Nasi Minyak, Rendang Ayam & Acar Mentah

5:18 PTG

Assalamualaikum.
Nampaknya Amie tidak punya idea untuk mukadimah hidangan hari ini. Cuma Amie ingin kongsi menu Nasi Minyak berlauk Rendang Ayam dan Acar Mentah sebagai pelengkap hidangan untuk keluarga kecil kami.


Sebenarnya dari minggu lepas lagi Amie bercadang untuk masak nasi minyak, dan akhirnya  memandangkan hari ini sekolah ditutup, dapatlah Amie jamu anak-anak makan Nasi Minyak & The Gang.



Set Nasi Minyak di atas ini Amie punya!



Acar Mentah, pelengkap hidangan untuk seimbangkan rasa! Untuk aroma yang lebih memikat, Amie tambahkan hirisan kulit limau kasturi.

Resepi : Acar Mentah
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 biji timun - hiris ikut suka
1/2 batang lobak merah - hiris ikut suka
1/2 biji nanas - hiris ikut suka
1 biji cili merah - hiris nipis
5 biji cili padi - hiris
5 biji bawang merah - hiris
3 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam
1 sudu makan cuka
3 biji limau kasturi - perah jusnya & hiris halus kulitnya

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas.
2. Jika suka tambahkan hirisan kulit limau kasturi untuk menaikkan aromanya.
3. Biarkan seketika sebelum dihidangkan.



Jom makan! Tapi sebelum itu, lihat resepi seterusnya di bawah ini.



Boleh klik DI SINI untuk melihat resepi Nasi Minyak yang pernah Amie buat.

Resepi: Nasi Minyak
Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono

Bahan A:
3 mangkuk beras 

Bahan B:
1 batang serai - diketuk
2 helai daun pandan
3 1/2 mangkuk air

Bahan C:
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
rempah penumis: kayu manis, cengkih, bunga lawang
4cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
2 sudu besar rempah beriani

Bahan D:
2 sudu besar air mawar
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
garam secukup rasa
1 biji limau nipis

Cara:
1. Rebus Bahan B di dalam periuk nasi
2. Panaskan minyak sapi dan marjerin. Kemudian tumis kesemua Bahan C hingga kekuningan.
3. Masukan rempah beriani dan beras. Gaul beras sehingga berkilat dan kemudian matikan api.
4. Masukkan kesemua Bahan D ke dalam air rebusan Bahan B tadi.
5. Setelah air mendidih semula, masukkan beras dan kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan air limau nipis, kacau lagi dan tutup periuk.
6. Tutup periuk rapat-rapat, jangan dikacau sehingga air di dalam periuk kering. Apabila air beras kering, kacau perlahan-lahan. Tutup periuk dan perlahankan api. Jika menggunakan periuk elektrik, biarkan nasi betul-betul masak dan bolehlah dihidang.
7. Untuk hiasan, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya.



Resepi : Rendang Ayam
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 12 keping
3 cawan santan pekat
3/4 cawan kerisik
2 keping asam gelugur
garam / gula / perasa pilihan
minyak
2 helai daun kunyit - siat-siat

Bahan kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
15 tangkai cili kering
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis kesemua bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging ayam dan gaul rata. Biarkan sehingga keluar air daging ayam.
3. Masukkan santan pekat, dan asam gelugur.
4. Setelah kuah kelihatan mulai pekat dan daging ayam telah masak, masukkan kerisik, garam, gula dan perasa pilihan serta daun kunyit.
5. Perlahankan api, dan biarkan seketika di atas kuali sebelum dihidang.


Terima kasih buat teman-teman yang mendoakan kesejahteraan kami di Lahad Datu. Mudah-mudahan perjuangan suci para perwira yang kini berada di Lahad Datu, Kunak, Sempurna dan Sandakan sentiasa mendapat pertolongan daripada-Nya.

20 comments

  1. Salam kak amie.. meriahnyer nasi minyak nih, nmpk mcm nasi beriyani dah.

    BalasPadam
  2. Dappp nya kak..mesti meriah waktu makan tu semua ada berkumpul kan..:-)

    BalasPadam
  3. lebihkurang je menu kita hari ni tapi amie punya hias cantik.wc punya simple je.

    BalasPadam
  4. Singgah petang, cari nasi minyak.
    Amie..baru ni buat nasi ayam, guna resepi kat blog Amie..pergh!!, meletop sedap!, hehe..

    BalasPadam
  5. Kak Amie..sisain sedikit buat melly terpingin lah makan nasi minyak..nyam

    BalasPadam
  6. saya teringin nak masak nasi minyak tapi my husband kurang gemar nasi berperisa kecuali nasi lemak. itu yg tak terbuat buat sampai sekarang.

    BalasPadam
  7. assalam k.amie
    aduhhh perrrhh dpt ni layan habiss he he

    BalasPadam
  8. Arrrgghhhhh sedap nyerr menu Amie huhuhhu rasa mau je beli tiket pi sana musti best kan pi umah Amie mkn sedap2 :)

    BalasPadam
  9. Aslmkum Amie
    sedap sungguh nampak hidangan nasi minyak digandingkan dg rendang.
    bila baca apa yg berlaku di Lahad Datu skrg...teringat kat Amie...take care ya Amie sekeluarga. moga tiada lagi yg terkorban dan semuanya selesai segera.

    BalasPadam
  10. Adoi kak....mengujakan sungguh nie...! Nmpk sedap plak semu hidangan tu....

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Kak Amie...Waahhhhhh...memang terguda betul bila tengok set hidangan ni...Eloklah dah tengahari ni, terus rasa lapar...

    BalasPadam
  12. Dan untuk situasi semasa di Lahad Datu...Kami semua mendoakan keselamatan mereka yang berada di sana samada orang awam mahupun anggota keselamatan yang berada di barisan hadapan...

    BalasPadam
  13. sedap nie kak amie..ayam rendang tue mmg fav zila tau..yummy:)

    BalasPadam
  14. Salam kak..Nak minta izin ambik resepi ni.Nak cuba buat rendang ayam.nampak macam sedap....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe