Hari Ini Dalam Sejarah Hidupku.....

3:22 PTG

Jumaat - Subuh 1 Mac 2013, ketika Amie bangun tidur... Amie terdengar bunyi deru helikopter berlegar-legar di udara. Ketika Amie berada di pintu pagar sekolah untuk menyambut kedatangan murid-murid, melintas rendah sebuah helikopter tentera.... dan hari-hari sebelumnya, ke mana dan di mana Amie berada pasti terlihat lori-lori penuh dengan anggota tentera. Dalam perjalanan arah ke bandar, sempat Amie saksikan petempatan sementara anggota tentera yang entah berapa jumlahnya!
Menjelang pukul 10 pagi, tiba-tiba suasana jadi kelam kabut di sekolah! Ibu bapa meluru masuk ke kawasan sekolah dengan pelbagai aksi, dengan wajah pucat dan termengah-mengah meminta izin untuk membawa pulang anak-anak dari sekolah.... apa yang sedang berlaku di luar sana? Encik Suami menelefon Amie mengatakan guru di sekolah si bongsu menelefonnya supaya segera mengambil si bongsu pulang. Rupa-rupanya seawal jam 9 pagi, kebanyakan sekolah telah mengarahkan ibu bapa mengambil anak masing-masing.
Kesesakan lalu lintas di jalan raya tidak dapat digambarkan lagi, dengan 4 kejadian kemalangan di beberapa tempat berasingan di daerah kami. Arahan yang diterima daripada pihak polis, selepas pukul 4 petang, orang awam tidak dibenarkan berada di sekitar bandar! Dan, masih terngiang-ngiang suara Guru Kaunseling dan Pengetua di telinga Amie bahawa Program Motivasi SPM yang akan diadakan esok sehingga hari Ahad terpaksa dibatalkan atas nasihat pihak polis, memandangkan keselamatan murid yang dijadualkan bermalam di sekolah perlu diutamakan.
Menjelang pukul 2 petang Amie memandu pulang setelah mesyuarat dibatalkan. Nampaknya tidak ada seorang murid pun yang berada di kawasan sekolah. Pengetua tidak mengarahkan sekolah ditutup kerana tidak ada arahan dari pihak PPD atau JPN tetapi jika ibu bapa tidak membenarkan anak-anak bersekolah, itu pilihan mereka memandangkan suasana semakin membimbangkan. Suasana jalan raya lengang! Di kiri kanan jalan, semua pintu kedai tertutup rapat. Alhamdulillah... sampai ke kawasan perumahan, kedai-kedai runcit dan sebuah coldstorage masih dibuka. Amie singgah untuk membeli sesuatu tetapi terpaksa membatalkan hasrat kerana pembeli berasak-asak membeli pelbagai bahan keperluan dapur.
Encik Suami menelefon Amie sekali lagi, bertanyakan bekalan beras kami masih ada atau tidak kerana beras di kedai sudah habis dibeli! Syukur Alhamdulillah, sebenarnya baru beberapa hari lepas Encik Suami membeli sekarung beras. Encik Suami sempat membeli sekotak telur, dan itulah kotak terakhir yang ada di kedai! Selain itu, ada juga bahan makanan lain yang dibeli termasuk ikan tin, gula dan minyak.
Amie tidak dapat menceritakan apa sebenarnya yang sedang berlaku nun jauh ....DI SANA, DAN DI SANA.





1 MAC 2013: Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.

Jumaat Mac 1, 2013
Dua Anggota Tentera Cedera Dalam Insiden Tembakan
LAHAD DATU: Dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu di sini.
Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50 tengah hari pada Jumaat.
Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan.
Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng mereka dengan wajah menahan kesakitan, menurut wartawan Bernama di hospital itu. BERNAMA 
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/3/1/mstar_berita/20130301145601&sec=mstar_berita
Lahad Datu: Dua Komando Polis Maut Terkena Serangan Mortar
LAHAD DATU: Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini pada Jumaat.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada pukul 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.BERNAMA
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/3/1/mstar_berita/20130301145402&sec=mstar_berita

