ADSENSE

Ahad, 10 Mac 2013

Ayam Goreng, Ikan Kering, Sambal Belacan & Ulam

Assalamualaikum.
Hidangan hari Ahad kami.... teringin makan Ikan Kering, Sambal Belacan & Ulam. Namun begitu perlu ambil kira selera anak-anak. Jadi, Amie sediakan Ayam Goreng untuk mereka.


Encik Suami dan si bongsu memenuhi undangan perkahwinan, jadi hanya Amie bersama bujang sulung dan bujang tengah yang makan tengahari di rumah.



Ini Ayam Goreng yang sangat ringkas. Amie tidak tambah sebarang rempah-rempahan, hanya gaul dengan sedikit serbuk kunyit, sedikit garam dan satu sudu makan sos tiram.



Inilah Ikan Kering yang ingin Amie makan! Kami beli sewaktu kelam-kabut minggu lepas dengan peristiwa huru-hara itu. Ikan ini jenis ikan batu. Isinya lembut dan tebal! Makan sedikit saja sebab masin kan....



Pelengkap hidangan sudah tentulah ada Sambal Belacan, Amie bubuh di sebelahnya sesudu tempoyak! Makan nasi panas dengan ikan masin, sambal belacan dan ulam kacang bendi! Adeeeeeehhh..... lupa ayam goreng!

11 ulasan:

Melly Octaviana berkata...

Selamat petang kak Amie... perghhh..makanan sedap nih, kalo sudah ada ikan masin,ulam dan sambal balachan sih di ngga melirik ke ayam lagi, maybe mertua telp pun tak sempat mau di angkat.. hihihi

ummiross berkata...

Gandingan mantop ni Amie,ummi memang tambah nasi lah jawabnya kalau lauk macam ni.

faa.rosli berkata...

sedap kalo dpt nasi panas...pergh pergh pergh!

Delima Zamrud berkata...

simple but perrgghhhh best woooo :)

whitecappuccino berkata...

simple tp sedap!

adda syuhada berkata...

sedapnya K.Amie...

Tina Othman berkata...

sedapnya kak amie

menu simple mcm ni, berpinggan jugak kalau dpt makan hehe

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie..terima kasih singgah ke blog atie ya.Dah tulis sampai Z dah.hihihi
Sedapnya juadah dihari ahad ya...ikan masin ngan sambal tempoyak..mmg dah tak nampak lauk lain.

Rohah berkata...

macem2 ono...lauk kampung jugak seng enak dipangan kan kak...

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, sedapnya sambal belacan n tempoyak tu, anak2 xleh lari dari ayam kan

Sonia ~ Nasi Lemak Lover berkata...

Ini memang Kampung food, air liur Saya sudah nak keluar , hehehe.