ADSENSE

Sabtu, 2 Mac 2013

Ayam Masak Kicap Ala Cocos

Assalamualaikum.
Amie ingin kongsi masakan keluarga sebelah Encik Suami iaitu Ayam Masak Kicap. Ada sedikit kelainan dalam resepi ini kerana mereka mencampurkan suhun. Menu ini biasa dihidangkan semasa kenduri-kendara dan juga ketika diadakan rumah terbuka sempena hari raya.


Resepi : Ayam Masak Kicap Ala Cocos
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong 8
1 cawan suhun - rendam hingga kembang
3 biji ubi kentang - kupas dan belah 2
4 biji cendawan shiitake - rendam hingga kembang dan belah 2
1 sudu makan lada putih - tumbuk
3 biji cili hijau - belah 2
2 inci halia - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 biji bawang merah - tumbuk
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh pati asam jawa
2 cawan air
sedikit garam / gula / perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi.
2. Masukkan daging ayam dan balik-balikkan sehingga layu dan keluar air.
3. Masukkan kentang dan cendawan shiitake.
4. Tambahkan pati asam jawa dan air. Tutup kuali dan biarkan daging ayam masak dan kuah menjadi pekat.
5. Buka penutup kuali dan masukkan cili hijau, lada putih, kicap serta sos tiram, sedikit garam dan gula.
6. Akhir sekali masukkan suhun dan gaul sebati sehingga kuah menjadi pekat / kering.


Kenangan.... Amie menikmati hidangan begini untuk kali pertama di rumah Encik Suami ketika Amie menerima undangannya untuk berhari raya di rumahnya pada tahun 1994! 

5 ulasan:

ibh_sue berkata...

Asslmkum Kak Amie.
Tengok rupa pun dah tau sedap. Laju ja mkn dengan nasi panas ni. :)

Rohah berkata...

sedap kak..pernah juga masak kicap macam ni..belah jowo kenei pun eneng jugak seng gawe koyo ngene..dhino ki pun lauk kito podo..;ayam masak kecap..mapan neng weteng..

faa.rosli berkata...

wah lain dari yg lain ni..hehehe..kena cuba ni..macam sedap n nampak unik!

adda syuhada berkata...

sedap nya Kak Amie..jeles betul tgk orang pandai masak ni..Asal tayang jer semua nampak sedap...

Tihara berkata...

biasa kalau ada suhun ni msakan jawa mmg sedapp..saya suka :)