asyifa,
kalau buat sikit rasa macam tak cukup, ni buat banyak2 ni, puas makan!

Cheq Sue,
ada tu nanti terjumpa keladinya Cheq Sue... terus je buat, jangan pandang belakang dah he he ehh.

Tihara,
wangi je keladinya tu Tihara.

Kak Nooriah,
dah kita ni pun membesar dengan keladi, memang tak boleh berpisah dengannya he he heh... anak-anak mAmie pun kak, makan toppingnya je...talam keladinya ditinggal!

Delima Zamrud berkata...

Uuiiii mak aiiii Menggoda sungguh talam keladi Amie nie adehhhh kecur air liur sudah nie fuhhhh mau gak carik keladi nnt hehhehe :)

Yatie berkata...

waduhhhhhhhh..kau buat daku tergoda dngn talam keladi berlaukmu itewwww....perghhhhhh terliur abes..nak cari keladi..nak cari keladi..barulah boleh buat...ye tak?

Acik Erna berkata...

Assalam amie.kalsu nads dok tsnjung karsng dulu selalu beli keladi minyak

che mid berkata...

Ngencess gak... jelas terserlah siudang-udang tu.. kalau tak bersos tak lengkap kut ya..

faa.rosli berkata...

terliur dah ni kak..dah nampak macam kek..cantik..macam sedap je tgk inti udang tu berlonggok2 atas tu...sedapnyaa....xpernah rasa..

Suzana Ibrahim berkata...

hai tengah darurat pun Amie masih boleh buat kuih sedap2!dah lama saya teringin kuih ni.tak sempat lagi nak merasa.minta sikit!

Yana Shaiful berkata...

Yana pulak yg dh tergoda nih.. tgu hujung minggu br bleh p pasar cari keladi..sedapnyaa ^^

Shiela berkata...

Wahh.. Sedap ni.. My peberet.. Nak cuba gaklah.. Nak cari keladi.. Nak cari keladi.. Nak cari keladi..

rahel berkata...

Gatal bah sy punya lidah ni...macam mau makan talam keladi oo...apa macam ni?

blog-tips-kurus berkata...

sape nak buatkan utk saye? huhu!

mohon puan poskan.. hehe!

Nens Collection berkata...

waduh2..mcm2 resepi kak ami pandai..sedapppnyerrr..duk seminggu ngn kak amie..bam bam saya..laki pon x kenal ni..hehe

tun_telani berkata...

Salam kak amie.. nmpk sgt sedap!! tun xpenah makan talam berlauk.

Yati Ali1 berkata...

saya suka talam berlauk tp yang ada keladi belum pernah cuba lagi. nampak sgt menyelerakan tu...

Sue @ Nenie berkata...

Assalamualaikum...Klu dapat keladi, yang terfikir hanyalah talam keladi dan talam keladi berlauk..sedapppppp..saya pun suka ni...Tapi pernah buat sekali jeeee

Rohah berkata...

kak,pingin lagi rasanya..nak nyicipi akak punya pulak..

ummiaisyah berkata...

sy pon terguda juga bila tgk roha buat talam keladi tu...tp perasaan malas ni lg kuat....muahahahah

Zaitun berkata...

Hehe...sedapnya, kuih feveret kak Zai ni.

ummiross berkata...

Dah lama sangat tak makan talam keladi ni Amie, rasa nak 'kidnap' je talam keladi Amie tu, hehe..

sofia mynetcom berkata...

♡♡♡ keladi oh keladi, susahnya nak cari talam keladi yang betul2 sedap♡♡♡ .... ngencesss ...

nur kamaliah berkata...

Emmm vry delicius..tabek amie!dpt jae keladi trus buat..akak ni ble la dpt bt..keladi dh ad..mse plk yg xizinkn..