10 Pemberontak Sulu Dipercayai Maut
LAHAT DATU: Jumlah individu yang maut atau cedera dalam insiden tembakan balas di antara pihak keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu dipercayai meningkat.
Selepas laporan pertama yang melaporkan dua pengikut Sulu terbunuh dan tiga anggota polis Malaysia cedera, maklumat yang diperoleh dari Kampung Tanduo di sini mendakwa sekurang-kurangnya 10 lelaki Sulu bersenjata mati dan empat lagi cedera.
Namun, tiada laporan mengesahkan mengenai empat anggota keselamatan yang cedera atau berlaku sebarang kematian.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/3/1/mstar_berita/20130301140620&sec=mstar_berita
Tembakan Didengari Di Kampung Tanduo
KUALA LUMPUR: Tembakan didengari di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada Jumaat yang menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung.
Ia berikutan tindakan pihak keselamatan Malaysia memasuki kawasan itu dipercayai untuk memulakan operasi menahan mereka setelah beberapa siri rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir.
Kejadian itu bagaimanapun masih belum disahkan oleh polis.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan berlaku insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu tetapi menegaskan bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak melepaskan tembakan.
"Saya mengesahkan pasukan keselamatan kita tidak melepaskan walau satu das tembakan pun, sebaliknya ditembak pada 10 pagi ini!" katanya dalam mesej tweet tanpa menyebut sama ada operasi dijalankan untuk menahan penceroboh bersenjata itu.
Sementara itu, Hishammuddin memberitahu sidang media di sini bahawa Malaysia telah memberi tempoh sewajarnya untuk mengusir kira-kira 150 penceroboh itu supaya berundur dan pulang ke tanah air mereka.
Malah, beliau berkata Malaysia sudah banyak berlembut dengan memberi ruang secukupnya dalam beberapa siri rundingan dan kaedah diplomasi.
"Saya mengingatkan kumpulan penceroboh yang memasuki negara ini agar tidak menuduh Malaysia tidak beri waktu dan ruang secukupnya kepada mereka untuk berundur dari negara ini.
"Malaysia sudah banyak berlembut dengan cara rundingan dan diplomasi," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Pergerakan Pemuda Malaysia Palestin di Jabatan Pertahanan Awam.
Menurut sumber pasukan keselamatan, operasi menahan penceroboh itu dipercayai dijalankan secara bersepadu melibatkan pasukan polis dan tentera termasuk Pasukan Gerakan Am, pasukan Komando 69 dan polis marin.
Keadaan di pekan Lahad Datu tegang dengan banyak premis kedai ditutup manakala penduduk pula tidak keluar dari kediaman masing-masing.
Pasukan keselamatan mula mengepung Kampung Tanduo pada 11 Februari lepas apabila kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung menceroboh ke perairan Malaysia pada 9 Februari dan menjadikan beberapa premis termasuk rumah dan surau di kampung itu sebagai pangkalan mereka.
Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.
Kumpulan itu yang didakwa diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram mendakwa mereka adalah tentera 'Raja Sulu' dan menuntut Malaysia mengiktiraf Sabah sebagai milik Kesultanan Sulu.
Sejak itu, Malaysia mengadakan beberapa siri rundingan dan menetapkan 22 Februari lepas sebagai tarikh akhir untuk pengusiran mereka.BERNAMA
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/3/1/mstar_berita/20130301133007&sec=mstar_berita


01 MARCH 2013


30 comments

  1. Assalam kak amie,walau apa pun yg berlaku,doa sy moga Allah selamatkan Lahad Datu..INSYAALLAH AKK N FAMILY sentiasa dibawah LindunganNya..
    Psttt kak simpan stok mknan byk2 kak..

    BalasPadam
  2. Harap semuanya bakal berakhir n tak ada orang tempatan yg jadi mangsa ..amin..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum akak..faa disini mendoakan semoga semua pulih seperti sediakala...jaga diri yaa akak,..

    BalasPadam
  4. moga keadaan terkawal dan harap akak sekeluarga dalam keadaan selamat.

    BalasPadam
  5. takutnya..semoga keluarga amie dan yg lain2 akan selamat juga kedaan akan terkawal.

    BalasPadam
  6. semoga keluarga akak dan yang berhampiran selamat...terkejut sgt baca berita 2 anggota tentera kita maut...

    BalasPadam
  7. harap case ini cepat selasai, and life go back to normal..semoga keluarga Amie dalam keadaan selamat .

    BalasPadam
  8. moga akak sekeluarga dilindungi yer...

    BalasPadam
  9. Hati2 ya amie, moga selamat semuanya.

    BalasPadam
  10. Semoga Allah sentiasa melindungi akak sekeluarga.. Hisshh!!!..Seriau juga bacanya.

    BalasPadam
  11. Semoga semuanya di bwh lindungan Allah s.w.t,al-fatihah buat anggota keselamatan ygt terkorban.Kak amie sekeluarga xtra carefull ya.

