Awan Kelabu di Lahad Datu..... Alas Perut Pagi Ini Dengan Mee Goreng

9:33 PG

Assalamualaikum.
Alhamdulillah... pagi ini kita dapat bertemu kembali. Awan masih kelihatan kelabu di Lahad Datu.... jalan raya lengang, hanya sesekali sebuah dua kereta menderum laju menuju ke destinasi yang dituju. Batas sekatan jalan raya masih seperti kelmarin. Sekolah masih ditutup. Cuaca agak mendung. Sekali lagi, syukur kepada-Mu ya Allah kerana telah memberi kesempatan kepada kami untuk menghirup udara di bumi-Mu ini. Syukur dan syukur kepada-Mu lagi kerana pasukan keselamatan negara terselamat dari menghadapi sebarang musibah dalam operasi besar-besaran menentang pengganas di Kampung Tanduo kelmarin. Moga, operasi seterusnya untuk mengesan dan menghapuskan saki-baki pengganas akan membuahkan hasil. Sesungguhnya.... terlalu mahal harga sebuah kemananan! Apa pun kami sentiasa waspada dan dalam keadaan berjaga-jaga sepanjang masa.


Amie hidangkan Mee Goreng untuk anak-anak sebagai alas perut pada pagi ini. Resepinya ringkas sahaja, gunakan apa sahaja bahan yang ada.

Resepi : Mee Goreng
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg mee basah - bilas dan toskan
4 keping kek ikan - potong dadu
1 cawan hirisan kubis
1 cawan hirisan sayur sawi
1/2 batang lobak merah - hiris kecil
3 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih - hiris halus
5 biji bawang merah - hiris halus
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan perencah serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
minyak
sedikit air

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga terbit minyak.
2. Masukkan lobak merah dan kek ikan. Gaul sebati.
3. Masukkan hirisan kubis dan sayur sawi. Gaul rata.
4. Tambahkan sos tiram, sos tomato, sos cili  dan kicap pekat dan kemudian masukkan mee basah.
5. Gaul sebati dan jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.
6. Taburkan serbuk pati ayam dan gaul lagi. 
7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama bahan sampingan yang digemari.



Jom sarapan pagi!

11 comments

  1. semoga amie sekeluarga & semua pejuang negara yg sedang bertugas di sana sentiasa dilindungiNYA sepanjang masa.. amin..

    BalasPadam
  2. semoga keadaan di Lahad Datu pulih sperti biasa seram jugak dngr jalanraya lengang tu Amie,mudah2an Amie dan family di lindungi dari sebarang mara bahaya, apa2 pun mee Amie mmg mengancam gile dan mewah lah dgn segala macam ada...

    BalasPadam
  3. Amie kat LD ke? harap2 perkara ni diselesaikan secepatnya, risaulah. Doakan utk mereka yg berjuang.

    BalasPadam
  4. sedap nya mee goreng, di makan kapan saja pun enak .. take care yah kak Amie.. :D

    BalasPadam
  5. Tc yer kak amie...kecur plak tgkkk

    BalasPadam
  6. Sedap lah plak tgk mee goreng tu.

    Akk kat LD ker. Take care yer.

    BalasPadam
  7. salam amie, semoga amie n family serta semua warga Sabah sentiasa berhati2 dan dilindungi Allah swt..

    mee grg tu kalau utk lunch pon sodap...hihihi

    BalasPadam
  8. slm kak Amie..semoga Keadaan di Lahad Datu akan kembali tenang spt sediakala..harap ianya cepat2 la brakhir..

    sedap nmpknya mee goreng yg akak sediakan tu..lengkap dgn hiasan tmbhan tu..

    BalasPadam
  9. Salam Kak Amie...semoga sentiasa berada dibwh lindunganNya.
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Semoga semuanya selamat dan Sabah kembali aman.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Amie,
    moga sihat dan sentiasa di lindungi dari segala musibah...sabar dan banyakkan berdoa ya Amie...sesungguhnya kami di sini hanya mampu berdoa dan terus berdoa akan kesejahteraan dan keamanan di Sabah...btw mee goreng tu tetap menyelerakan...yatie kat sini makan biskut kering je, kes malas nak wat bf...he3..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe