ADSENSE

Isnin, 11 Mac 2013

Pulut Panggang Serunding Udang Kering

Assalamualaikum.
Tiap kali Encik Suami beli pulut panggang, memang anak-anak berebut makan! Lepas tu pandai pula membebel.... inti terlampau sedikitlah, saiz pulut panggang terlalu kecillah... dan macam-macamlah! Ha... petang tadi Amie cuba penuhi selera anak-anak dan Encik Suami...... sebelum itu Encik Suami siap berpesan: Kalau buat pulut panggang tu biarlah nampak intinya! Dah siap pun dan pun makanlah pulut panggang sepuas-puasnya!


Jom makan Pulut Panggang Serunding Udang Kering!



Amie gunakan 1 kg beras pulut manakala intinya pula Amie sediakan Serunding Udang Kering. Pernah sekali Amie sembang dengan Bonda menerusi telefon, bertanya bagaimana untuk menghasilkan serunding yang sedap! Oh....! Rupanya terpaksa ambil masa yang agak lama kerana semua bahan serunding perlu diperap antara 4-5 jam supaya sebati dan rasanya pasti gurih! Nampaknya Amie terpaksa buat versi sendiri dengan menambah beberapa bahan yang biasa Bonda gunakan termasuk menambah sedikit rempah seperti ketumbar, jintan putih dan jintan manis yang ditumbuk kasar ke dalam serunding. Tapi.... ada tapinya! Rempah tersebut hanya sedikit sahaja... sekadar untuk mendapatkan aromanya!



Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
1 biji kelapa - ambil 500 ml santan
1 sudu teh garam
daun pisang secukupnya
lidi penyemat secukupnya

Cara:
1. Rendam beras pulut selama 2 jam.
2. Masukkan garam ke dalam santan dan tuang separuh bahagian santan ke dalam bekas berisi beras pulut.
3. Kukus dengan api kuat, dan jika beras pulut masih dalam keadaan keras / kaku, boleh tambah lebihan santan tadi.
4. Kukus lagi sehingga pulut benar-benar lembut dan masak.

Serunding Udang Kering
Bahan-bahan:
4 cawan kelapa parut
1 cawan udang kering - rendam sebentar dan toskan airnya - tumbuk kasar
1/2 sudu teh pati asam jawa
sedikit minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
15 biji cili kering
2 batang serai - hiris kasar
sedikit halia
sedikit lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan tumbuk kasar:
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis

Cara:
1. Gaul kesemua bahan di atas dan perap selama 15 minit.
2. Masukkan ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana.
3. Sentiasa di kacau dan setelah agak kering sedikit, bolehlah angkat.


Amie buat pulut panggang saiz besar dan gemuk!  Rasanya semua orang tahu macamana nak bungkus pulut panggang ni. Bentangkan daun pisang, dan ambillah beberapa sudu pulut (Amie guna sudu besar), dan kemudian leperkan di atas daun pisang. Kalau suka inti banyak, bubuh ikut suka, yang penting bila digulung, intinya berada di bahagian dalam pulut. Kalau inti terkeluar sikit-sikit, itu perkara perkara biasa, tapi disebabkan Amie buat pulut panggang king size punya, jadi intinya yang banyak Amie bubuh tidak terkeluar dari pulut yang mengelilinginya. Kemudian cucuk dengan lidi penyemat, dan pangganglah pulut yang berbungkus tadi di atas dapur, atau di dalam oven atau di atas kuali. Bila sudah dipanggang, barulah namanya Pulut Panggang... betul tak?

15 ulasan:

Delima Zamrud berkata...

Adeh nie paling pebret D5 bau nk but mmg xtau nk buat nyer mekasih Amie sudi kongsi resepi muuuaaahhhh :)

Asyifa Mustaffa berkata...

sedapnya kak....peberet ni...nmpk inti beseri semacam je tu pun da tau sure sedap sngt ni....:-)

Sonia ~ Nasi Lemak Lover berkata...

Saya sudah lama nak buat kuih ini, Harap boleh buat secepat mungkin. Yours look so nice!

adda syuhada berkata...

As salam K.Amie..tengok pulut panggang ni terliur la plk..

faa.rosli berkata...

sedapnya pulut panggang...

ummiross berkata...

Aroma pulut panggang yang wangi sampai ke Bangi, ada lagi ke Amie, nak cikit!

nens cellection berkata...

sedappnyer kak ami..feberet sy ni..kalo buat sdirik bestkan..leh letak isi banyak2..hehe..kalo yg org jual..skit nyelah inti die..huhu

Tina Othman berkata...

aduhai kak amie, sedapnya, naknya tang king size tu hehe, puas makan

eija Ija berkata...

sedapnya kak amie...my favourite ni...hr2 mesti baca blog ni....suka tgk masakan yg sumenya best2..

rahel berkata...

Selamat pagi Kak Amie...
Kita memang suka makan pulut panggang....selalu beli jak sebab nda larat mau hari2 buat....tapi. Kan...tahan bah ni pulut panggang dalam perjalanan jauh..jadi sesuailah dipos ke tawau kan...hihihi

tun_telani berkata...

Salam kak amie.. tu dia.. sekilo terus pulut wat pulut panggang.. tun suka makan nih, tp inti mesti yg cari yg serunding ikan. hihi.. dh nama ganu tu kan.

hazila berkata...

My husband suka sangat pulut panggang tapi isterinya malas nak buat. Saya suka yg stail terengganu letak inti ikan.

Choco Ani berkata...

Salam Kak Amie.. aduh aduh pulut panggang mmg puas hati lah ya buat sendiri.. sgt lah yummieg.. hmm terbayang bau harum nya kuih ni. thx Kak resepinya.. !!

ummiaisyah berkata...

alahai sedapnya kak amie cayang! like 100X

Hot Mama berkata...

dah lama saya nak tau mcmana nak buat inti udang kering untuk pulut pangng..dgn rezepi yg amie kongsi ini. saya akan buat pulut pangan dgn saiz L lagi besar dari amie...hahaha anyway thanks you amie muahhhhh