    BalasPadam
  12. salam kak amie.. terkejut wani dengar berita ni.. mudah-mudahan x de apa2 yg berlaku.. moga Allah lindungi kak amie n family

    BalasPadam
  13. bila bc n3 ni br sy faham apa yg brlaku..selalu tak sempat nk ambik tau...smg Kak Amie n keluarga dan seluruh rakyat lahad datu dilindungi-Nya

    BalasPadam
  14. Assalam amie, semoga amie dan keluarga serta org dilahad datu serta anggota polis kita sentiasa di lindungi allah sentiasa. Bila baca n3 ni baru nampak lebih jelas lagi, memang takut kalo dengar heli berterbangan dlm keadaan mcm ni. Tadi ada baca kat fb tabung haji lahad datu tutup hingga kul 12, dh terfikir dh mesti ada kejadian yg tidak diingini

    BalasPadam
  15. Semoga semuanya dlm keadaan selamat kak...dan kembali spt sedia kala.

    BalasPadam
  16. hish, takutnya saya dengar cite ni. masa berkursus minggu lepas kawan dari sana dah ada cerita...mintak2 tak ada apa yang berlaku. insyaallah kami semua doakan kak amie sekeluarga dan semua penduduk di sana

    BalasPadam
  17. salam kak amie.. semoga Allah melindungi keluarga akk dan semua yg berada di sana..risau saya baca kisah ni.

    BalasPadam
  18. Zaliedana,
    waalaikumussalam....mudah-mudahan semuanya selamat, terima kasih Dana. Sempat beli yang asas saja Dana... ikan & sayur memang tak adalah.

    Nana Leina,
    mudah-mudahan.... terharu dengan para pejuang kita, namun keselamatan orang awam juga dikhuatiri sebab 'mereka' sebenarnya ada di mana-mana...

    Faa,
    waaalaikumussalam... amin! Mudah-mudahan.

    BalasPadam
  19. KunangKunang,
    harap-harap begitulah, memang setiap penjuru dikawal rapi oleh tentera.

    Whitecappuccino,
    Mudah-mudahan... memang kecut perut dibuatnya.

    Siti Nadira,
    terima kasih... ya... sedihkan, sampai terkorban, moga keluarga mereka tabah.

    BalasPadam
  20. Sonia,
    harap-harap begitulah, moga kemelut tidak berpanjangan.

    Masya,
    im shaa Allah Taala.

    Ibh_Sue,
    terpaksalah dihadapi... mudah-mudahan krisis segera berakhir.

    BalasPadam
  21. Lina_pg,
    ya Lina... mudah-mudahan selamat. Kami terpaksa berkurung di rumah.

    Wani,
    selama ini dikatakan aman, tapi sebenarnya... hanya yang menyaksikan dan mengalaminya saja yang tahu keadaan sebenar.

    Ummiaisyah,
    terima kasih... inilah hakikatnya.

    BalasPadam
  22. Rosa,
    waalaikumussalam... betul tu Rosa, perkhidmatan kapalterbang pun terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Keadaan memang gawat...

    Sury,
    harap-harap begitulah...

    Cheq Sue,
    sebenarnya jumlah penceroboh tu jauh lebih banyak dari yang dilaporkan dan ada di mana-mana...

    Kamalia,
    mudah-mudahan semuanya selamat... amin.

    BalasPadam
  23. Tek k bg kak amie dn kluarga...hopefuly suma sttle dgn cpt dn baik...kami d kk pn takut2 pa lg kkk d ctu...ngeri...

    BalasPadam
  24. kak, moga keadaan tenang seperti sediakala..dan warga di sana dalam lindungan Allah..

    BalasPadam
  25. Alahai amie, harap-harap semuanya selamat dan tak ada lagi kehilangan nyawa.

    BalasPadam
  26. slm kak Amie...
    mmg mremang bulu roma baca n3 akak kali ni...semoga semua selamat n ianya cepat la berakhir...
    Al-Fatihah buat kedua2 arwah pewira negara kita tu..
    akak pon jaga diri tau

    BalasPadam
  27. Assalam Amie.. Aduhaiii.. Risaunyer perut dengarr.. Saya doakan semoga Amie dan keluarga juga rakyat Lahat Datu berada di dalam lindunganNYA. Semoga keadaan akan pulih seperti biasa secepat mungkin.. take care dear..

    BalasPadam
  28. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  29. salam kak... moga akak sekluarga serta semua rakyat malaysia selamat... aminnnn.. jaga diri kak ye...

    BalasPadam
  30. Semoga Amie sekeluarga dilindungi Allah dr apa2 kemungkinan, Hati2 ek akak Amin..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe