ADSENSE

Rabu, 6 Mac 2013

Awan Kelabu di Lahad Datu..... Alas Perut Pagi Ini Dengan Mee Goreng

Assalamualaikum.
Alhamdulillah... pagi ini kita dapat bertemu kembali. Awan masih kelihatan kelabu di Lahad Datu.... jalan raya lengang, hanya sesekali sebuah dua kereta menderum laju menuju ke destinasi yang dituju. Batas sekatan jalan raya masih seperti kelmarin. Sekolah masih ditutup. Cuaca agak mendung. Sekali lagi, syukur kepada-Mu ya Allah kerana telah memberi kesempatan kepada kami untuk menghirup udara di bumi-Mu ini. Syukur dan syukur kepada-Mu lagi kerana pasukan keselamatan negara terselamat dari menghadapi sebarang musibah dalam operasi besar-besaran menentang pengganas di Kampung Tanduo kelmarin. Moga, operasi seterusnya untuk mengesan dan menghapuskan saki-baki pengganas akan membuahkan hasil. Sesungguhnya.... terlalu mahal harga sebuah kemananan! Apa pun kami sentiasa waspada dan dalam keadaan berjaga-jaga sepanjang masa.


Amie hidangkan Mee Goreng untuk anak-anak sebagai alas perut pada pagi ini. Resepinya ringkas sahaja, gunakan apa sahaja bahan yang ada.

Resepi : Mee Goreng
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg mee basah - bilas dan toskan
4 keping kek ikan - potong dadu
1 cawan hirisan kubis
1 cawan hirisan sayur sawi
1/2 batang lobak merah - hiris kecil
3 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih - hiris halus
5 biji bawang merah - hiris halus
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan perencah serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
minyak
sedikit air

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga terbit minyak.
2. Masukkan lobak merah dan kek ikan. Gaul sebati.
3. Masukkan hirisan kubis dan sayur sawi. Gaul rata.
4. Tambahkan sos tiram, sos tomato, sos cili  dan kicap pekat dan kemudian masukkan mee basah.
5. Gaul sebati dan jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.
6. Taburkan serbuk pati ayam dan gaul lagi. 
7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama bahan sampingan yang digemari.



Jom sarapan pagi!

11 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

semoga amie sekeluarga & semua pejuang negara yg sedang bertugas di sana sentiasa dilindungiNYA sepanjang masa.. amin..

Nooriah Abdullah berkata...

semoga keadaan di Lahad Datu pulih sperti biasa seram jugak dngr jalanraya lengang tu Amie,mudah2an Amie dan family di lindungi dari sebarang mara bahaya, apa2 pun mee Amie mmg mengancam gile dan mewah lah dgn segala macam ada...

zana fahmi berkata...

Amie kat LD ke? harap2 perkara ni diselesaikan secepatnya, risaulah. Doakan utk mereka yg berjuang.

Melly Octaviana berkata...

sedap nya mee goreng, di makan kapan saja pun enak .. take care yah kak Amie.. :D

sabar dubai berkata...

Tc yer kak amie...kecur plak tgkkk

Fiza Rahman berkata...

Sedap lah plak tgk mee goreng tu.

Akk kat LD ker. Take care yer.

Liza berkata...

salam amie, semoga amie n family serta semua warga Sabah sentiasa berhati2 dan dilindungi Allah swt..

mee grg tu kalau utk lunch pon sodap...hihihi

Qasey Honey berkata...

slm kak Amie..semoga Keadaan di Lahad Datu akan kembali tenang spt sediakala..harap ianya cepat2 la brakhir..

sedap nmpknya mee goreng yg akak sediakan tu..lengkap dgn hiasan tmbhan tu..

Marsita yahya berkata...

Salam Kak Amie...semoga sentiasa berada dibwh lindunganNya.
http://my-mintroom.blogspot.com/

Zaitun berkata...

Semoga semuanya selamat dan Sabah kembali aman.

Yatie berkata...

Assalamualaikum Amie,
moga sihat dan sentiasa di lindungi dari segala musibah...sabar dan banyakkan berdoa ya Amie...sesungguhnya kami di sini hanya mampu berdoa dan terus berdoa akan kesejahteraan dan keamanan di Sabah...btw mee goreng tu tetap menyelerakan...yatie kat sini makan biskut kering je, kes malas nak wat bf...he3..