ADSENSE

Sabtu, 16 Mac 2013

Cheesy Tapioca Kuih (Bingka Ubi Kayu Cheese)

Assalamualaikum.
Selamat pagi, dan salam sayang buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen dan tidak ketinggalan selamat datang buat follower baru Amie yang bertambah dar semasa ke semasa. Pagi ini Amie kongsikan bingka ubi kayu yang diolah bersama krim cheese, hasil kreativiti dari dapur Roz Home Kreation. Amie siapkan Cheesy Tapioca Kuih ini petang kelmarin, dan sepanjang proses pembakarannya, setelah setengah jam di dalam oven, baunya enak menusuk hidung hingga Encik Suami menegur.... harumnya bau! Kita lihat hasil gandingan bahan tradisional timur dan barat d bawah ini.... 


Cheesy Tapioca Kuih atau Bingka Ubi Kayu Cheese ini sangatlah enak rasanya! Lembut, lemak manis dan entah berapa potong masuk ke mulut Amie! Rugi kalau tak cuba buat, sebab keenakannya sukar untuk diterangkan dengan perkataan yang khusus!


Terima kasih sekali lagi buat Roz Home Kreation, dan izinkan Amie kongsikan resepinya di sini untuk tatapan rakan pengunjung yang lain.

BINGKA UBIKAYU CHEESE
Sumber: Sahabat Norj

Saiz 8" persegi

Bahan-bahan:
250g cream cheese
250g gula
2 biji telur
800g ubi kayu pagat - tapis airnya
400ml santan
pewarna kuning

Cara:
1. Pukul cream cheese & gula sehingga rata.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata.
3. Masukkan ubi kayu & santan.
4. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam 30 minit sehingga masak.
5. Sejukkan sebelum di potong.



Selamat mencuba! 


12 ulasan:

Asyifa Mustaffa berkata...

cmne la rasanya ye kak....x dpt byangkan plak....mcm enak je bila ubi kayu dicmpur ciz tu....harum semerbak baunya tu....

Salami Simon berkata...

Asyifa,
rasanya.... ada beza tanpa cream cheese... memang sedap bubuh cream cheese ni, lebih lembut!!!!

syapex berkata...

salam...

sdpnya..
kompem rasa lemak2 bkrim...

KY berkata...

sedapnya...nak cuba nanti

Sury Abil berkata...

X buat lagi yg ada cis ni...tergudaa suda...:-)

adda syuhada berkata...

Bestnya K.Amie..

Lesung Batu berkata...

amie..nampak menggoda, gebu, lembut, moist je bingka ubi kayu bercheese tu..nakk!

whitecappuccino berkata...

kreatif betul amie..gabungan tradisional dan barat.tentu yummy!

ady berkata...

as-salam
sedapnye..ada cheese..

Delima Zamrud berkata...

Ermmm sedap nyer nampak sayang nyer D5 xbape makan cheese nie :)

faa.rosli berkata...

walaupun dah dimodenkan bingka ni, still tak jejas rupa dia kan..tetap nampak tradisional n gojess..menggoda betul..meleleh dah air liu faa ni kak...hihi

ibundo berkata...

nampak halus dan gebu. mesti sedap ya dengan rasa cheesynya..